MALAM AMAL AL-MUNIR 2009
>> 11 Julai 2009
TELUK INTAN, 11 Julai - Malam tadi telah berlangsung majlis Malam Amal Al-Munir. Ia telah diadakan di Dewan Bandaran Teluk Intan. Majlis tersebut merupakan anjuran bersama antara pihak sekolah dan PIBG.
Di dalam ucapannya, Pengerusi Al-Munir telah menyatakan antara tujuan Malam Amal diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai usaha meningkatkan lagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.
Kumpulan Fareast sedang menghiburkan penonton dengan lagu nasyid popular mereka.
Kumpulan Soutul Munir turut menyampaikan nasyid.
Pada malam tersebut selain para tetamu dan penyumbang menikmati jamuan makan malam, mereka telah dihiburkan oleh kumpulan nasyid terkenal iaitu Kumpulan Fareast di samping kumpulan Soutul Munir yang terdiri daripada kalangan pelajar Sekolah Al-Munir.
Sekolah Rendah Al-Munir merupakan satu-satunya sekolah rendah Islam sepenuh masa di dalam daerah Hilir Perak yang melaksanakan dua kurikulum secara bersepadu iaitu KBSR dan KAFA.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan