RAKAN SEKERJA SARBANI SYAK BERLAKU KHIANAT
>> 07 April 2011
Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.
Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.
Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.
Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.
Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.
SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.
1 ulasan:
Lebih baik bunuh diri bro, daripada di sita seluruh harta kekayaan yang di perolihi melalui rasuah , ye tak! Jikalau dah di dapati bersalah, dah lah di hukum penjara, di saman, kemudian seluruh harta benda di sita, sehingga sehelai sepinggang!Abih, Bini, anak anak, cucu cicit mau makan apa? merempat di di kaki lima ka? Jalan mudah baik bunuh diri, harap harap bolih buang kes rasuah ye tak? Sekali lompat bunuh diri macam TBH orang bolih percaya le yop, dua kali buat trick sama. ape ke he nye weh? Ini cuma mahu menyelematkan harta benda yang sedia ada , itu je weh, jangan bedaah le geng mike, nak tuduh orang lain konon, tak daj da mode ke yop?
Catat Ulasan