MB PERAK RASMI PROGRAM CAMBAH FIKIRAN ISU-ISU SEMASA
>> 22 November 2008
22 Nov 2008 - YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin telah merasmikan dan menyampaikan ucap utama dalam Program Cambah Fikiran Isu-isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Perak yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Hj. Nizar bersama pengarah urus setia penerangan kerajaan negeri Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim.
Antara isi ucapan beliau :
- Ucapan beliau dimulai dengan membacakan sepotong ayat dari surah al Ahzab : 72 yang bermaksud :
Ia menjelaskan betapa beratnya amanat mentadbir bumi ini (mengurus sesebuah negara/negeri).
- prestasi ADUN lebih baik dalam sidang pembentangan bajet 2009 berbanding sidang kali pertama bulan Jun lepas
- tempoh 9 bulan kerajaan PR adalah satu proses menjadikan pentadbiran negeri lebih diperkasakan
- sekaligus menyahkan "musuh dalam selimut" yang masih terdapat di dalam pentadbiran negeri
- urus setia penerangan yang ada adalah kali pertama diwujudkan sebagai mekanisme alternatif jabatan penerangan seperti Radi0 (Perak FM) dan RTM yang secara biadap menyebarkan tohmahan serta fitnah tentang kerajaan negeri
- bersyukur kerana kerajaan yang berpaksikan kepada kebenaran dapat bertahan setelah 9 bulan memerintah
- meminta setiap bloggers (kira-kira 30 bloggers telah dijemput dalam program ini) menyebarkan maklumat betul dan tepat tentang setiap dasar kerajaan negeri
- meminta apa sahaja input dari rakyat dapat disalurkan dengan segera kepada negeri agar tindakan dapat diambil
- berharap program berbentuk cambah fikiran (brainstorming) ini dapat memperkasakan jentera penerangan negeri
0 ulasan:
Catat Ulasan