PELAJAR PERLU AMALKAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB DAN AMANAH - YB ANUAR SUDIN
>> 01 November 2008
1 November 2008, Sabtu - Seramai 230 orang calon SPM 2008 di sekolah-sekolah sekitar Teluk Intan telah hadir ke program Seminar Pecutan Terakhir SPM 2008. Kebanyakan pelajar datang dari SMK Seri Perak, SMK Sultan Abdul Aziz, SMK Seri Setia, SMK Seri Kandi, SMK Raja Muda Musa, SMJK San Min, SMK Teknik, SMK Abdul Rahman Talib, SMK Hutang Melintang, SMK Sungai Manik, SMK Convent dan pelajar persendirian.
Program yang julung kali diadakan anjuran bersama Pejabat ADUN Changkat Jong dan Yayasan Perak ini telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Bandar Baru Teluk Intan.
Program tersebut adalah antara program berbentuk tanggungjawab sosial oleh ADUN Changkat Jong dalam bidang pendidikan. Antara objektif seminar ini ialah dapat membimbing para calon SPM di saat akhir sebelum peperiksaan. Seramai empat orang guru berpengalaman dijemput menyampaikan ceramah bimbingan bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Program tersebut adalah antara program berbentuk tanggungjawab sosial oleh ADUN Changkat Jong dalam bidang pendidikan. Antara objektif seminar ini ialah dapat membimbing para calon SPM di saat akhir sebelum peperiksaan. Seramai empat orang guru berpengalaman dijemput menyampaikan ceramah bimbingan bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Para peserta sedang mendaftar diri.
Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Di dalam ucapan, beliau menyaran pelajar supaya menguasai beberapa ilmu sebagai mmenghadapi susasana kehidupan yang semakin mencabar. Antara ilmu tersebut ialah ilmu komunikasi, ilmu sosial dan politik. Ini kerana kesemua ilmu tersebut akan diaplikasi oleh oleh setiap manusia.
Pengerusi majlis sedang mengalu-alukan kehadiran peserta.
Nasihat disampaikan oleh YB kepada para peserta.
Hj. Mohd. Anuar juga menasihati pelajar supaya tidak meninggalkan kepentingan akhirat dalam mengejar kepentingan dunia. "Kedua-duanya amat perlu kerana urusan semasa di dunialah yang menentukan baik buruknya kita di akhirat," ujar beliau lagi. Pelajar sebagai generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara, perlulah menghayati nilai-nilai murni agar negara mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab, beramanah dan berintegriti. Beliau juga mendoakan agar semua peserta akan berjaya dengan cemerlang di dalam SPM 2008 nanti.
Antara pelajar yang hadir.
Menurut urus setia seminar, memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, mungkin seminar sebegini akan diadakan bagi peperiksaan lain seperti UPSR dan PMR.
YDP Teluk Intan menyampaikan cenderamata kepada para peserta.
Dr. (H) Mohamad Hamzah sedang menyampaikan ceramah Kesihatan Minda.
Khusyuk... peserta memberi tumpuan kepada penceramah subjek Mathematics.
Penyampaian yang menyakinkan dan menarik oleh penceramah Bahasa Melayu.
Cikgu Kumar memberi tips teknik menjawab Bahasa Inggeris.
Bersedia ..... Pelajar-pelajar SMK Seri Setia ini semakin yakin menghadapi SPM setelah mengikuti seminar.
Adik Azuan dari SMK Abdul Rahman Talib (SMART) berazam mendapat cemerlang dalam SPM.
1 ulasan:
Assalammualaikum...
Terima kasih diucapkan kepada cikgu-cikgu, urussetia, serta para penceramah yang telah menganjurkan program ini...
p/s: Doakan kejayaan saya didalam SPM kelak...
Catat Ulasan