PERINGATAN KEPADA SANG PENGAMAL MACHIAVELLI
>> 05 Februari 2009
Kita mengutuk sekeras-kerasnya akan perbuatan dan tindakan paling keji (sama atau lebih keji daripada tindakan negara haram Israel menyerang Gaza) oleh pihak UMNO/BN yang telah merampas tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang diterajui Pakatan Rakyat dengan cara yang paling tidak demokratik dan paling tidak bermoral dalam sejarah politik negeri Perak, negara malah dunia.
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan yang secara sah (ulang lagi..secara SAH) setelah PRU12 Mac 2008, telah secara kotornya dan secara kejinya telah dipaksa melepaskan tampuk kerajaan kepada Barisan Nasional yang didominasi UMNO.
Namun UMNO/BN tidak boleh mendabik dada bahawa mereka adalah kerajaan pilihan rakyat kerana pembentukan kerajaan BN ini adalah hasil daripada aksi lompat-melompat ADUN yang tidak bermaruah.
- Adakah UMNO/BN pasti kerajaan yang dibentuk atas ihsan spesis makhluk melompat ini akan stabil selama-lamanya ?
- Adakah kerajaan negeri UMNO/BN yakin bahawa mereka akan mendapat sokongan rakyat seluruhnya atau hanya didokong oleh segelintir rakyat minoriti ?
- Bagaimana kerajaan BN dapat mengurus tadbir negeri yang dijangkakan anggota exconya tidak mewakili komposisi kaum negeri ini ? (kerana daripada 28 ADUN BN, hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu, iaitu Cina)
- Adakah UMNO/BN sedar bahawa rakyat negeri ini semakin benci dan meluat kepada mereka akibat tindakan tidak bermaruah ?
- Dan beberapa persoalan lagi yang begitu banyak sebenarnya yang mungkin diluahkan oleh majoriti rakyat negeri Perak jika diberi peluang memberi pandangan.
Teruskanlah strategi "the end justifies the means" kerana sesungguhnya tipu daya Allah itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui...
Hanya Allah sahajalah kami memohon agar membalas segala tipu daya musuh kami dan musuh Mu, ya Allah. Amin...
0 ulasan:
Catat Ulasan