PM DAN TPM TIADA DALAM NEGARA... SIAPA JADI PEMANGKU ?
>> 19 November 2008
(Aku keluar, hang pun keluar? Sapa nak jaga negara ?)
18 November 2008 - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib Abdul Razak dilaporkan kini mengadakan lawatan kerja di luar negara. Menurut laporan media, Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari manakala Najib pula akan ke Lima, Peru untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-16 esok dan seterusnya ke New York dan dilaporkan hanya akan pulang pada awal bulan depan.
Ketika mengulas mengenai hal ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang berada diluar negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini.
Lim berkata, ini bermakna, pada Rabu dan Khamis ini, kedua-dua mereka tidak ada di dalam negara. Justeru beliau mempersoalkan siapa yang akan menjadi pemangku Perdana Menteri pada dua hari tersebut.
"Bolehkah menteri yang paling senior di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok atau Presiden MCA yang baru dipilih, Datuk Seri Ong Tee Keat?," katanya menurut laporan akhbar.
0 ulasan:
Catat Ulasan