Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

CATATAN SEHARI DI KUALA LUMPUR - INDAHNYA KL (Bahagian 3)

>> 02 Ogos 2009

  • Adalah beberapa minit saya dan Aamir berada di dalam kedai karpet.
  • Saya lihat di luar sana, FRU membanjiri di sepanjang jalan bersenjatakan senapang gas pemedih mata, cota dan perisai.
  • Satu peristiwa, saya lihat mereka menembak ke arah sebuah lorong kecil yang penuh dengan penjual-penjual orang Melayu. Bertempiaranlah rakyat yang tidak bersalah menyelamatkan diri. Kejamnya polis...
  • Apabila melihat kejadian itu seorang wanita beristighfar banyak bila melihat kekejaman polis di depan matanya. Selama ini dia berkata dia hanya mendengarnya melalui cerita-cerita orang..Kakak ni datang untuk membeli-belah tetapi terpaksa bersembunyi di kedai karpet.
  • Suasana menjadi semakin tegang di luar. Polis nampak macam semakin ganas (itulah kata-kata yang paling sesuai pada masa itu buat saya)
  • FRU membanjri jalan raya...
  • Tuan punya kedai berasa risau lalu mengarahkan pekerjanya menutup terus kedai itu.
  • Di luar sana, saya masih lagi terdengar bunyi tembakan dan wisel serta ketukan cota dengan perisai oleh FRU.
  • Kami di dalam kedaintertanya-tanya adakah polis akan menyerbu pula ke dalam kedai-kedai tempat persembunyian ?
  • Masing-masing berdoa...
  • Kebimbangan saya ini berasas kerana saya dapat maklumat di Jalan Chow Kit, pihak polis telah mula menembak gas ke arah kedai-kedai makan. Ramai orang awam, wanita dan kanak-kanak termuntah.
  • Setelah hampir 15 minit berlalu, saya dan Aamir mengintai di pintu belakang kedai. Kami dapati suasana tenang.
  • Aamir ajak saya keluar.
  • Pada masa itu jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Saya ajak Aamir ke Masjid India kerana kami masih belum solat Zuhur.
  • Dalam perjalanan kami melihat suasana yang menyedihkan.Kemarahan rakyat tidak dapat dibendung selepas ini..
  • Antaranya, seorang wanita Cina sedang duduk berehat di hentian bas dengan muka dan matanya kemerah-merahan. Wanita ini tidak habis-habis marahkan pihak kerajaan yang membenarkan pihak polis melakukan sesuka hati secara kejam terhadap rakyat.
  • Kami meneruskan perjalanan. Kami masih lagi mendengar bunyi tembakan dan suara jeritan kuat.
  • Saya hubungi Ustaz Fattah, beliau masih berada di Sogo. Rupa-rupanya pihak polis masih berhadapan dengan sebuah lagi himpunan yang masih hidup lagi..!
  • Saya beritahu ustaz bahawa kami ke Masjid India untuk solat. Kaki saya masih lagi sakit. Terasa kejangnya. Mata dan muka masih lagi pedih. Saya berasakan gas pemedih mata kali ini agak lebih pedih daripada biasa. Kuat kesannya walaupun dah basuh muka. Saya berasa sangat dahaga kerana tekak menjadi sangat kering. Sudah hampir dua botol air mineral saya minum.
  • Di tepi jalan, seorang ibu sedang memujuk anak perempuannya yang sedang menangis. Adik ni mungkin berumur 9 atau 10 tahun. Dia menangis berterusan walaupun puas dipujuk oleh ibunya.
  • Mereka datang ke situ untuk membeli-belah tetapi terperangkap dengan keganasan polis.
  • Saya bertanya adakah anaknya terkena gas pemedih mata tadi.Trauma seorang anak melihatkan keganasan polis
  • Dia kata bukan tetapi anaknya menangis kerana berasa sangat takut apabila melihat polis menembak dengan mengeluarkan bunyi tembakan yang kuat ke arah orang ramai tadi.
  • Kami cuba memujuk adik ini tetapi dia terus menangis. Kasihan adik ini... Mungkin dia mengalami trauma setelah melihat keganasan polis tadi.
  • Wahai polis, wahai pak menteri..adakah anda mahu bertanggungjawab dengan kesan psikologi anak ini ?
  • Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke masjid. Kamipun solat jamak dan qasar.
  • Setelah selesai kami berehat di hadapan masjid. Jam sudah pukul 4.30 petang. Kami menerima maklumat daripada kawan, kebanyakan kedai di hadapan pejabat Agung PAS telah terkena tembakan gas, begitu juga di Masjid Jamek dan Masjid Negara.
  • Saya menghubungi semua kawan-kawan. Satu kumpulan kawan saya terperangkap di Jalan Chow Kita, polis sedang menggila di sana...
  • Ustaz Fattah masih di Sogo.
  • Saya ajak Aamir ke Stesen Komuter Bank Negara. Dalam perjalanan kami melalui jalan yang dipenuhi gerai jualan makanan dan minuman.
  • Saya nampak seorang peniaga duduk dalam keadaan wajah yang sedih. Kami bertanya peniaga itu.
  • Dia terus menunjukkan bekas airnya yang telah bocor akibat terkena peluru gas pemedih mata..masyaAllah kejamnya...polis..
  • Peniaga itu menceritakan bahawa pihak polis terus menembak ke arah orang ramai yang sedang sibuk membeli-belah di jalan itu sehingga salah satu tembakan gas itu terkena bekas air mata kucingnya. Jadi hari itu dia hanya menjual keropok lekor sahaja.
  • Peniaga itu mengatakan bahawa ini adalah kali kedua bekas air jualannya pecah.
  • Saya dan Aamir meneruskan perjalanan menuju ke simpang jalan besar. Jalan di situ agak lengang. Kami berasa hairan. Hanya ada beberapa orang berdiri di tepi jalan.
  • Sebaik sahaja kami masuk ke jalan besar, saya tercium bau gas...saya rasa tak sedap hati..saya beritahu Aamir tentang itu.
  • Kami terus ke hadapan membelok ke kiri..sebaik sahaja membelok kami terserempak dengan benteng FRU yaang bersiap sedia menembak gas.
  • Memang betul..! Mereka terus menembak ke arah kumpulan kami dan beberapa orang di situ..bunyi tembakan terdengar lagi
  • Bau gas mula meresap di hidung kami.air mata mula keluar..muka pedih semula..
  • Kami berlari patah ke belakang semula..
  • Rupa-rupanya polis sedang mengepung kawasan sekitar Sogo
  • Kami tunggu lama di sekitar masjid India
  • Lebih kurang pukul 5 petang, kami pun memberanikan diri pergi ke stesen komuter setelah kami berpakat dengan kawan-kawan akan berjumpa di stesen Subang Jaya tempat kami letak kereta pagi tadi
  • Sesampainya di jejantas menuju ke stesen komuter, kami lihat ramai polis berkumpul di situ
  • Kami bertanya kepada polis di situ kenapa orang ramai berdiri dan duduk di tangga jejantas.
  • Kami diberitahu bahawa semua stesen komuter dan LRT telah ditutup atas arahan Bukit Aman! MasyaAllah..
  • Satu peristiwa, saya melihat seorang pemuda sedang dikejar oleh beberapa orang polis. Akhirnya pemuda itu menyerah setelah dikepung. Dia tidak melawan. Tapi..amat mengejutkan apabila kami melihat salah seorang polis tadi telah menendang pemuda itu. Peristiwa ini disaksikan orang ramai. Secara spontan orang ramai memarahi dan mengutuk tindakan polis yang tidak mempunyai belas kasihan langsung. Ramai yang berkata buat apa dibelasah lagi pemuda itu kerana dia sudah menyerah diri....satu lagi kekejaman...
  • Nah..semua stesen sudah ditutup, bagaimana nak balik ?
Bersambung...

ar_rawa

Read more...

CATATAN SEHARI DI KUALA LUMPUR - INDAHNYA KL (Bahagian 2)

  • Masa itu, kebanyakan kedai mulai tutup termasuk Sogo..!
  • Suasana semakin hangat dan hangit..!
  • Orang semakin ramai..beberapa pimpinan PR telah ditahan polis seperti Cikgu Bard (PKR) dan Zuraidah (MP Ampang) yang disoal siasat polis.
  • Saya dan Aamir masih di depan Sogo.
  • Kelihatan Ustaz Abu Bakar Cik bersama kumpulannya.
  • 2.30 petang, jalanraya dah penuh sesak dengan penunjuk perasaan.
  • Kelihatan polis seperti tidak dapat mengawal gelombang ini walaupun mereka sedang cuba meleraikan himpunan aman ini.
  • Ada kumpulan yang cuba bergerak tetapi di hadapan sana kelihatan benteng atau kubu FRU bertopi merah dengan gagah menunjukkan kehebatan mereka di hadapan rakyat lemah yang tidak bersenjatapun. FRU bersenjatakan cota dan perisai.
  • Tiba-tiba terdengar laungan REFORMASI ! dan ALLAHUAKBAR !
  • Rupa-rupanya, DS Anwar Ibrahim sampai di tempat kami. Suasana semakin gamat.
  • Aku mengingatkan Aamir agar tidak berpecah dan jika perlu pegang tangan masing-masing.
  • Kami mendengar beberapa ucapan yang disampaikan oleh beberapa orang pimpinan. Saya tak pasti siapa dia. Anwar belum berucap.
  • Tiba-tiba, suasana menjadi kecoh...orang ramai bertempiaran lari
  • Saya mendengar beberapa dentuman bunyi kuat di hadapan
  • Gas pemedih dah sampaiiiii....
  • Kelihatan asap putih mula memenuhi ruang udara..
  • Mata saya mulai pedih...air mata mula meleleh..sangat pedih..
  • Kulit saya pula teras amat pedih dan kepanasan walaupun saya memakai topeng muka
  • Kulit terasa sangat pedih seperti dihadapkan dengan bahang api (teringat masa membakar lemang dekat raya dulu..muka kepanasan bila hampir dengan api)
  • Saya segera mengeluarkan saputangan (memang dah sedia). Saya basahkan sapu tangan dengan menggunakan air mineral (memang dah ready..dah tau mesti kena gas punya)
  • Saya mengelap muka dengan saputanga basah. Tapi muka masih terasa kepanasan.
  • Bukan sahaja air mata keluar malah air juga keluar dari hidung...macam orang selesema..Allahu akbar..!
  • suasana menjadi kelam-kabut..orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri, lelaki perempuan
  • Saya teringatkan Aamir, saya cara dan panggil dalam keadaan mata agak kabur sambil berlanggaran dengan orang ramai
  • Saya nampak dan saya tarik Aamir ke tepi bangunan Sogo. Di situ orang ramai bersembunyi
  • Di situ, ada sahabat-sahabat yang menghulurkan garam kasar untuk kami kemam bagi meredakan kepedihan mata
  • Mata saya masih terasa pedih, air mata ibarat menangisi kematian seseorang...sentiasa mengalir, begitu juga air dihidung
  • Tekak saya pula terasa kering dan pedih...subhanallah
  • Pada masa itu, suasana reda dan saya keluar dari kaki lima Sogo ke tepi jalan untuk melihat apa yang terjadi. Begitu juga dengan orang ramai.
  • Sebaik sahaja berada di tepi jalan, terdengar seali dentuman bunyi tembakan gas pemedih mata..baunya mulai memasuki lubang hidup...mata yang memang pedih menyambungkan lagi kepedihannya..dan memeritkan lagi ialah kulit muka semakin kepanasan..saya dan orang ramai berlari menyelamatkan diri...
  • Pada masa yang sama, saya ternampak trak water canon melintas di jalan dan menyemburkan air kimia ke arah kami. Saya nampak meriam air itu dipusingkan 90 darjah menembak para demonstrator
  • Saya terdengar satu suara menjerit...hadap ke belakang..hadap ke belakang ! Muka mengada dinding ! jangankena air di muka..!
  • Kami melakukan apa yang diarahkan...
  • Alhamdulillah, saya kena sedikit sahaja air tersebut. Kami keluar semula...
  • Tapi trak water canon itu berundur dan menyembur semula ke arah kami..dahsyatnya sungguh polis...menggila sungguh mereka ..!
  • Seolah-olah mereka tidak berasa puas selagi kami tidak kena air dan bersurai!
  • Kami bersembunyi semula di kaki lima..saya nampak Aamir masih di tepi jalan, saya panggil tapi masa itu meriam sedang memancutkan airnya..
  • Saya nampak Aamir hanya dapat bersembunyi di belakang pokok bunga saja
  • Bahagian belakangnya habis basah.
  • Pada masa yang sama, polis terus mengejar kami...dengan suara kuat mereka menjerit TANGKAP..TANGKAP..! sambil meniupkan wisel.
  • Saya dan Aamir berlari menyelamatkan diri...
  • Pada masa itu, kaki saya terasa seperti kekejangan..saya beritahu Aamir
  • Aamir mengajak saya bersembunyi ke dalam kedai karpet
  • Mujurlah kedai itu masih dibuka walaupun pintu kaca dah tertutup
  • Aamir kenal penjual karpeti itu lalu membenarkan kami masuk.
  • Dalam kedai itu sata lihat ada beberapa orang wanita dan lelaki yang terperangkap dalam kedai
  • Saya dan Aamir terus menuju ke bilik air kedai itu untuj membasuh muka dan mata yanng masih pedih dan panas ini..Allahuakbar..
Bersambung...

ar_rawa

Read more...

CATATAN SEHARI DI KUALA LUMPUR - INDAHNYA K.L (Bahagian 1)

  • Kami bertolak jam 7.30 pagi dari Markaz PAS Teluk Intan. Ada 4 buah kereta semuanya. Kereta Haji Azam ikut Bidor. Kami pula (3 kereta) ikut Kuala Selangor.
  • Saya naik kereta Aamir (AJK Kawasan) bersama Haji Sulaiman PGS. Ustaz Abdul Fattah (KP ) sebuah kereta bersama Pemuda Batak Rabit dan sebuah kereta lagi dipandu oleh Jan dan sahabat-sahabatnya.
  • Dalam perjalanan, saya mendapat panggilan daripada Ketua Unit Amal Teluk Intan, Shahrul Iman menyatakan beliau telah ditangkap dan sedang ditahan di Balai Polis Brickfield bersama 13 orang ahli Unit Amal Perak. Mereka ditahan pada jam 2.00 pagi semasa menaiki sebuah van berhampiran Masjid Negara. Saya menasihati beliau agar bersabar dan mengucapkan tahniah kerana melalui serta merasai hidup sebagai seorang pejuang kebenaran. Apa yang ralat jelas Iman ialah mereka tidak dibenarkan solat Subuh di lokap.
  • Sepanjang perjalanan kami melepasi 4 sekatan jalan raya polis.
  • Oranng ramai mula datang berkumpu.
  • Sampai di stesen komuter Subang Jaya jam 11.30 pagi. Terus beli tiketdan naik tren. Penumpang sangat ramai. Kebanyakannya adalah mereka yang hendak menghadiri himpunan mansuh ISA. Bersemangat semuanya nampak..
  • Polis sedang menghalau orang ramai daripada berkumpul di kaki lima kedai.
  • Sampai di stesen Bank Negara. Sebaik sahaja mennyeberangi jejantas, kami disambut oleh beberapa anggota polis berpakaian seragam dan SB termasuk yang bertugas mengambil gambar kami. Glamour le kejap bila cahaya flash kamera bersinar mengadap kami. Hampir di hujung jejantas kami ditahan oleh anggota polis. Sambil itu mereka mengambil gambar.
  • Sebelum itu saya dah berpesan kepada kawan-kawan agar berpecah supaya tidak disyaki.
  • Seorang anggota polis telah menahan saya dan bertanya saya hendak ke mana. Saya tidak menjawab dan terus sahaja berjalan tanpa mempedulikan soalannya.
  • Tetapi beberapa orang kawan saya yang membawa beg galas ditahan kerana polis hendak memeriksa beg mereka masing-masing. Lama juga proses itu.
  • Alhamdulillah, seorang demi seorang daripda kami lepas. Haji Sulaiman pun lepas.
  • Tetapi seorang pemuda telah ditahan dan dimasukkan ke dalam trak yang telah tersedia. Dengar cerita, dalam begnya ada baju Mansuh ISA. Apolaa..ingatkan dia bawa pistol ke..
  • Sementara menunggu kawan tadi, Aamir dengan berani menghampiri salah seorang polis di situ dan bertanya kenapa gambar kami diambil. Polis itu meminta IC Aamir tetapi Aamir bertanya klausa mana membenarkan anggota polis berpangkat di bawah inspektor boleh minta IC. Dia Polis itu diam.
  • Kami meneruskan perjalanan ke Sogo iaitu tempat berhimpunan bagi peserta dari Perak, Kedah, P. Pinang dan Perlis.
  • Sesampainya di sana, suasana agak sibuk juga. Saya tahu, kebanyakan yang bersidai di tepi Sogo semuanya datang sebab ISA. Masing-masing faham bila berpandangan antara satu sama lain.
  • Pihak polis mula datang dengan kereta dan jeep. Polis mula meronda sekitar hadapan Sogo.
  • Haji Azam dah sampai awal dan berada di tingkat 6 Sogo di Food Court. Saya dan Aamir naik ke atas berjumpa Haji Azam. Orang sangat ramai dalam Sogo. Kebetulan ada big sale di situ dicampur dengan kami yang datang untuk berhimpun maka bayangkanlah bagaimana sesaknya dalam Sogo waktu ini.
  • Jumpa Haji Azam. Sembang-sembang kemudian saya ajak Aamir ke bawah dan makan tengah hari di sebuah restoran mamak seberang Sogo. Makan di bawah senang sikit. Boleh nampak apa yang berlaku. Waktu sudah 12.30 tengah hari.
  • Kawan-kawan lain saya tak nampak. Tapi kami sering berhubungan melalui telefon.
  • Kami makan di restoran. Sedang makan, terdengar bunyi kecoh di luar. Rupa-rupanya pihak polis telah menahan seorang peserta.
  • Terjumpa dengan Dr. Najihah dan kawannya dalam restoran. Beliau memberitahu beberapa orang pimpinan Muslimat Pusat termasuk Aiman Athirah Al Jundi telah ditahan polis.
  • Selepas makan kami berhimpun di luar. Orang semakin ramai. Tapi polis dan anjing-anjingnya lagi ramai..!
  • Jam menunjukkan 1.15 petang. Tiba-tiba polis mula bergerak secara berkumpulan menghalau orang ramai daripada berkumpul di kaki lima kedai. Suasana mula kecoh....
  • Nak tergelak pun ada. Lucu sungguh. Polis halau di sini. Kami berkumpul di sana. Polis halau di sana, kami berkumpul di sini. Macam main-main pulak.Kumpulan Mslimat berkumpul.
  • Helikopter sentiasa berlegar-legar di udara.
  • Walaupun polis beroperasi menghalau orang ramai, namun orang semakin ramai berkumpul.
  • Hampir pukul 2 petang, seperti menerima satu arahan, kami semua secara automatik berkumpul beramai membentuk beberapa kumpulan kecil sebagai memulakan himpunan aman ini.
  • Kelihatan kumpulan muslimat dengan beraninya berkumpul, kumpulan Unit Amal dan beberapa kumpulan yang akhirnya bergabung menjadi sebuah kumpulan yang besar. Hebat...!
bersambung ...

ar_rawa

Read more...

WARNA WARNI - 1 MALAYSIA.....HIMPUNAN MANSUHKAN I.S.A









































Alhamdulillah saya selamat kembali ke Teluk Intan tepat jam 12.00 tengah malam setelah bergelut dengan keganasan dan penggilaan polis dalam menuntut agar ISA dimansuhkan.

Hanya foto-foto di atas ini sahaja yang dapat menggambarkan bagaimana 1 Malaysia telah menjadi mangsa keganasan dan penggilaan pihak polis. Apabila disebut RAKYAT maka ia bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa malah 1 Malaysia rakyat Malaysia; tua muda, lelaki wanita, kecil besar, kanak-kanak dan dewasa, Melayu, India dan Cina telah dengan rakus sekali menerima layanan amat amat ganas daripada pihak polis. Malah boleh dikatakan ia lebih ganas daripada apa yang telah dilakukan semasa Himpunan Bersih dulu.

Insya Allah, jka ada masa saya akan menceritakan detik-detik pengalaman semasa sama-sama 1 Malaysia diganyang oleh pihak polis atas arahan pihak atasan.






Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP