PENASIHAT UNDANG2 CUBA HALANG SIDANG DUN TERGEMPAR
>> 28 Februari 2009
IPOH (27 Feb): Penasihat Undang-undang Negeri Perak sedang berusaha menghalang usaha untuk menghantar notis kepada adun-adun Perak berhubung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan Selasa, 3 Mac.
Menurut Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Koo Ham, penasihat undang-undang Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid, telah mengarahkan Setiausaha Dewan agar tidak menghantar notis mengenai persidangan tergempar itu.” Usaha ini adalah “menghina DUN” dan mereka berkenaan boleh dihukuman di bawah peraturan dewan,” katanya sambil menegaskan bahawa Ahmad Kamal tiada hak untuk mencampuri urusan DUN.
“Beliau bukan penasihat kepada DUN. Dia tidak boleh menghalang proses dan keputusan akhir sama ada untuk menghantar notis itu berada di bawah bidangkuasanya. Speaker akan mencari kaedah bersesuaian untuk menghantar notis jika halangan itu berterusan,” kata Ngeh pada sidang media.
Dua usul akan dibentangkan pada persidangan itu. Yang pertama oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim untuk mengulangi pendirian dan keyakinan bahawa Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk terus bertindak sebagai Menteri Besar.
Usul kedua ialah oleh Adun Teja, Chang Lih Kang untuk memohon Menteri Besar menyelesaikan krisisis politik semasa dengan kaedah yang sewajarnya untuk membubarkan DUN, termasuk memohon perkenan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN. (perakdaily.com)
0 ulasan:
Catat Ulasan