MB PERAK DIHALANG MASUK KE PEJABAT
>> 10 Februari 2009
IPOH, 10 Feb (Hrkh)- Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dihalang untuk masuk ke pejabatnya jam 11.05 pagi tadi dan beliau akur dengan arahan tersebut.
Menteri Besar bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sampai di pintu masuk jam 11.05 pagi sebagai memenuhi janjinya untuk datang ke pejabatnya hari ini.
Menteri Besar bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sampai di pintu masuk jam 11.05 pagi sebagai memenuhi janjinya untuk datang ke pejabatnya hari ini.
Sebelum itu di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan telah dikawal ketat oleh pihak polis anggota polis simpanan persekutuan (FRU). Namun kawalan ketat pihak keselamatan sedikit pun tidak mematah semangat Menteri Besar dan Exconya untuk cuba masuk ke pejabatnya.
Dalam sidang medianya di pintu masuk bangunan tersebut Nizar menjelaskan pada hari ini adalah hari bertemu pelanggan dan beliau datang untuk memenuhi temu janji namun telah dihalang.
"Kami akur dengan arahan dan akan pulang," katanya.
"Pagi ini saya datang bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, kami utamakan keamanan dan ketemraman dan kami akan balik " Kata Mohamad Nizar
Di samping itu kelihatan di cermin cermin tingkat bangunan tersebut para pegawai dan kakitangan pejabat menyaksikan peristiwa Menteri Besar dihalang dan tidak membenarkan Nizar masuk ke dalam bangunan tersebut dan mereka melambaikan tangan kepada Menteri Besar. Dato' Seri Nizar turut membalas lambaian mereka itu. - azm _ (Harakahdaily.com)
5 ulasan:
aku cadangkan kalau nizar nak sangat ..
cari satu payung pasar malam..kasik taruk kat tepi jalan memana, lepas tu letak meja, bangku..tulis kat situ : " opis MB alam mimpi..InsigNYIOR Mohd Nizar Jamaludin."
Sekurang2nya kerajaan PR lebih bermaruah drp BN al lanun @penyamun tarbus
Gentlement la sikit wahai BN. Jgn jadi pondan al penakut.
Hoi, penakut. Bukalah blog ko tu utk org lain. Mari kita berhujah. Jgn baliong batu sembunyi tangan. Itu pengecut namanya...
Salam semua,
BN takut nak adakan pilihan raya kerana takut kehabisan duit bagi membeli undi. Pilihan parti pada Mac ini nanti lagi penting dah lebih memerlukan duit yang banyak bagi berbanding dengan pilihanraya di perak. sbb itu la Pak Jib yang terang2 org luar telah berjumpa sultan dalam mencampuri urusan kerajaan negeri bagi memujuk sultan supaya tidak membubarkan Dewan DUN sbb duit telah disimpan bagi pemilihan parti.
Apa-apa pun Allah sentiasa bersama orang yang benar.
Catat Ulasan