PENCABULAN UNDANG-UNDANG & MORAL ALA LANUN
>> 13 Februari 2009
Kerajaan Perak Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat mandat daripda rakyat dalam PRU12 2008 telah DIGULINGKAN melalui tindakan yang di luar batas undang-undang.
Kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdiam diri ADUN Behrang dan ADN Changkat Jering yang dikurung selama 7 hari tiba-tiba muncul dalam satu sidang media bersama Najib sedangkan mereka dikatakan sakit serta tidak dapat dihubungi oleh rakan dan keluarga.
Pada masa yang sama, isteri ADUN Changkat Jering yang terlantar sakit di hospital juga tidak dapat menghubungi suaminya. Tidakkah senario ini menampakkan kaitan antara kehilangan 2 ADUN itu dengan Najib ? SPRM sepatutnya menyiasat kemungkinan wujud unsur RASUAH dan UGUTAN terhadap dua ADUN itu berdasarkan banyak pentunjuk yang jelas.
Ke mana hilangnya SPRM ? Jika AJK-AJK UMNO boleh didakwa hanya kerana rasuah untuk memeangi peringkat bahagian, APAKAH KEJATUHAN SEBUAH KERAJAAN YANG PUNCANYA DIKAITKAN DENGAN RASUAH PATUT DIBIARKAN SAHAJA TANPA INISIATIF SPRM MELAKUKAN SIASATAN.
Rakyat Perak sangat bimbang dengan konspirasi peringkat tertinggi apabila UMNO mengheret istana dalam kemelut politik terancang ini. Tindakan spontan rakyat membantah pelantikan MB HARAN UMNO adalah berasaskan kefahaman tentnag undang-undang.
BN = 28, PR = 28 dan bebas 3. Tiga ADUN bebas juga sedang menunggu semakan semula status kelayakan mereka sebagai ADUN dalam satu tuntutan injuksi di mahkamah tinggi. Kenapa UMNO tidak boleh bersabar menunggu keputsan mahkamah sebelum melakukan perkara besar kesannya kepada rakyat ?
Menggunakan saluran undang-undang bagi mendapatkan keadilan adalah tindakan sihat, wajar dan patut dihormati. Langkah Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar merujukkan kekeliruan ini ke mahkamah tidak patut dikaitkan dengan PENDERHAKAAN TERHADAP ISTANA.
Hampir semua pakar undang-undang bersetuju bahawa Unang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan secara jelas tentang LUCUT JAWATAN Menteri Besar hanya boleh berlaku dengan salah satu 3 cara iaitu PEMBUBARAN DUN, UNDI TIDAK PERCAYA DALAM SIDANG DUN atau MELETAK JAWATAN. Kawasan kelabu (grey area) yang wujud dalam undang-undang berkaitan kontroversi ini wajar dirujuk kepada mahkamah.
Berbalik kepada konspirasi jijik ini, kita percaya hanya manusia yang tidak mempedulikan DOSA-PAHALA dan HALAL-HARAM yang sanggup terlibat dengan konspirasi ini. HANYA ORANG JAHAT YANG SETANDING DENGAN PENJENAYAH KES ALTANTUYA YANG TERGAMAK MELAKUKAN KERJA JAHAT INI.
HANYA ORANG YANG SANGGUP MENGGUNAKAN BOMOH-BOMOH HINDU YANG DIIMPORT DARI BENUA INDIA BAGI MENJATUHKAN MUSUH-MUSUH POLITIKNYA SAHAJA YANG MAMPU MENGETUAI KONSPIRASI INI.
Ramai percaya bahawa konspirasi menumbang kerajaan PR Perak adalah di bawah seliaan langsung orang yang bakal memegang jawatan PM. (sumber : Risalah Urus Setia Penerangan Kerajaan PR Perak)
0 ulasan:
Catat Ulasan