PAS ADALAH PARTI YANG BERSIFAT TERBUKA
>> 05 Julai 2009
TAIPING, 4 Julai - AJK PAS Pusat, Ustaz Haji Hassan Shukri telah menyatakan bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat terbuka. Ini sesuai dengan dasar perjuangan parti itu sendiri iaitu Islam yang telah dipegang sejak penubuhannya 1951 hinggalah kini. Beliau menyatakan perkara demikian semasa menjadi naqib jemputan di dalam program bulanan tarbiyyah negeri Perak, Liqaul Fikri di Markaz Tarbiyyah Negeri, Air Kuning.
Menurut beliau lagi, sikap keterbukaan PAS jelas dilihat sejak dahulu lagi. Ini bertepatan dengan misi parti itu iaitu selain bergerak sebagai parti siasah, ia juga adalah sebuah parti dakwah.
"PAS sejak dahulu adalah sebuah parti yang terbuka atas dasar dakwah. Dengan dasar terbuka ini jugalah, PAS telah dapat menyampai dan menerangkan risalah Islam kepada kaum bukan Islam di negara ini ", kata beliau.
Tambah beliau lagi, sikap terbuka PAS ini agak berbaloi kerana hasil daripada usaha pimpinan terdahulu PAS telah dapat mengembangkan pengaruhnya bukan sahaja ke seluruh negeri malah ia telah berjaya menarik kaum bukan Melayu untuk menyertai perjuangan PAS.
Ustaz Hassan bersama Ustaz Azizan Desa dan YDP Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.
"Masyarakat non Muslim kini telah menaruh lebih percaya kepada kita (PAS) daripada UMNO sekarang. Ini satu perkara yang tidak terfikir oleh kita dulu. Tetapi oleh kerana visi pimpinan terdahulu beserta usaha dan penat lelah mereka, maka akhirnya kita dapat kepercayaan daripada mereka. Ini telah ditunjukkan dengan jelas semasa PRU12 yang lepas, " ujar beliau lagi.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan