Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

ZAHID CUBA MENYUSAHKAN RAKYAT PERAK - USTAZ MUJAHID

>> 21 Januari 2009



KUALA LUMPUR, 21 Jan (Harakah) - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengikhtiraf borang yang ditandatangani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu ugutan dan biadap terhadap sistem demokrasi Perlembagaan Negara.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut mendakwa bahawa Zahid cuba memecah belahkan perpaduan rakyat khususnya di negeri Perak.

Katanya, kenyataan Zahid itu lebih kepada mendera rakyat kerana rakyat di negeri tidak tahu sesuatu urusan itu perlu diuruskan dengan Pusat atau negeri tetapi mereka hanya mahu segala urusan mereka berjalan lancar.

Contohnya tambah beliau, dalam urusan anak sekolah cop atau tandatangan daripada JKKK atau Penghulu Kampung tidak diikhtiraf dan ini akan menimbulkan masalah kepada rakyat kerana terpaksa berjumpa dengan JKKP yang dilantik oleh kerajaan BN.

"Zahid memang mahu mendera rakyat Perak dan mahu memuaskan nafsunya kerana marah dengan sikap rakyat Perak yang telah memilih pemimpin daripada kalangan Pakatan Rakyat," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.


Mungkin juga beliau mahu menjadi hero dan hendak tunjuk kehebatan beliau sebab hendak bertanding dalam Pemilihan Umno Mac nanti, tegas beliau. Selain itu beliau turut menyelar tindakan Zahid yang mengkhususkan peruntukan khas hanya untuk wakil rakyat BN jika berlaku bencara seperti banjir, kebakaran dan sebagainya.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan itu merupakan satu tindakan yang tidak patut kerana wakil rakyat PAS bukan hanya berkhidmat untuk ahli PAS tetapi semua kaum tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

"Sudahlah peruntukan sebanyak RM500 ribu kita tidak dapat, ini peruntukan khas wakil rakyat BN saja yang dapat. Sudahlah di peringkat Parlimen wakil rakyat PAS di dera di peringkat negeri juga didera, mana demokrasi?" soalnya.

Ekoran itu kata beliau, mungkin ada pihak yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid kerana arahan tersebut tidak sesuai dengan roh perlembagaan dan ternyata mahu memecah belahkan perpaduan kaum di negeri Perak.

Ini kerana katanya apa perbezaan di antara cop atau tandatangan JKKK dengan JKKP. Beliau menegaskan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama Islam apakah beliau tidak malu mengeluarkan larangan yang memecah belahkan kaum. Sedangkan katanya dalam Parlimen beliau mengeluarkan kenyataan supaya umat Islam perlu bersatu padu tetapi hari ini beliau cuba memecah belahkan masyarakat di Perak.

"Dengan adanya larangan atau arahan tersebut ternyata beliau cuba menyusahkan rakyat," tegasnya.

Beliau berjanji akan membawa perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat kerana arahan tersebut melibatkan demokrasi dan apakah larangan itu hanya dilakukan di negeri Perak sahaja. - mns_

Read more...

APA YANG BOLEH KITA HARAPKAN DENGAN OBAMA...


(Before he announced his vice presidential pick on Saturday, US Sen. Barack Obama said he wanted someone to spar with but who ultimately would be loyal enough to create a comfortable working relationship.

Sen. Joe Biden, D-Del., talks with Sen. Barack Obama, D-Ill., prior to the start of the first Democratic presidential primary debate of the 2008 election. No one knew then that he had picked Sen. Joe Biden, 65, but his description fit Biden's relationship with the US Jewish community to a tee.

Biden's longstanding relationship with the Jewish community should reassure Jews who still feel anxious about Obama, who has deep ties to the Chicago Jewish community but who has been on the national stage barely four years, said Cameron Kerry, brother of US Sen. John Kerry of Massachusetts.

"I've seen the enormous respect he commands in the pro-Israel community," said Cameron Kerry, a convert to Judaism and a senior adviser to his brother's 2004 presidential campaign."He has a well-established record, he knows the issues, and he can talk the talk. He's may be the best goyische surrogate I've seen in the Jewish community," Kerry said of the vice presidential candidate.

One of Biden's sons married a Jew family, but his keen interest in the region dates back to his first visit as a US senator, not long before the Yom Kippur. He met Israel's then-prime minister, Golda Meir. ) - Petikan dari Jewishpost.

Begitu banyak respon tentang harapan terhadap Presiden AS yang ke-44 Barack Obama agar dapat membuat perubahan dalam dasar luar AS terutama dalam kempen memerangi keganasan dan pandangan AS terhadap negara-negara umat Islam.

Apatah lagi Obama mempunyai latarbelakang tiga alam iaitu Anglo-American, Kenya-Afrika dan Indonesia. Maka harapan menggunung oleh sesetengah pihak terhadap sikapnya dengan isu dunia kini terutama isu Israel-Palestin.

Tetapi apabila beliau telah memilih Senator Joe Biden sebagai Naib Presiden, maka sewajarnya umat Islam berhati-hati dengan Obama. Jika Bush sewaktu mula dilantik menjadi Presiden AS, secara terang Bush menyatakan beliau ingin menjadi "Presiden Perang", Obama pula kita tidak nampak sikapnya dalam hal ini.

Mengapa beliau melantik Joe Biden yang diketahui seorang penyokong kuat Yahudi. Oleh itu, secara mudahnya dapat kita simpulkan bahawa, akhirnya Obama tunduk jua dengan pelobi-pelobi Yahudi di AS yang semua tahu mereka inilah yang sebenarnya menguasai politik AS.

Jadi, walaupun warna kulit Presiden AS telah bertukar tetapi kita yakin dasar luar AS tetap sama seperti zaman Bush.

"Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut/tunduk kepada jejak langkah mereka....." al Baqarah : 120

Read more...

APA KENA DENGAN RTM ?


Presiden, Barack Obama dan Timbalannya, Joe Biden

Di rumah, selepas balik dari mesyuarat saya buka TV1. Hairan juga malam-malam buta begini (21 Jan/12.30 pagi) ada siaran langsung pula ! Rupa-rupanya rancangan khas sempena perisytiharan Barack Obama sebagai Presdiden Amerika... Laa..ingatkan siaran langsung apa.

Atas nama rancangan Isu Semasa, terdapat tiga orang ahli panel iaitu Dr Zamri Kadiaq (ADUN Pangkor), Prof. Dr.Mahani dan Dr. Amir Hassan. Pengerusinya ialah Syed Munawir. Mereka membincangkan tajuk Obama Dari Kacamata Rakyat Malaysia (lebih kurang macam itu tajuknya). Sambil-sambil tu disiarkan lintas langsung upacara pelantikan Presiden.

Terfikir saya, mengapa pula RTM ni bersusah payah membuat siaran langsung pelantikan Presiden A. Syarikat. Apa kaitan Malaysia dengan Amerika Syarikat ? Signikan sungguhkah membuat siaran langsung ni oleh media rasmi kerajaan Malaysia !? Siapakah dalang disebalik arahan menyiarkan siaran langsung ini.
Bagi saya, kalau setakat perbincangan seperti forum isu semasa tak ada masalah. Tapi terdesak sangatkan kita ni sehingga menyiarkan secara langsung tu ? Dalam suasana rakyat negara ini marahkan Israel membelasah rakyat Palestin, dalam keadaan rakyat negara ini mengamuk sakan memboikot barangan Amerika sekutu rapat Israel, aneh sekali...tiba-tiba media rasmi kerajaan Malaysia dengan mudahnya menyiarkan pelantikan Presiden Amerika Syarikat. Adakah kerajaan Malaysia telah mendapat arahan mana-mana pihak agar menyiarkannya ?

Sebelum itu, ditunjukkan Joe Biden, mengangkat sebagai Timbalan Presiden AS. Amat mengejutkan apabila seorang ahli panel, Dr. Amir Hassan menyatakan bahawa Timbalan Presiden AS yang baru itu ialah penyokong kuat Yahudi Amerika ! (sila www.jpost.com - laman jewishpost )Maknanya walaupun warna kulit presiden AS telah bertukar tetapi dasar luar AS tidak akan berubah, apalagi persepsinya dengan negara umat Islam.
Nampaknya, marahnya kerajaan Malaysia terhadap sokongan AS terhadap pembantaian Israel ke atas Gaza (lebih 1300 orang terkorban & 13 000 cedera !) ibarat marah-marah sayang kot !

Jadi, saya sebagai umat Islam terasa terhiris hati apabila pihak RTM (dengan kerjasama MSNBC) menyiarkan siaran langsung tersebut. Negara kita bukan negara jajahan AS ! Negara kita negara berdaulat ! Jaga sensitiviti umat Islam negara ini ! Tak serik lagi ke dah kalah di Kuala Terengganu.

Read more...

NAJIBTUYA : BN KALAH DI KT SEBAB KURANG MESRA RAKYAT (baru sekarang hang tau...!)

>> 20 Januari 2009


Imej negatif Umno dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat, (termasuk Najibtuya sekali laa..!) merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno perlu mengubah budaya (ya..ubah cara hidup sekular kepada cara hidup Islam) dan imejnya agar disenangi oleh rakyat, lapor Bernama."Pemimpin Umno di semua peringkat Umno mesti menunjukkan (dia suruh pemimpin UMNO berlakon la tu..) imej positif dan mesra rakyat," katanya. Beliau memberitahu demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan dokumen perjanjian bagi penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.

Semalam Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno memerlukan faktor "wow" untuk memikat semula hati rakyat berikutan kekalahan calonnya dalam pilihanraya kecil itu. Najib berkata rakyat menilai Umno berdasarkan hubungan mereka dengan pemimpin Umno di semua peringkat. (malaysiakini.com)

Read more...

MUHYIDDIN : UMNO SUDAH HILANG FAKTOR PENARIK

>> 19 Januari 2009


Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu memberitahu wartawan Malaysia di Manama (Bahrain) ketika diminta mengulas kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Terengganu Sabtu lalu di mana calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi, lapor Bernama.Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.Oleh itu, kata Muhyiddin, Umno dan BN perlu merekayasa bagi memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan Umno.

"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan radikal, pembedahan politik, jika terpaksa," katanya.'Perlu perubahan'Muhyiddin berkata, sebaiknya ialah menjalankan post-mortem untuk mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di Kuala Terengganu dan lebih penting lagi mengkaji dengan mendalam pemikiran pengundi.

"Tidak dapat tidak, pasti ada kelemahan dalam mana-mana pilihanraya kecil walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam. Tetapi mungkin ada isyarat yang perlu diberi perhatian dengan serius."Apakah ini bermakna rakyat masih sukar untuk menerima BN selepas kita kalah pada pilihanraya umum lalu, kerana mereka tidak rasa sudah ada satu perubahan atau pembaharuan yang kita kata kita hendak lakukan," katanya.

Oleh itu, kata Muhyiddin, BN dan Umno khususnya, tidak seharusnya mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan segala bentuk pembaharuan yang dijanjikan. Apa yang penting, tegasnya, ialah Umno dan BN menangani isu persepsi tertentu yang bermain di benak pemikiran pengundi."Bila sebut Umno atau BN, ini persepsi dia dan ditokok tambah pula dengan putar belit parti pembangkang. Di samping itu, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa rakyat kita juga sudah lebih faham dan peka serta mampu menilai daripada semua sudut.

"Mungkin kita dilihat belum bersedia untuk memenuhi apa yang mereka fikir baik," kata beliau sambil menyarankan supaya Umno dan BN bersedia bertindak secara lebih radikal dalam melaksanakan perubahan yang difikirkan perlu.Muhasabah diriMuhyiddin menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan tertentu perlu dibuat supaya rakyat faham apa yang dimaksudkan dengan pembaharuan yang ingin dibawa oleh Umno dan BN.

"Jika tidak mereka akan anggap kenyataan-kenyataan kita sebagai retorik. Jadi saya lebih cenderung mengalisis keputusan pilihanraya kecil itu daripada perspektif lebih holistik walaupun kita boleh kenal pasti sebab kekalahan daripada segi biasa seperti jentera pilihan raya tidak berapa berkesan walaupun kerja keras, soal calon, perkara yang ditimbulkan parti lawan dan sebagainya," katanya.Di masa lalu, katanya BN akan menghadapi pilihan raya kecil dengan penuh bersemangat dan yakin, mencatatkan kemenangan di kawasan yang dianggap bermasalah.Muhyiddin berkata, beliau ada menerima pandangan daripada pelbagai pihak yang melahirkan kebimbangan kekalahan BN dalam pilihanraya kecil menjadi satu trend baru kerana rakyat masih tidak melihat apa-apa pembaharuan di pihak BN dan Umno sendiri.

"Biar kita bermuhasabah secara serius. Mungkin orang marah kalau saya kata macam ini. Dan tentu akan ada pemimpin yang kata ia tidak menjadi trend, tapi kita tak tahu," katanya.Menurut beliau, parti kerajaan perlu faham semasak-masaknya apa yang rakyat mahu kerana penentu kalah menang pada mana-mana pilihanraya ialah rakyat."Kita perlu jujur kepada diri sendiri. Jangan kita bersikap 'tak ada apalah, kita okaylah'. Ini yang jadi masalah kepada kita," kata Muhyiddin.

Jelas beliau lagi: "Perkataannya ialah `segera berubah'. Dalam tempoh tiga, empat tahun ini akan ada lagi pilihanraya kecil, pilihanraya negeri. Jadi bagaimana keadaan kita".Selain Umno, parti komponen BN yang lain juga perlu melakukan muhasabah diri kerana mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri, katanya. (malaysiakini.com)

Read more...

BN KINI TINGGAL 137 KERUSI PARLIMEN

>> 18 Januari 2009


Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini.Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen.

Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen. Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.Seramai 79.3 peratus pemilih keluar mengundi hari ini.

Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.

Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22). (malaysiakini.com)

Read more...

ALHAMDULILLAH...PAS/PR...BERES....! SYABAS YB WAHID ENDUT..!

>> 17 Januari 2009


  • Calon Pakatan Rakyat yang diwakili calon PAS, Abdul Wahid Endut telah memenangi PRK P36 Kuala Terengganu dengan majoriti 2631.
  • PAS mendapat 32 833 dan BN pula mendapat 30 252.
  • Syabas kepada pengundi Kuala Terengganu kerana bertindak matang.
  • Calon bebas 2008, Tok Mun lebih hebat daripada calon bebas PRK KT, Azharuddin.
  • Tok Mun dapat undi 685 (Mac 2008) sedangkan Azharuddin hanya 193 (Jan. 2009).
  • Undi PAS telah bertambah daripada PRU12 2008.
  • PRU12, PAS dapat 31934 (Mohamad Sabu) dan PRK KT PAS dapat 32883.
  • Undi BN/UMNO telah merosot berbanding PRU12 2008.
  • Dalam PRU12 BN/UMNO dapat 32526 (Dato; Razali) tetapi merosot kepada 30252 (Wan Farid).
  • Malahan PAS telah bejaya menambah undi di DUN Bandar.
  • Najib Tuya kata BN ambil serius akan kekalahan di KT.
  • Sebenarnya BN tak pernah serius dalam kekalahan lepas (Permatang Pauh).
  • Yang serius bagi UMNO sekarang ialah kempen pemilihan UMNO Mac akan datang.
  • Semasa kempen PRK KT, UMNO bukan berkempen untuk menang KT tetapi berkempen untuk pemilihan UMNO.
  • Najib Tuya gagal dan tak layak menjadi Presiden UMNO.
  • Kalau Najib Tuya bawa Rosmah berkempen, sudah pasti UMNO kalah lebih teruk lagi.

Read more...

TALKIN UNTUK BN/UMNO


Maka dengan ini diisytiharkan bahawa UMNO/BN telah kembali ke rahmatullah tepat pukul 9.35 malam, hari Sabtu 17 Januari 2009 bersamaan 20 Muharram 1430H di Kuala Terengganu. Setelah nazak selama 10 hari sejak 6 Januari lalu maka tiada siapa dapat menyelamatkan UMNO/BN yang mengalami sakit kronik.

Aduh...sakitnya perut aku...matilah karier politik aku selepas PRK ni..Tolonglah aku Pak Lah,..Dato' Seri Najib..Aku dah nazak ni...

Read more...

PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA DI RUMAH ADUN CHANGKAT JONG

Read more...

PESANAN TOK GURU MURSYIDUL AM

>> 16 Januari 2009


Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP