TERIMA KASIH POLIS, BANTU RAKYAT BENCI UMNO/BN
>> 03 April 2011
KUALA LUMPUR, 2 April: “Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN,” kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.
Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa ‘pelakon’ lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.
Baginya, itulah ‘skrip’ sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.
Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.
“Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni ‘polis malaikat’ yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja,” ujarnya lagi
6 ulasan:
salam
minta mr bean mahpos tolong tengok sapa pelakon utama tu !
hang dah tengok ke... kalau belum tak payah menyebok dalam blok orang.
abe hsans
relek bro...nnt kita akan tau sapa pelakon utama..!! Mahpos tu pu mata rabun, otak pun pun tak berapa cerdik...! Cakap pun menyerlah kekurangan pandainya..
tungguuuuuu...!!!
Wahai orang Me LAYU ko orang tak dak keje lain ke.Nape dok asyek nak fitnah orang aje.Sepatutnya kita bincang pekara yg lebih penting.Bukan dok bincang video porno keluaran UmPORNO - APCO tu.
jangan la hebat sgt manusia ooi...takut la pada ALLAH
ye..takut pada Allah SWT..jgn takut pada polis..polis tu semua agen2 kerajaan je..wahahaha..
tapi kalau rumah kowang kena pecah pun..kowang pegi polis gak..anak kowang kena rogol pun..kowang pegi jumpa polis gak..so..patutnya kowang tawakal je..senang laa org nak pi rompak rumah kowang..wahahah..
yg tunjuk video di anggap fitnah jahat..yg kowang tak soalkan saper yg buat apsal..patutnya kita sama2 berdoa agar org yg dalam video tu jika islam dan betul2 berzina..harap2 di dakwa dan di kenakan hudud..rejam..tak pun bala Allah SWT kena atas dia..
pandai betul pengkut2 mazhab PAS PIS PUS nie...kagum2
yop teluk intan..he3
Catat Ulasan