MEMPERKASA PARTI, MENGEKALKAN KEMENANGAN
>> 20 April 2011
TELUK INTAN, 19 April - Bertemakan 'Memperkasa Parti, Mengekalkan Kemenangan', Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik telah menggariskan beberapa perkara sebagai panduan gerak kerja bagi sesi akan akan datang. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-37 telah diadakan di Markaz PAS Kawasan di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Ismail bersama Hj. Mohamad Sabu. |
Antaranya ialah :
- memperkasakan program tarbiyyah dengan mengimarahkan program seperti usrah, tamrin, qiamullail, dan sebagainya bagi peringkat kawasan dan cawangan-cawangan.
- mewajibkan setiap cawangan mengadakan usrah dengan menggunakan sukatan usrah yang telah ditetapkan oleh pihak lujnah tarbiyah negeri atau pusat
- memperkasa sayap-sayap parti iaitu Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS
- memantapkan organisasi parti di semua peringkat kawasan, cawangan, dewan dan lujnah-lujnah
- menggerakkan jentera pilihan raya kawasan dan cawangan secara aktif
- melaksanakan program ke arah pembinaan amilin dan kader yang sahih aqidah dan jelas fikrah
- mennyebarluaskan program kebajikan dan kemasyarakatan
Untuk mencapai perkara di atas, setiap ahli perlu :
- istiqamah bersama jamaah kerana hanya secara berjamaah sahaja mampu menghadapi pelbagai cabaran berbanding bersendirian
- penghayatan intima dalam jamaah secara amal jamaie
- iltizam dalam gerak kerja
- wajib terlibat di dalam usrah serta setiap program tarbiyah yang lain
- menghayati kempen Sifar Ponteng yang dilaksanakan di peringkat PAS Perak
- menghayati konsep dengar dan taat
- tidak mengklasifikasikan pimpinan dalam jamaah
- tidak memilih-milih program parti melalui konsep aulawiyat
- kukuhkan jaringan ukhuwwah sesama ahli dan masyarakat
- meminimumkan ruang khilaf dan menutup ruang krisis
- pengorbanan prasyarat kemenangan
- menghayati rukun baiah
- berusaha menambah dana pilihan raya
- memantapkan organisasi parti dan jentera pilihan raya UPU dan MTD
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan