MANSUHKAN JUGA PPSMI BAGI TINGKATAN ENAM DAN MATRIKULASI
>> 09 Julai 2009
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menganggap hanya sebahagian daripada perjuangan mereka supaya dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang selesai memandangkan dasar itu masih dilaksanakan di di peringkat Tingkatan Enam dan matrikulasi.
Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, Gapena akan terus berjuang supaya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan ke Bahasa Melayu di semua peringkat.
Beliau berkata, akan wujud persepsi yang bahasa Inggeris itu lebih baik sekiranya pelajar Tingkatan Enam yang mengambil jurusan sains belajar dalam bahasa itu dan yang mengambil jurusan sastera belajar dalam bahasa Melayu.
"Kami mahu bahasa Melayu juga dijadikan bahasa ilmu pengetahuan seperti mana juga bahasa lain," katanya kepada sidang media di sini, semalam.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Selain itu, Gapena menuntut supaya penguasaan bahasa Melayu dipertingkatkan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di institusi pengajian tinggi di negara ini.
Ketua Dua Gapena, Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, terdapat universiti yang menggunakan bahasa Inggeris dalam proses pembelajaran jurusan sastera.
"Kita selalu mengada-ngada... ada universiti yang sudah pandai-pandai ajar matapelajaran dalam jurusan sastera dalam bahasa Inggeris.
"Bahasa Melayu sepatutnya menjadi bahasa pendidik dan bahasa penyatuan," katanya. (mstaronline)

0 ulasan:
Catat Ulasan