PAS TELUK INTAN ANJUR SEMINAR PAS GANTI UMNO
>> 26 April 2011
PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Penerangannya akan menganjurkan Seminar PAS Ganti UMNO. Seminar tersebut akan diadakan pada 2 Mei 2011, hari Isnin bermula jam 8. 00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Seminar yang akan diadakan di Hotel Grand Court, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan (berhampiran Gerai Makanan City Mewah) akan menampilkan dua orang pembentang kertas kerja iaitu Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa. Beliau akan membentangkan tajuk kertas kerja 'Perlembagaan Malaysia dan Politik Baru'. Manakala pembentang kertas kerja kedua ialah Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dengan tajuk 'PAS Ganti UMNO'.
Contoh Kupon Seminar PGU. |
Menurut jurucakap Lujnah Penerangan, penyertaan adalah dibuka kepada semua pihak dan tempat adalah terhad. Orang ramai yang berminat bolehlah mendapatkan kupon masuk bernilai RM10 daripada mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS atau menelefon 0194931578 atau 0195761529.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan