LAPORAN KEPADA SPRM TERHADAP MB HARAM
>> 12 Februari 2009
Syed Jaymal Zahiid Feb 12, 09 12:58pm
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamby Abd Kadir hari ini. Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamby Abd Kadir hari ini. Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.
Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun. Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi.Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.
"Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.
Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kira-kira 20 orang penyokong parti tersebut.
Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.
Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.Chang merupakan timbalan pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah naib presiden MIC.
Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai. Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.(malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan