HARGA MINYAK NAIK ESOK...!!!
>> 31 Ogos 2009
Manakala harga RON97 juga turut dinaikan kepada RM2.05 seliter.
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
ar_rawa
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.
SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.
"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.
Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.
SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.
"Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi semalam.
Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.
Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.
Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.
Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.
Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.
"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.
Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi semalam memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada.
"Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini," katanya.(mstaronline)
Read more...Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.
Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.
"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."
"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.
Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.
Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.
"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.
Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.
"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.
Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.
Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.
"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."
"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.
Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.
"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.
Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.
"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."
Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.
Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.
Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).
Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.
SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.
Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.
"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.
"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.
"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.
Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.
"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis �tunggu dan lihat� cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.
"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.
Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.
Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.
"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.
Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.
"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.
�Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.
Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.
Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.
"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.
Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.
Firman Allah bermaksud, �Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.�
Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.
Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.
Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.
Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.
Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda �ekstrem� terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan �Kami Bantah�.
Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, �Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.
Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.
Insiden �Kepala Lembu Berdarah� itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.
Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. Read more...
Kalau marahpun, janganlah sampai menghina perkataan TAKBIR menjadi TAKE BEEER..
Pelik..seorang polispun tak ada mengawal demonstrasi tersebut.
Satu lakonan yang baik daripada UMNO
Tapi berhati-hati jangan cetuskan sentimen agama dan kaum
Petikan skrip perbualan di antara 3 sahabat Ramli, Sudin, dan Ajis dalam cerita Pendekar Bujang Lapok.
Ramli: Eh.. Sudin, ini bacanya apa macam?
Sudin: Alim Mim Nun Wau, alip tendang wau .. sarkis daa
Ajis: Ape da sarkis.
Ramli: Hey, ini sikit punya panjang bacanya sarkis?
Sudin: Itu yang panjang tu bunga saje, yang sikit tu la sarkis. tak reti?
Ramli: Tulis pakai bunga?
Sudin: Abis takkan hutang je pakai bunga?
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: MCA, parti komponen Barisan Nasional yang sedang menyaksikan pergeseran dalam kalangan pemimpin tertingginya dikejutkan lagi dengan pemecatan timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek malam ini. Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu. Pemecatan itu diputuskan majlis presiden hasil mesyuarat membincangkan tindakan yang disyorkan oleh jawatankuasa disiplin parti. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata rakaman skandal seks Chua yang tersebar dan menjejaskan imej parti menjadi sebab pemecatan Chua yang juga pesaing kepada Ong. Rakaman hubungan seks Chua itu mula tersebar pada 2007 dan beliau kemudian mengakui secara terbuka sebagai lelaki dalam rakaman video itu. Ong dalam sidang media di pejabat MCA mengatakan keputusan itu yang berkait dengan disiplin adalah muktamad.(harakahdaily) |
Jumlah tersebut merosot 1,971 orang atau hampir 10 peratus berbanding dengan peratusan yang keluar mengundi pada pilihanraya umum tahun lalu.
Pilihanraya umum tahun lalu menyaksikan 82.5 peratus atau 16,803 orang keluar mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengharapkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 20,290 pemilih keluar mengundi hari ini.
Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.
Dalam pilihanraya umum lalu, PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 5,433 undi.
Read more...
Nizar bukan sahaja memberikan ceramah, bahkan juga diheret untuk menyertai pelbagai program termasuk mengunjungi orang ramai di pasar-pasar.
Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh, misalnya, telah menganjurkan majlis khas 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat' Datuk Seri Nizar Jamaluddin baru-baru ini.
Majlis anjuran bersama Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh dan PAS cawangan Permatang To'Kandu itu berjaya menghimpunkan ahli-ahli muslimat dan kepimpinan cawangan dan kawasan yang ada bagi merapatkan ukhwah sesama muslimat.
Majlis yang diadakan di Dewan Haji Zabidi, Kampung Pertama, Permatang Pauh itu telah dihadiri oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersama-sama dengan kepimpinan PAS cawangan dan kawasan Permatang Pauh.
Dalam ucapannya Datuk Seri Nizar menyeru muslimat sebagai salah sebuah sayap penting dalam PAS untuk meneruskan kesinambungan perjuangan yang ada supaya penglibatan dalam politik itu dilihat sebagai satu ibadah dan pengorbanan untuk kesejahteraan ummah selaras dengan moto 'PAS FOR ALL' atau PAS untuk semua.
"Bagi memastikan Dewan Muslimat sebagai salah sebuah organisasi yang penting bermatlamat untuk memperjuangkan tuntutan agama dan kesejahteraan ummah maka pengorbanan yang dibuat oleh kita semua diharapkan mendapatkan keredhaan Allah.
"Setiap perjuangan kita haruslah berasaskan dan bersandarkan pada perjuangan Islam yang akan membawa kerahmatan kepada semua umat manusia di muka bumi ini," katanya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu telah berjaya memeriahkan suasana apabila berucap dalam Bahasa Mandarin kepada sebahagian daripada hadirin bangsa Tionghua yang turut hadir dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh, Rafidah Abd Razak, program jamuan teh ini adalah bertujuan bagi merapatkan hubungan antara ahli dan pimpinan muslimat yang terdapat dalam kawasan Permatang Pauh.
"Apa yang kami hasratkan berjaya apabila digabungkan cawangan dan kawasan.Ternyata yang hadir amat menggalakkan kerana ia bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli muslimat malah turut disertai oleh muslimin daripada cawangan dan kawasan.
"Ini membuatkan kami merasa kepimpinan dan khidmat kami dihargai apabila ada penyertaan yang sedemikian," katanya.
Read more...JAM 3.30 PETANG
63.7 peratus pengundi telah membuang undi sehingga jam 3.00 petang tadi, kata SPR.
JAM 2.00 PETANG
Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan. Beberapa pusat mengundi mulai lengang. Penyokong BN sudah tidak kelihatan, hanya penyokong PAS dilihat berada di tepi- tepi jalan.
JAM 1.00 TENGAHARI
SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.
Read more...Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.
JAM 11.45 PAGI
Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang.
Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.
JAM 11.20 PAGI
Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ.
Jam 10 pagi tadi, SPR melaporkan 5775 atau 28.46 peratus pengundi telah membuang undi.
JAM 11.00 PAGIPara penyokong kedua-dua pihak salang berbalas sorakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Pauh. Beberapa pemimpin Pakatan hadir. Antaranya Dr Dzulkifli Ahmad, Nasruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Zuraidah Kamarudin.
Di SRJK Cina Lay Keow Permatang Pauh, penyokong PAS tidak puas hati apabila penyokong BN mengibarkan bendera dacing sedangkan ia dilarang oleh SPR. Berlaku kekecohan tetapi berjaya dikawal oleh polis. Ronnie Liu berada di kawasan itu.
"Penyokong Pakatan kita minta jaga keamanan dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Yakin pengundi tahu dan buat pilihan yang bijak dan sangat penting pengundi bagi kemenangan kepada PAS di Pulau Pinang,"kata Ronnie.
JAM 10.35 PAGI
Tiga pusat pengundian panas dengan kata mengata antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pusat-pusat pengundian itu adalah Sekolah Rendah Permatang Pasir, Pekan Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Penanti.
Namun tidak ada kejadian buruk berlaku.
JAM 10.00 PAGI
Calon PAS melawat kawasan pilihan raya bersama para pemimpin Pakatan Rakyat. Pagi tadi beliau mengiringi Datuk Seri Anwar dan keluarga yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti.
Sebelum ke pusat-pusat pengundian, kesemua mereka berkumpul di Yayasan Aman, Penanti sebelum menaiki kenderaan dari situ.
Para penyokong melaungkan takbir dan reformasi sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pengundian.
Harakahdaily akan menyiarkan keputusan pilihan raya ini peringkat demi peringkat secara langsung dari Markas PAS di sana sebaik sahaja keputusan diterima dari setiap peti undi.
Keputusan ini dijangka akan mula diterima seawal jam 6.30 petang.
MAKLUMAN: Harakahdaily.net akan menyiarkan secara langsung perkembangan semasa jumlah kiraan undi bagi Pilihanraya Kecil N.11 DUN Permatang Pasir.
Keputusan ini diperolehi dari Bilik Gerakan PAS berdasarkan maklumat pengiraan undi oleh agen pengiraan undi PAS di semua pusat pengundian.
Siaran tersebut akan dimulakan pada jam 6.30 petang sehingga keputusan rasmi diumum oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR yang dijangka jam 8.00 malam. _
Read more...KDN serbu pejabat majalah kartun | ||
|
BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos - 20,290 pengundi Permatang Pasir keluar mengundi hari ini. PAS dijangka akan mengekal kerusi ini namun persoalannya adalah jumlah majoritinya.
Para peramal mula membuat ramalan sejak semalam tentang jumlah majoriti yang bakal dimenangi oleh calon PAS dalam pilihan raya kecil ini. Jumlah yang paling rendah adalah PAS akan menang dengan 2,500 undi majoriti. Paling tinggi diberikan adalah 3,500 undi majoriti. Namun begitu ada juga pihak yang meramalkan PAS mampu menambahkan majoriti yang diperolehinya berbanding pilihan raya umum tahun lepas. Ini berdasarkan masalah calon BN, Rohaizat Othman yang paling ketara sejak siri pilihan raya kecil diadakan selepas pilihan raya umum tahun lalu. Di pihak BN pula, harapan untuk menang tidak ada langsung kepada mereka. Apa yang ditumpukan kini adalah mengurang majoriti kemenangan calon PAS. Antara senjata utama yang dikira berkesan adalah penempatan anak-anak angkat di rumah-rumah bekas penyokong Umno yang didapati telah lari menyokong Pakatan Rakyat khasnya Datuk Seri Anwar dalam pilihan raya umum dan kecil sebelum ini. Pelbagai jenis bantuan diberikan kepada mana-mana pengundi yang sedia menerima anak angkat dari kalangan Puteri Umno ini. Antaranya pembinaan tandas baru serta menukar bumbung rumah. Masalah besar kepada BN adalah calon mereka Rohaizat Othman yang tidak diterima oleh cawangan-cawangan Umno sendiri. Hanya tujuh dari kira-kira 30 cawangan Umno di Permatang Pasir menerima Rohaizat sebagai calon. Selebihnya menolak. Pendedahan demi pendedahan tentang peribadi Rohaizat menyukarkan jentera BN untuk membuat promosi terhadap beliau. Yang terbesar adalah isu tindakan Majlis Peguam menarik balik lesen guaman beliau akibat pecah amanah dan masalah isteri kedua beliau yang ditinggalkan. Namun pertemuan hampir empat jam antara Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Ahad lepas menimbulkan pelbagai spekulasi. Kedua-duanya dilihat bertemu dan berbincang di sebuah kelab dekat Sunwaycity, Seberang Jaya, mulai jam 5 petang hingga jam 9 malam. Ramai wartawan yang menginap di sini. Dalam pilihan raya 2008, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) mengalahkan calon Umno Ahmad Sahar Shuib dengan 5433 undi majoriti. Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi tadi. Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah. Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu. Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52. Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir. Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.(harakahdaily) |
AHAD | 23-Jan-11 | Minggu 4 |
Subuh | Ust Radzi Jusoh | Surau Pt 1 Ust Saman |
3 Ptg | Ust Suhaimi | Msjd Chikus Langkap |
Asar | U.Sulaiman Hamzah | Masjid Kg Bahagia |
Maghrib | Ust Mustafa Saari | S. Lorong Seberang K Bhgia |
Maghrib | Ust Fatah Awang | Msjd Batak Rabit,T.I |
Maghrib | Ust Fakharuddin | Surau T. Seri Bahagia,T.I |
Maghrib | Ust Sulaiman | Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I |
Maghrib | Ust Azhar | Msjd Pekan Rabu,C.Balai |
ISNIN | 24-Jan-11 | Minggu 4 |
Maghrib | Ust Ramli Wahab | Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I |
Maghrib | Ust Termizi | Surau Sg Keroh Air Kuning |
Maghrib | Ust Baihaqi Mahfuz | Surau Tmn Seri Bahagia,T.I |
Maghrib | Ust Fatah Awang | Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I |
Maghrib | Ust Wahab Dawam | Surau Tajhizul Mait |
Maghrib | Ust Muhammad | Srau Insaniah Jln Pasar |
SELASA | 25-Jan-11 | Minggu 4 |
Maghrib | Ust Mohd Aslam | Masjid Sg Tungku,T.I |
Maghrib | Ust Mohamad | Surau Jln Lasamana |
Maghrib | Ust Fakharuddin | S. Tmn Desa Bakti, T.I |
Maghrib | Ust Alfian Mohd Nor | Surau Tmn Cicerly,T.I |
Maghrib | Ust Suhaimi Hj Hamid | Masjid Kg Bahagia |
Maghrib | Ust Zamani | S. Tahizul Mait |
RABU | 26-Jan-11 | Minggu 4 |
Maghrib | Ust Hj Zabidi | S. Redang Punggor,C.Balai |
Maghrib | Us Baihaqi Mahfuz | Surau Tmn Desa Bakti |
Maghrib | Ust Ibrahim Istar | Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I |
Maghrib | Ust Alfian Mohd Nor | Msjd Chikus,Langkap |
Maghrib | Ust Termizi | Masjid Tmn Seri Setia |
Maghrib | Ust Radzi B Jusoh | Surau Tajhizul Mait |
Maghrib | Ust Agus Lokman | Surau Tmn Melor |
Maghrib | Ust Suhaimi | MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG |
Maghrib | Ust Rizal | Surau Tmn Cicerly,T.I |
KHAMIS | 27-Jan-11 | Minggu 4 |
3 petang | Ust Ibrahim Istar | Surau Pt2 7R C. Balai |
Maghrib | Ust Fakharudin | Masjid Kg Bahagia,T.I |
Maghrib | Ust Radzi Jusoh | Surau Tmn Cicerly,T.I |
Maghrib | Ust Zamani | Surau Jln Laksamana |
Maghrib | Ust Fatah Awang | S. Tmn Melor, T.I |
Maghrib | Ust Alfian Mohd Nor | Surau Selabak Luar,T.I |
Maghrib | Ust Baihaqi Mahfuz | Msjd Pekan Rabu,C.Balai |
JUMAAT | 28-Jan-11 | Minggu 4 |
Maghrib | Ust Sulaiman | Surau Selabak Luar,T.I |
Maghrib | Ust Osman Amri | Masjid Sg Tungku T.I |
Maghrib | Us Khairuddin | S. Permatang Pelandok |
Maghrib | Us Halimuddin | Srau Tmn Cicerly |
Maghrib | Ust Alfian Mohd Nor | S Redang Punggor C.Balai |
Maghrib | Ust Suhaimi | Surau Tmn Melor,T.I |
Maghrib | Ust Ahmad Nizam | Pusar Aktiviti Sosial C.Balai |
Maghrib | Ust Mohd Amin | Surau Tajhizul Mait |
SABTU | 29-Jan-11 | Minggu ke 5 |
Maghrib | Ust Sulaiman | MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG |
Maghrib | Ust Baihaqi Mahfuz | Surau Sg Kuching K. Air 12 |
AHAD | 30-Jan-11 | Minggu ke 5 |
3 PTG | Ust Suhaimi | Masjid Chikus |
Maghrib | Ust Ramli Wahab | S. Pt 1 Ust Saman C. Balai |
© Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP