PERANGAI PELIK MINGGU INI
>> 07 Julai 2009
Hari ini, Timbalan Presiden UMNO Malaysia (bukan ketua cawangan UMNO) telah melakukan perkara pelik sekali lagi. Dia kata UMNO/BN mahu menang di Manek Urai untuk menamatkan nasib malang BN dalam siri-siri PRK.
Kenyataan beliau sungguh pelik, amat pelik dan pelik sekali. Dia tidak lihat bagaimana prestasi BN dalam 8 siri PRK ? Daripada 8 PRK UMNO/BN menang 1 kali sahaja. Masalahnya, rakyat dah secara total menolak UMNO/BN di merata-rata tempat.
Apatah lagi PRK kali ini di kawasan kubu PAS. Bukan meninggi diri tetapi untuk menyedarkan diri si Timbalan Presiden UMNO itu.
Oleh itu, sesuailah kita isytiharkan si Timbalan Presiden tu sebagai siri kartun Hagemaru iaitu : Perangai Pelik Minggu Ini..!
- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.
- "Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.
- Daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, BN hanya menang di Batang Ai, Sarawak.BN tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
- Dan Mei lalu, BN memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan