TIBA MASANYA KITA TUMBANGKAN UMNO/BN..
>> 13 Julai 2009
Tidak dipastikan sama ada benar atau tidak berita tentang kenyataan TPM seperti di bawah ini :
"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN. "Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.
Kalau benarlah berita ini, amat malang, malang dan malang sekali kepada rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang pemimpin negara (TPM pulak tu) yang secara terang-terang menghina sistem demokrasi negara ini.
Kalau benarlah apa yang beliau cakapkan, maka amat malang, malang dan malang sekali kepada kita (rakyat Malaysia) kerana kita telah diperbodohkan, diperkambingkan dan diputar alamkan dengan kenyataan yang bertaraf kampung dan estet. (rasanya orang kampung pun tidak bercakap macam ini.)
Sebagai Menteri Pelajaran, amat malang sekali kepada semua warga pendidik terutama para guru yang mempunyai seorang Menteri Pelajaran yang berfikiran tidak matang langsung. Berjanji dengan orang kampung tetapi bersyarat. Macam bebudak.
Kepada pengundi Manek Urai :
- Buktikanlah bahawa anda adalah seorang pengundi yanng bijak
- Buktikan juga bahawa anda seorang yang tidak termakan umpan pemimpin yang berunsur rasuah
- Mari kita sama-sama tumbangkan pemimpin serta parti yang tidak jujur membantu rakyat
- Buktikan bahawa kuasa adalah di tangan anda.
S E L A M AT M E N G U N DI
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan