ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG DI DESA BAKTI
>> 30 Mac 2012
TELUK INTAN, 30 Mac - ADUN Changkat Jong meneruskan program bertemu rakyatnya melalui Program Ziarah Jumaat yang dibuat secara mingguan. Minggu ini, YB Anuar Sudin solat Jumaat di Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti dekat sini.
Kehadiran beliau di sana telah disambut mesra oleh para ahli jemaah di sana. Kemudian beliau telah dibawa menziarahi seorang pesara yang terkena angin ahmar. Turut bersama YB Anuar ialah Ketua PAS Cawangan Desa Bakti, Sdr. Farid Al Jarumi, Naib Ketua cawangan Ustaz Abdul Wahab Dawam serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Cawangan Desa Bakti.
Sdr. Huzir terharu menerima kehadiran YB Anuar. |
Antara ahli rombongan Ziarah Jumaat di Desa Bakti. |
Saudara Huzir, 61, menderita sakit stroke lapan bulan lepas di bahagian kanan badannya. Beliau yang telah bersara tiga tahun lepas adalah bekas kakitangan di Pejabat Daerah di Teluk Intan. Beliau berasa amat terharu apabila menerima kehadiran YB Anuar serta pimpinan PAS cawangan. Di dalam pertemuan tersebut YB Anuar mengambil peluang menyampaikan beberapa perkara berkaitan agama seperti cara berwudhu dan bersolat bagi orang sakit. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan kepada Sdr. Huzir.
Warga emas Tionghua ini sedang menceritakan masalah kesihatannya. |
Menzirahi seorang penduduk di Desa Bakti. |
Selepas itu, YB Anuar telah singgah sebentar di rumah seorang warga emas Tionghua. Kehadiran wakil rakyat itu juga telah disambut baik oleh warga emas berusia 75 tahun itu. Kemudian, ADUN Changkat Jong telah menzirahi seorang bekas kakitangan Telekom yang menderita sakit 'spinal mascular', Sdr. Faza, 56.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan