BELUM PUAS LAGI....BAGI TEMPOH 3 TAHUN LAGI KAMI NAK GELAPKAN MASA DEPAN MURID
>> 08 Julai 2009
"Ya..kami akan mansuhkan PPSMI tapi bukan sekarang tetapi 3 tahun lagi. Beri kami peluang untuk membanyakkan lagi pelajar-pelajar yang gelap masa depan akibat penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains."
Itulah agaknya mesej tersirat yang disampaikan oleh Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin apabila mengumumkan isu dasar PPSMI ini petang tadi.
Inilah janji manis UMNO/BN dalam cuba menarik semula sokongan orang Melayu. Maka dalam tempoh 3 tahun itulah lagu yang akan didendangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO apabila berhadapan dengan para pejuang bahasa dan orang Melayu sendiri.
Inilah juga senjata ampuh untuk menutup isu PPSMI ini menjelang pertembungan paling sengit dalam PRU13 yang juga dalam tempoh 3 tahun lagi.
"Dasar PPSMI akan mansuh...jangan takut. Kami akan buat secara beransur-ansur sehingga semua peringkat pelajar yang terlibat tamat seluruhnya."
Maka bagi orang Melayu, lembutlah hati masing-masing apabila mendengar hal tersebut. Tetapi itu mungkin bagi orang Melayu UMNO. Tetapi bagi rakyat banyak, mungkin tidak. Bayangkanlah dalam tempoh setahun, berapa ratus ribu pelajar yang terlibat menjadi mangsa dasar zalim ini. Kalau 3 tahun ..?
Buktinya..sila baca fakta-fakta di bawah. Kenyataan ini dibuat sendiri oleh Menteri Pelajaran :
- Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
- Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
- "Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
- Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI."Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan