Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

BERSEDIA BERTEMPUR DI KUALA TERENGGANU

>> 16 Januari 2009


Tepat jam 10 malam pada 15/1/09, berkumpullah para petugas di kalangan Pemuda PAS Teluk Intan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak. Mereka akan berangkat ke Kuala Terengganu pada malam ini.
YDP kawasan sedang memberi taklimat.

Kehadiran mereka diraikan oleh YDP, TYDP dan Setiausaha Kawasan Teluk Intan. Seramai 38 orang pemuda dengan menggunakan 9 buah kereta akan menuju ke Kuala Terengganu untuk bertugas. Dua daripadanya (sepasang suami isteri) turut serta kerana menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar di parlimen K. Terengganu.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Sdr. Hacharan Singh (Ahli Majlis) dan Sdr. Sooria (Pengerusi Kelab Penyokong Perak) beserta isteri.

Sebelum bertolak YDP Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik telah memberikan sedikit taklimat kepada semua petugas. Kemudian solat sunat hajat dikerjakan secara berjemaah dengan diimami Ustaz Abdul Fattah Awang.

Sdr. Hacharan Singh bdersedia untuk bertugas.

Semoga mereka dapat selamat sampai dan bertugas dengan jayanya di sana dan dapat kembali dengan selamat. InsyaAllah.

Read more...

PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA TAHUN BARU CINA

>> 15 Januari 2009


Majlis Kedua :
15.1.2009 - Majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina telah diadakan di Batu 12, Jalan Bidor, Teluk Intan. Ia telah diadakan di Dewan MPTI Kampung Batu 12. Seramai 40 orang dalam kalangan masyarakat Cina yang susah telah menerima bantuan berupa sekampit beras 10 kg, minyak masak dan sekotak bumah limau.



Majlis tersebut adalah anjuran Pejabat ADUN Changkat Jong dan JKKK Kg. Batu 12. Sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin. Hampir 100 orang penduduk Cina sekitar telah hadir ke majlis tersebut. Ia turut dihadiri oleh Pegawai Khas ADUN, Hj. Muhammad Akram Ayub, isteri ADUN Hjh. Faridah Rajiah, Timbalan YDP Kawasan, Naib YDP Kawasan serta Ahli Majlis, Sdr. Hacharan Singh. Turut serta ialah Sdr. Sooria, Pengerusi Kelab Penyokong Perak.




Dalam ucapan ringkas, YB Haji Anuar telah menyatakan bahawa semua umat manusia adalah dari satu keturunan yang sama. Tidak kira sama ada ia berketurunan Melayu, Cina atau India. Asalnya ialah dari keturunan Adam. Oleh itu, susah atau senang patut dirasai bersama.

PAS, menurut beliau lagi khususnya kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat sentiasa prihatin dengan masalah kebajikan rakyat setelah begitu lama ditindas oleh kerajaan negeri BN. Oleh itu, segala bantuan seperti pemberian tanah kepada sekolah Cina adalah salah satu cara untuk kerajaan negeri Perak menjaga kepentingan kebajkan rakyat berketurunan Cina.


Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan undi masyarakat Cina semasa PRU12 yang lepas sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Turut menyampaikan ucapan ialah Puan Hajah Faridah Rajiah, isteri ADUN, Pegawai Khas ADUN dan wakil penduduk kampung Cina Batu 12.

Selepas itu, YB Haji Anuar telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung tersebut. Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Rina, inilah kali pertama dia menerima sumbangan sebegitu dari ADUN Changkat Jong dulu (UMNO) apaah lagi dari MCA. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ADUN Changkat Jong yang prihatin dengan kebajikan rakyat.

Read more...

PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA TAHUN BARU CINA

Dua majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina telah diadakan oleh Pejabat ADUN Changkat Jong. Sumbangan diberikan kepada masyarakat Cina yang susah di sekitar Teluk Intan.


Majlis Pertama :




14.1.2009 - Majlis telah diadakan di kediaman ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin. Seramai 40 orang di kalangan kaum Cina telah menerima sumbangan yang telah disampaikan sendiri oleh YB Haji Anuar. Sumbangan dalam bentuk beras, minyak masak dan sekotak limau.




Read more...

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR CINA MISKIN


5 Januari 2009 - ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin telah menyampaikan sumbangan kepada 18 pelajar miskin di kalangan kaum Cina di kawasan Pasir Bedamar baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Tadika Phooi Beng, Pasir Bedamar, Teluk Intan. Ia juga atas usaha JKKK Kampung Ujung Pasir Bedamar. Turut hadir ialah Pegawai Khas ADUN, Haji Muhammad Akram dan isteri ADUN, Puan Hajah Faridah Rajiah.

18 orang pelajar Cina miskin tersebut telah menerima wang tunai RM100 setiap seorang. Kebanyakan pelajar tersebut adalah datang dari keluarga yang susah. Ia termasuk ibu tunggal yang mempunyai 7 orang anak untuk disara. Mereka terdiri daripada pelajar di sekitar Pasir Bedamar dan Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan.

Ibu tunggal ini menyara hidup tujuh orang anak yang masih belajar.


Kebanyakan keluarga yang hadir mengucapkan terima kasih kepada ADUN dan PAS Kawasan Teluk Intan yang telah memberikan sumbangan. Ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban sara hidup mereka.


Read more...


Read more...

CATATAN 3 HARI 2 MALAM DI KT

>> 13 Januari 2009

9.1.2009 (Jumaat)
10.15 malam : Rombongan bertolak dari Markaz kawasan T. Intan. 3 buah kereta, 8 muslimin dan 5 muslimat = 13 orang. YB kita telah meminjamkan Naza Rianya untuk pengangkutan muslimat. Alhamdulillah. Turut serta ialah YDP kawasan, Ustaz Ismail.
10.1.2009(Sabtu)
6.00 pagi :
- Subuh di masjid Bt. 6, KT di kampung Ustaz Fatah, Ketua Pemuda Teluk Intan. Beliau mengajak ke rumah. Dapat menziarahi bapanya yang uzur akibat stroke. Umminya masih sihat lagi.
- Bersarapan di kedai depan rumah Ustaz Fatah. Makan nasi minyak. (Di Perak biasanya masa kenduri kahwin baru rasa nasi minyak).
-Kami round keliling bandar KT, lihat suasana kempen. Hujan turun.

Bendera besar ini ada di mana-mana.

Pondok Polis sementara ini, begitu banyak diletakkan di tepi jalan. Untuk apa ya ?
10.30 pagi :
- tiba di Rumah Perak untuk lapor diri. Kami disambut oleh Sdr. Ramadhan, Pengerusi Penyelaras PRK bagi negeri Perak. Di ana ada Tim. Penarah JPN, Us. Shuib Husin, Mejar Khirudi, Junaidin (Tim. Penyelaras) dan Bendahari, Sdr. Shamsul Efendy.

Inilah Rumah Perak...

Sdr. Ramadhan, Ketua Penyelaras Rumah Perak...

Muslimat Teluk Intan berehat sebentar sebelum di bawa ke Rumah Halwa Perak.
- menurut Ramadhan, hari ini banyak kawasan lapor diri sebab hari Sabtu dan Ahad.
- berehat di rumah Perak sementara menunggu tugas.
- kami ditugaskan di UPU Kuala Ibai. Kawasan ni adalah kubu kuat BN.
- di UPU Kuala Ibai, kami ditugaskan mengedar risalah ke rumah-rumah. Alhgamdulillah tiada masalah. Respon penduduk amat baik.
5.00 petang :

Bersedia mengedar risalah.
- kami menerima arahan mengedar risalah di Pasaraya Mydin bersama petugas lain.
- di sana kami bergabung dengan petugas DPP Pahang dan DPP Pusat.

Sedang buat operasi edar risalah.

Ustaz Nasaruddin Tantawi sedang berceramah di atas jeep.



- kami mengedar risalah PR.
- sementara itu di kawasan letak kereta, ceramag telah disampaikan oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi serta pimpinan DPP Pahang. Ceramah atas jeep aje. Sambutan menggalakkan.
- kemudian kamik bergerak ke Pasar Cabang Tiga. Di sanapun kami edar risalah dan ceramah.
7.00 malam:
- kami ke penginapan di Bukit Depu. Di sana petugas lain dari P. Salak dan Tambun sudah ramai.
- kami solat dan makan malam.
8.30 malam :
- kami ke UPU Kuala Ibai mencari kerja-kerja yang boileh dibuat.
- ada pertemuan antara petugas UPU dengan SU Perhubungan Terengganu, Hj. Yahya Ahli.
- teruskan kerja sambil-sambil menonton VCD ceramah.

Bertugas di UPU KUala Ibai.

Bilik Gerakan UPU Kuala Ibai

Bersama petugas Bilik Gerakan UPU Kuala Ibai.


- di seberang jalan, ada UPU BN. Di sana ada ceramah.
- UPU BN ni rasanya pelik juga sebab ia dibuat di perhentian bas. Saya minta UPU PAS buat bantahan dengan SPR. Gambar pun diambil.

Perhentian bas dijadikan Bilik Gerakan BN Kuala Ibai...Itulah dia UMNO.!


11.30 malam :
- kami berpakat untuk tidur di masjid Rusila.

Masjid Rusila


11.1.2009 (Ahad)
5.00 pagi :
- bangun tidur dan mandi.
- 5.30 pagi azan pertama.
- 6.00 pagi azan Subuh berkemundang.
- saya ambil di saf kedua di bahagian tengah,
- tak sangka, Tok Guru Haji Hadi menjadi imam.
- selepas solat Subuh, Tok Guru beri kuliah. Mejanya betul-betul di depan saya. Puas betul mendengar sambil menatap wajah ulama dan pimpinan NO. 1 kita ini.
- selepas kuliah, jemaah solat (ramai petugas luar) terus menyerbu untuk bersalam dengan Tok Guru. Alhamdulillah saya dapat bersalam dan mencium tangan Tok Guru.
- di luar hujan turun dengan lebatnya. Kena tunggu hingga hujan berhenti.
9.00 pagi :
- bersarapan di kedai makan Cendering. Makan nasi dagang.
- pergi ke UPU KUala Ibai untuk bertugas.
- pagi ini, kami menjaga keselamatan muslimat yang diketuai YB Dr Halimah Ali.
- beliau membuat pemeriksaan percuma dari rumah ke rumah.
YB Dr. Halimah Ali hadir untuk membuat pemeriksaan percuma.

Kami mengawal keselamatan Dr. Halimah dan muslimat.

-dekat tengah hari, Dr.Najihah (b ekas calon Parit) sampai membantu Dr. Halimah.
- respon baik. tiada masalah. Kebanyakan penduduk menerima dengan baik.
- pergi ke Losong dan Pasar Payang. Sahabat-sahabat nak beli barangan. Kumpulan YDP dan Taman Melor akan bertolak balik ke Teluk Intan.
- tinggallah saya dan Ustaz Fatah serta 5 orang muslimat.
- muslimat lebih banyak kempen melalui rumah ke rumah serta program membaca Yasin dan tazkirah.
- malam ini, kami tidur di rumah Perak. Nasib baik orang sana bagi tidur.
12.1.2009 (Isnin)
- selepas solat dan kuliah Subuh di Masjid Rusila, Ustaz Fatah mengajak saya ke rumah keluarga angkatnya berhampiran kawasan amsjid.
-kami bersarapan di sana.
- selepas itu, kami balik ke rumah Perak.
- bertugas di UPU. Kami menggulung dan melipat kalendar dan risalah.
12.00 tengah hari :
- dapat panggilan daripada muslimat, menyatakan dah selesai bertugas dan minta ambil mereka di rumah Halwa.
- sebelum ambil muslimat, saya dan Ustaz Fatah makan tengah hari bersama Sdr. Zamarul Aini dan petugas lain di UPU Kuala Ibai.
- selepasmengucapkan selamat kepada petugas UPU dan rumah Perak, kami pun bertolak balik ke Teluk Intan.



Bersama sahabat lama. 20 tahun tak berjumpa.


Bergambar kenangan. Di belakang ialah kereta YB Hj. Anuar Sudin.


Dalam perjalanan balik, singgah di Tasik Kenyir. Rehat minda...

Read more...

LENSA SUASANA KEMPEN PRK P36


Pondok polis seperti ini banyak terdapat di sepanjang jalan.


Petugas berdedikasi....Saudara Ketua Pemyelaras Rumah Perak.


Rumah Perak....


YB Dr. Halimah Ali sedang memeriksa seorang penduduk kampung di Kuala Ibai.


Pak cik ini begitu bersemangat. Boleh jumpa di Pasar Payang.


Bendera gergasi di bukit.

Bendera besar seperti ini begitu banyak di sekitar Kuala Terengganu.

Read more...

COMPANIES TO BOYCOT

>> 08 Januari 2009



COMPANIES TO BOYCOTT
AOL Time Warner Time Life magazine, CNN, ICQ
Apax Partners Jonny Rockets, Sunglass Hut.
Arsenal Football Club
Coca-Cola Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist..
Caterpillar
Danone HP foods, Evian, Volvic, Jacob
Delta Galil Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S
Disney
Emblaze
Estée Lauder Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade
Home Depot Villager's Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres
IBM
Intel
Johnson & Johnson
Kimberly-Clark Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex
Lewis Trust Group River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific
The Limited Inc Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria's Secret, Bath & Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel
L'Oreal Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson
Marks & Spencer M&S, St.Michaels
McDonald's
Motorola
Nestle Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal
News Corporation TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records
Nokia
Revlon New World Entertainment, Forbes
Sara Lee Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox
Siemens
Selfridges
Starbucks Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo
Timberland

Read more...

BN BELUM PUAS HATI IMEJ WAN FARID


InsyaAllah, Islam pasti menang..!


Risaunya aku, kempen tak berkesanlah.....!


Pengerusi BN Terengganu belum berpuas hati dengan prestasi calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang didakwa kelihatan elitis dan tidak mudah mesra sewaktu cuba mendekati pengundi."Kalau kata puas hati, payahlah, bagaimana hendak kata berpuas hati, benda (perkembangan) yang kita tidak tahu. Kita pertingkatkan dari semasa ke semasa," kata Datuk Ahmad Said hari ini selepas melawat bilik media pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Beliau, yang juga menteri besar Terengganu, diminta mengulas prestasi bekas timbalan menteri dalam negeri itu yang kini berdepan dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam turut menyertai kempen pilihanraya kecil pada 17 Januari ini.

Ditanya lagi persoalan itu, Ahmad menambah: "Kalau anda hendak kita berpuas hati semua sekali, anda buat robot (sebagai calon) pun tidak menjadi. Mana ada seseorang yang sempurna? "Kenapa anda bertanya (prestasi) calon kita (BN). Anda tidak bertanya tentang calon PAS. Kita kena buat perbandingan (dengan wajar)."Wan Ahmad Farid berdepan dengan tanggapan di dalam dan luar Umno bahawa beliau bersikap kurang mesra dan sukar didekati sehingga memaksa jentera BN memaparkan imejnya sebagai seorang "pemimpin yang mesra rakyat."
Ahmad juga berkata Terengganu bercadang menarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan berhubung pemberhentian bayaran wang royalti petroleum sejak 2001 yang dibuat oleh PAS sewaktu mentadbir negeri itu. Tindakan itu dijangka dibuat selepas Mac ini apabila Terengganu mendapat maklumat lengkap baki wang tersebut sejumlah RM1.5 bilion dari Kuala Lumpur, termasuk yang dihabiskan di beberapa negeri lain. Kerajaan negeri dilaporkan sedang menunggu maklumat lanjut Kementerian Kewangan berhubung perkara itu, selain RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah disahkan digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain.
Menteri besar itu turut mengulas kenyatan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa kecenderungan pengundi muda Cina untuk memangkah calon pembangkang."Itu pandangan orang luar. Orang Terengganu yang lebih tahu masyarakat Tionghua negeri ini," katanya."Kita beri kepada orang Cina sama juga apa yang orang Melayu dapat. Kita beri RM300 kepada orang miskin dan RM250 untuk orang muda, orang Cina pun dapat, tidak ada perbezaan."Ahmad berkata, PAS pernah memerintah Terengganu tetapi peniaga-peniaga Cina mengalami kepayahan akibat ekonomi yang tidak berkembang. (malaysiakini.com)

Read more...

DEMONSTRASI INTIFADHAH ANTI-ISRAEL/AMERIKA SELEPAS SOLAT JUMAAT ESOK.!



Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan demonstrasi intifadhah besar-besaran di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat esok (9/1/09).

Perhimpunan bermula dengan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji kemudian selepas solat berarak terus ke Kedutaan AS.

Dewan-dewan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan diarahkan untuk membawa sepanduk, kain pemidang dan placard (poster) sebagai bantahan ke atas sokongan AS terhadap kezaliman tentera Yahudi.

Jom ramai-ramai ke sana..!

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP