RAKYAT DIDAHULUKAN, BN DIKETEPIKAN - JOM JOIN PAKATAN RAKYAT
>> 19 Julai 2009
Amat menarik sekali apabila membaca sebab-sebab mengapa Datuk Chua Jui Meng masuk PKR. Selain wawasan beliau sama dengan wawasan Datuk Seri Anwar ibrahim beliau juga enyatakan bahawa keputusan pada PRU12 2008 lepas menunjukkan kehendak dan kemahuan rakyat (terutamanya di Semenanjung Malaysia) yang membuak-buak ingin menukar kerajaan.
Sekarang kita sedang menuju ke arah sistem dua parti. Maka pada PRU13 nanti, rakyat hanya akan memilih sama ada PR atau BN sahaja. Kan cantik tu. Dengar khabarnya PR melalui Majlis Presidennya telah bersetuju untuk memikirkan kearah mewujudkan lambang atau logo yang sama dalam pilihanraya serta sedang mengkaji untuk mendaftarkan PR sebagai sebuah parti yang bertanding dalam pilihanraya.
Setelah begitu banyak insiden yang berlaku di negara ini, maka apakah minda kita tidak terfikir bagaimanakah keadaan negara ini untuk pada masa akan datang. Baru 100 hari Najib memerintah, ada orang yanhg boleh mati dalam tahanan SPRM (yang sepatutnya badan bebas). Kalau mati dalam tahanan polis tu perkara biasa... Tengoklah kes Mendiang Kugan!
Zaman Mahathir dulu, puak UMNO/BN hanya rampas harta orang, tapi zaman ni..negeri yang berdaulat dan sah pun dah tidak selamat lagi. Perak adalah satu contoh di mana rampasan yang berkonsepkan hak aku, hak aku; hak orang pun hak aku..!
Sekarang ini, rakyat sudah tidak selamat. Dengan siapa hendak kita sandarkan ...polis ? mahkamah ? SPR ? SPRM ? Menteri ? Tak tau lah...
Oleh itu, marilah bersama-sama kita merealisasikan hasrat PM yang penuh kontroversi ini (kita sebenarnya malu berPMkan Najib ni).
1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
menjadi..
Jom 1 Malaysia join PR. Kalau nak rakyat didahulukan, kita ketepikan UMNO/BN.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan