MISI BUBARKAN DUN PERAK TETAP DITERUS DAN DIPERGIATKAN - PJ PERAK
>> 05 Julai 2009
TAIPING, 4 Julai - Misi dan visi PAS Perak akan diteruskan oleh kepimpinan baru parti negeri ini. Misi menuntut pembubaran DUN Perak akan diteruskan malah akan dipergiatkan lagi untuk mendesak pihak berkenaan agar membubarkan DUN Perak. Perkara ini telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang baru, Ustaz Haji Abu Bakar Hussin semalam. Beliau telah menyampaikan taujihad sulungnya itu bersempena program bulanan Lujnah Tarbiyyah PAS Perak, Liqa ul Fikri di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning, Taiping.
Sebelum itu, Ustaz Abu Bakar telah mengumumkan beberapa potfolio yang telah dibentuk bagi mengisi ketua-ketua lujnah. Antaranya, Lujnah Politik diketuai oleh beliau sendiri, Lujnah Tarbiyyah oleh Ustaz Shuid Din(Ketua Dewan Ulama Negeri) dan timbalannya Ustaz Mustafa Shaari (TPJ3). Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar (TPJ1) mengetuai Sekretariat Pakatan Rakyat, Ustaz Mustafa Shaari (TPJ3) mengetuai Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Dr. Khairuddin Dato' Malek (TPJ2) mengetuai Lujnah Memperkasa Parti. Masih ada beberapa lagi lujnah-lujnah akan diisi yang bakal menampilkan gabungan muka-muka lama dan baru.
Di samping itu, beliau juga telah memaklumkan beberapa program yang bakal dilaksanakan. Antaranya; Program Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih iaitu program memperkukuhkan ukhuwwah sesama ahli di peringkat kawasan, akan menyambung semula usrah bersama pimpinan PKR negeri, Hari Berpuasa Ahli PAS pada setiap hari Khamis, serta meneruskan program memperkasakan tarbiyyah iaitu satu cawangan satu usrah.
Selain itu, PAS negeri akan mempergiatkan lagi usaha-usaha penubuhan cawangan-cawangan sebanyak yang mungkin, menambah bilangan Kelab Penyokong PAS di setiap kawasan, meningkatkan bilangan PASTI serta pengurusan parti yang sistematik.
"Diharapkan segala usaha tadi akan ke arah meningkat keupayaan parti agar PAS dilihat sebagai parti yang mendominasi kerajaan negeri apabila kita mengambil semula pemerintahan negeri Perak nanti, insyaAllah", tambah beliau lagi.
Sebelum itu, naqib jemputan pada liqaul fikri kali ini ialah Ustaz Haji Hassan Shukri, AJK PAS Pusat. Pengisian lebih banyak kepada ke arah pemahaman perlembagaan PAS itu sendiri.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan