Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

MALAM SOLIDARITI KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN

>> 07 Januari 2009



Warga Perak dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin yang akan diadakan pada :
  • Tarikh : 9 Januari 2009
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 8.00 malam
  • Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh (bersebelahan Stadium Perak)
  • Tetamu Khas : YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaludddin (MB Perak)
Program tersebut adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamai'y).

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI. JANGAN LUPA BEKALAN DUIT UNTUK DANA PALESTIN...!

Read more...

MASA UNTUK MENGUBURKAN UMNO/BN...

>> 06 Januari 2009

Read more...

TAK PAYAH PERGILAH...



  • Semalam saya terdengar berita di Bernama@TV Channel 502, menyatakan 512 rakyat Palestin (khususnya di Gaza City) telah terkorban
  • 2600 orang lagi cedera.
  • 800 orang daripadanya cedera parah.
  • Kebanyakan yang tercedera akibat kegananasan Israel Laknatullah itu ialah wanita dan kanak-kanak.
  • Surat khabar hari ini pula memaparkan gambar seorang bapa sedang meratapi tiga orang anaknya yang telah terkorban.
  • Amerika Syarikat melalui jurucakapnya pula secara angkuh, menyokong tindakan rejim Israel Laknatullah.
  • Pemimpin syaitan Israel pula menyatakan tentera mereka hanya memerangi pejuang Hamas, dan (pelik sekali) serangan itu dibuat penuh berhati-hati.(?)
  • Tentera Israel Laknatullah menggunakan senjata berat dan canggih (sudah semestinya Made in USA) seperti kereta kebal, jet pejuang dll.
  • Tentera pejuang Hamas, menggunakan senjata ringan buatan sendiri seperti pelancar roket yang diisi bom tangan.
  • Gaza City, kini ibarat sebuah penjara dikepung tentera Israel Laknatullah.
  • Tentera Israel Laknatullah menggunakan tiga ketumbukan, darat, laut dan udara apabila menyerang Palestin.

Demikian antara beberapa fakta yang saya dapat sehari dua ini.

Kesimpulannya, Israel dan Amerika Syarikat adalah antara tonggak kepada serangan ke atas Palestin.

Kita pula di sini apa ceritanya. Apa tindakan kita. Di sarankan :

  • lakukan solat hajat memohon keselamatan rakyat Palestin
  • membaca qunut nazilah dalam solat
  • mengadakan demonstrasi
  • memboikot barangan Amerika yang berlambak di negara kita termasuk RESTORAN MAKANAN SEGERA yang telah menular bukan sahaja di bandar-bandar besar seperti Ipoh dan KL malah trend sekarang ini ia telah wujud di bandar-bandar kecil termasuklah TELUK INTAN.

Tak payahlah susah payah kita makan di McDonald dan KFC tu. Buang duit saja. Sudahlah harganya mahal. Bukan sedap sangat. Sedap lagi ayam goreng Gulam Rasul atau Burger Fahme Kg. Bahagia.

Bayangkan kita makan ayam goreng McDonald atau KFC ibarat kita makan daging saudara seIslam kita di Palestin. Butiran duit yang kita hulur di kaunter restoran itu ibarat kita menyerahkan peluru dan bom kepada Israel untuk membantai dan membedil rakyat Palestin.

Tak payah pergilah ...

Read more...

BEBERAPA PESANAN TAHUN BARU

>> 04 Januari 2009

Assalamua'alaikum dan selamat sejahtera.
Beberapa pesanan tahun baru...

Jangan lupa solat. Apa lagi jangan tinggalkan solat.

Kurangkan menonton televisyen.

Rajin berusaha.


Eratkan silaturrahmi.

Bersikap pemurah.

Sikap suka menabung dan berjimat.

Bersikap penyayang.

Read more...

RAKAN PR SEBAGAI MAD'U DAN MADU - DR. LO' LO'

3.1.2009 - PAS perlu menganggap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR) khususnya di negeri Perak sebagai mad'u dan pada masa yang sama sebagai madu. Demikian menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' bt Hj. Mohamad Ghazali di dalam program bulanan PAS Perak, Liqa ul Fikri di Markaz Tarbiyyah Negeri, Air Kuning, Taiping.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi, mad'u itu bermaksud PAS sebagai jemaah Islam harus berperanan sebagai da'i menyampaikan penerangan sebaik mungkin tentang kecantikan dan kesempurnaan Islam kepada parti-parti PR seperti DAP dan PKR. Kita harus berdakwah kepada mereka supaya mereka lebih memahami tentang Islam dan kebaikan dalam Islam. Apabila Islam diberi gambaran yang baik maka sudah pasti mereka akan menghormati Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS itu sendiri.


Ini berbeza apa yang berlaku dalam Barisan Nasional di mana UMNO tidak memberikan kefahaman kepada rakan-rakan parti dalam BN seperti MCA, MIC dan sebagainya tentang kesyumulan Islam. Apabila ini berlaku, maka sudah pastilah parti-parti lain dalam BN tidak menghormati Islam kerana UMNO sendiri tidak memberikan gambaran yang sebenarnya kepada mereka. "Lebih malang lagi, UMNO sendiri tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, bagaimana kita nak harapkan mereka memberi penerangan tentang Islam kepada rakan-rakan di dalam BN ?" jelas beliau lagi.

Madu pula diertikan sebagai manis yang menggigit dan membantu menyegarkan perjuangan itu sendiri. Apatah lagi kekerabatan itu akan nampak lebih hebat jika ia dipacu dengan cara yang penuh hikmah.

Dr. Lo' Lo' juga berharap, dalam era kemenangan di Perak, minda ahli PAS perlu bertukar daripada minda pembangkang kepada minda menang. Ini penting dalam usaha melakukan gerak kerja sentiasa ke arah mengisi kemenangan. Oleh itu, segala gerak kerja mestilah menjurus kepada gerak kerja bersasaran.
"Lebihkan kepada pendekatan inclusive daripada exclusive apabila berhadapan dengan masyarakat."

Liqa ul fikri pada malam itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang serta pimpinan perhubungan negeri dan kawasan.

Read more...

BANTAHAN KEKEJAMAN ISRAEL DI TELUK INTAN

>> 02 Januari 2009



2.1.2009 - Hampir 400 orang telah berkumpul menyatakan kemarahan mereka terhadap kekejaman Israel yang telah menyerang dan membunuh penduduk Palestin. Himpunan aman tersebut telah diadakan selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Daerah Teluk Intan. Ia adalah anjuran parti-parti Pakatan Rakyat dan NGO iaitu al Jamaie dari Ipoh. Sebelum itu, para jamaah telah melakukan solat hajat di masjid diimamkan oleh Imam Lutfi.


Himpunan ini juga turut disertai oleh umat Islam dari kawasan Pasir Salak dan Bagan Datoh. Lebih menarik lagi, ia juga turut dihadiri oleh beberapa orang pemimpin dari Kelab Penyokong PAS Teluk Intan, Langkap dan Ulu Bernam. Mereka turut bersama-sama melaungkan bantahan atas kezaliman tentera Israel. Turut hadir Timbalan YDP Bagan Datoh.


Wakil NGO menyampaikan ucapan.



Ucapan didahului oleh wakil PAS iaitu Saudara Ahmad Kabir Mahdin dan diikuti oleh wakil PKR Teluk Intan iaitu Saudara Muhammad Hashim yang juga Timbalan Ketua Bahagian PKR. Kemudian ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir dalam perhimpunan itu. Antaranya, beliau menyatakan kesedihan atas penderitaan yang dialami umat Islam di Palestin akibat kekejaman Israel.


Ahli Kelab Penyokong PAS turut hadir.


Go to hell..Israel ! jerit Sdr. Hacharan Singh.

"Nasib malang yang dialami oleh mereka turut dirasai sakitnya juga oleh umat Islam di Malaysia walaupun Palestin terletak beribu batu dari negara ini. PAS khususnya mengutuk keras kekejaman yang telah dilakukan dan meminta semua pihak mencari jalan segera bagi menghentikan siri keganasan negara jahannam Israel ini, " ujar beliau lagi.


Puan Hajah Faridah menyampaikan ucapan.

Pihak muslimat juga telah mengutuk keras kekejaman Israel kerana antara rakyat Palestin yang paling ramai terkorban atau cedera ialah di kalangan kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Muslimat telah diwakili oleh Puan Hajah Faridah Rajiah, isteri ADUN Changkat Jong.

Sebelum itu, wakil NGO dari Jamaie Ipoh, turut mengutuk kekejaman Israel yang telah menumpahkan darah umat Islam Palestin.

Acara kemuncak ialah membakar bendera Israel dan Amerika. Kepuasan telah terpancar di kalangan mereka yang hadir apabila melihat bendera-bendera negara jahannam tersebut dibakar hingga menjadi abu.


Acara membakar bendera Israel dan Amerika bermula..!


Hancur Amerika..!

YDP PAS kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik telah menutup perhimpunan tersebut dengan mengetuai bacaan doa.






Saudara Ahmad Kabir ditemuramah oleh para wartawan.

Ya Allah, selamatkan Palestin. Bacaan doa oleh Ustaz Ismail sebagai penutup perhimpunan.






Terima kasih kepada semua yang hadir.

Read more...

PERSIAPAN DEMONSTRASI BANTAHAN ISRAEL DI TELUK INTAN

Persiapan sebelum demonstrasi iatu melukis bendera Israel dan Amerika, membuat banner dan poster bantahan.



Bersemangat nampak sahabat kita ni. Marah-marah juga, tapi terpaksa lukis bendera negara jahannam Israel untuk dibakar semasa demo...!


Sahabat dari Kelab Penyokong PAS Teluk Intan, Ah Chuan menunjukkan bakat terpendamnya.



Setiausaha kawasan melukis banner atas lantai.


Haji Sulaiman dan Nazir bersedia untuk melukis bendera Amerika pula.


Bekerjasama membuat persiapan demo.
YDP kawasan dan Timbalan Ketua Bahagian PKR Teluk Intan turut hadir memberi sokongan moral kepada petugas.

Read more...

KEMENANGAN SEBAGAI SATU ANUGERAH, UJIAN DAN AMANAH DARI ALLAH

>> 01 Januari 2009



1.1.2009 - Dewan Muslimat PAS Teluk Intan telah menganjurkan Program Motivasi sempena tahun 1430H. Penceramah jemputan ialah Ustaz Kamal Ashaari, Naib Ketua Pemuda Selangor/AJK Pemuda Pusat. Program tersebut telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak.
Dalam ucapan alu-aluan, Puan Hajjah Faridah Rajiah, Timbalan Ketua Muslimat merangkap isteri ADUN Changkat Jong menyatakan perlu muslimat didedahkan dengan suntikan motivasi apatah lagi di dalam suasana mengecapi kemenangan di DUN Changkat Jong.
"Kemenangan dalam PRU12 merupakan anugerah daripada Allah SWT tetapi dalam masa yang sama ia juga merupakan ujian serta amanah daripada Allah jua, " ujar beliau. Oleh kerana itu, muslimat perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dalam melakukan gerak kerja mengisi dan mempertahankan kemenangan.
Beliau yang merupakan AJK Dewan Muslimat negeri Perak juga telah menyatakan keadilan yang menjadi prinsip parti dan negeri adalah berdasarkan aqidah, dan ia amat berbeza daripada keadilan yang diperjuangkan oleh UMNO/BN.
"Pentadbiran kerajaan negeri Perak sekarang adalah telus, adil dan amanah dan ia tidak sama dengan pentadbiran Perak sewaktu BN memerintah. Dalam usia pemerintahan yang masih muda, kerajaan PR telah membuat banyak perkara yang membantu ke arah kebajikan rakyat tanpa mengira agama dan kaum, " tambah beliau lagi.
Penceramah jemputan, Ustaz Kamal Ashaari banyak menyampaikan mesej-mesej berbentuk motivasi kepada para muslimat yang hadir pada petang itu.

Read more...

YB ABDUL WAHID ENDUT CALON PAS UNTUK PRK KUALA TERENGGANU



KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi. Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm

Read more...

PERPADUAN AKAN MEMAJUKAN KAMPUNG

1.1.2009 - Hanya masyarakat yang bersatu padu sahaja dapat memajukan kampung. Tanpa perpaduan mustahil sesebuah kampung akan maju. Malah dalam Islam, perpaduan amat dituntut kepada penganutnya. Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong semasa merasmikan penutupan Pertandingan Memancing di Ganda Sg. Cawang, Teluk Intan. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan adalah anjuran JKKK Ganda Sg. Cawang.


PAS mengajak rakyat kepada perpaduan dan UMNO juga mahukan perpaduan. Tetapi, perpaduan yang dimahukan PAS dan UMNO tidak sama. PAS mengajak rakyat bersatu di bawah naungan Islam sedangkan UMNO mengajak rakyat bersatu atas nama bangsa Melayu.
"Perpaduan atas nama bangsa tidak akan bertahan lama malah ia menampakkan ketidakadilan sedangkan perpaduan berasaskan Islam merentasi batasan kaum dan agama. Malah Islam sendiri mempunyai nilai-nilai universal yang mudah diterima oleh masyarakat bukan Islam, " tambah beliau.





Pengerusi JKKK Ganda Sg. Cawang menyampaikan ucapan aluan.

Beliau juga memuji pihak JKKK Ganda Sg. Cawang, walaupun pada peringkat penajaan tetapi telah mengorak langkah proaktif menganjurkan pertandingan memancing yang dapat mengeratkan tali persaudaraan dan seterusnya dapat menyatupadukan masyarakat kampung.

Menurut Pengerusi JKKK Encik Omar Wee, seramai 35 orang telah menyertai pertandingan memancing. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ADUN dan PAS Kawasan Teluk Intan atas sokongandan nasihat yang telah diberikan.

Dalam pertandingan tersebut, adik Mohd. Azizul Hakim bin Abd. Aziz telah memenangi tempat pertama. Pemancing cilik ini telah menerima hadiah berupa set memancing dan hamper.














Juara pertandingan memancing...!
















Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP