APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
HORMATI PENDIRIAN KARTIKA TERUSKAN HUKUMAN SEBAT, KATA PEGUAM
Peguam Kartika, Adham Jamalullail Ibrahim berkata isu yang melibatkan anak guamnya itu sepatutnya menjadi pengajaran serta wadah peningkatan institusi mahkamah syariah dan undang-undang Islam di Malaysia.
"Saya juga meminta parti politik tidak campur tangan dalam isu hukuman sebat berkenaan kerana ia hanya membabitkan institusi kehakiman syarie di Pahang sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Kartika di Kampung Jawang di sini semalam.
Kartika pada minggu lepas melantik lima peguam sivil dan syarie, daripada firma guaman Tetuan Adham & Associate iaitu Marlina Amir Hamzah, Adham Jamalullail Ibrahim, Siti Razasah Abd Razak, Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdullah bagi mewakilinya.
Menurut Adham Jamalullail, sehingga kini, pihaknya masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar hukuman sebatan itu akan dijalankan.
Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima hitam putih mengenai tarikh sebenar hukuman itu.
Pada 20 Julai lepas, Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lepas.
Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa. BERNAMA/mstaronline
KESESAKAN PUNCA TALIAN CELCOM TERPUTUS
Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly, gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.

"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam ini (24 Sept) dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.
"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.
Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.
Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas. BERNAMA
KERAJAAN LANUN ROMPAK BAJET KERAJAAN PR
IPOH, 24 Sept: PAS mempertikaikan dasar bajet kerajaan BN Perak kerana kerajaan yang ada tidak pernah menggubal sebarang bajet baru selepas Umno dan BN mempertikaikan bajet yang dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan BN Perak yang dibentuk secara kudeta tidak pernah meluluskan bajetnya sendiri. Katanya, Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Persidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat. Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya. �Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan,� kata beliau dalam satu kenyataannya. Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enakmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan. �Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong. �Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong. �Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus,� katanya. MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen. Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009, beritahu Khalil dalam kenyataannya. Ini adalah antara apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini :- 1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan. 2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit. 3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. 4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat. 5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah. 6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan 7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400. 8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta. 10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan. 11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun. 12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu. 13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman. 14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir. �Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah, dan sebenarnya rakyat Perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu,� katanya. Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak, katanya. Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak, tegas beliau. _(harakahdaily) |
SALAHUDIDN HARAP UMNO ADA CALON BEBAS POLITIK WANG
>> 24 September 2009
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini. Beliau berharap Umno mempunyai calon yang bersih dari politik wang untuk memenuhi keinginan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu. "Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'. Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas Perdana Menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang. "Mungkin juga Umno Bahagian Telok Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang berada) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut. Mengenai persediaan PAS menghadapi pilihan raya itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya akan megggerakkan seluruh kekuatan untuk mengajak rakyat di Bagan Pinang supaya bersama-sama dengan kehendak rakyat. "Kita yakin rakyat di Bagan Pinang tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan kehendak rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam tujuh dari lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas. "Malah di dalam kawasan Telok Kemang sendiri pun, tiga dari lima kawasan DUN di situ serta kerusi Parlimennya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. "Saya yakin sepenuhnya rakyat Bagan Pinang akan bersama-sama dengan kehendak rakyat hari ini yang menolak BN," kata beliau. Dalam pilihan raya umum yang lalu, selain kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi-kerusi DUN Chuah, Lukut dan Port Dickson dalam kawasan Parlimen itu dimenangi oleh PR. "Saya juga yakin, rakyat Bagan Pinang tidak sanggup menerima Umno yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri. "Pandangan Dr Mahathir itu malah dikongsi oleh bekas Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup. "Rakyat boleh melihat dengan terang dan nyata hakikat itu dan bukti terbaru dapat dilihat sendiri oleh mereka dalam dokumen kabinet mengenai Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang menunjukkan dengan jelas bahawa kabinet kerajaan Umno dan BN melakukan penyelewengan dan merestui rasuah," katanya. Sebelum menekankan supaya BN meletakkan calon bebas politik wang, Dr Mahathir menolak pencalonan bekas Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya itu. Beliau berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. "Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau. Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos. _(harakahdaily) |
TUDUH PAS DALANG SIMBAH CAT ADALAH SATU NIAT JAHAT - PAS PERAK
IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti. Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh. "Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri. "Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut. Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik. Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka. "Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi. Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'. Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama. "Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya. Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya. _(harakahdaily) |
KEMARAHAN YANG TIDAK DAPAT DIBENDUNG
>> 23 September 2009
Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati, kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu.
Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.
Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka.

Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.
Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa.
Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.
Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.
Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.
Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut.
Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.
Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.
Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal.
Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat-harakahdaily
UMNO BUKAN PARTI ISLAM
>> 22 September 2009
Seperti yang dijangka Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengimejkan beliau sebagai pejuang Islam tulin. Sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana pemimpin umno di negara ini mereka perlu menjadikan Islam sebagi alat untuk menarik perhatian orang-orang melayu Islam di negara ini. Isu Islam tidak boleh diketepikan dalam politik Malaysia kerana ia sinonim dengan Islam sebagai agama majoriti penganut di negara ini.Teras politik di Malaysia ialah Melayu Islam.
Doktor Mahathir pernah menyebut di dalam buku Malay Dilema kerajaan buat projek Islam hanya untuk meraih undi sokongan orang melayu dan Islam kepada Umno dalam pilihanraya. Tidak hairan kepada kita semua di kalangan pemimpin Umno cuba membina imej mereka sebagai pejuang Islam.
Kalau di zaman Tun Hussin Onn dengan program bulan dakwah, Tun Dr Mahathir dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam, zaman Dato’ Seri Abdullah Badwi Islam Hadhari, maka Datuk Seri Najib Dailog Ulama’ dan Umara’. Dan saya yakin dialog ini supaya rakyat ditipu lagi dengan program Islam. Maka tidak hairanlah kepada kita ia akan memprogramkan Najib sebagai tokoh yang boleh menarik orang Islam menyokong Datuk Seri Najib waktu beliau memimpin nanti. Al maklumlah semua makhluk di bumi kenal siapa peribadi Datuk Seri Najib, maka imej perlu digilap supaya nampak sebagai wira agama yang wara’.
Kenapa Datuk Seri Najib bercakap umno juga parti Islam, kerana tempat yang beliau berucap adalah kawasan yang kuat berpegang dengan Islam dan penghayatan agama yang betul. Di situ terdapat institusi pondok yang begitu berpengaruh, di mana tok gurunya adalah penyokong Pas tegar. Seperti Pondok Tok Guru Haji Salleh, Pondok ustaz Ismail, berhampiran dengannya juga pondok Tok Guru Haji Awang Lanai, Pondok Ustaz Bakar, Pondok Tok Guru Haji Umar Parit Panjang.
Menjadi kebiasaan kepada pemimpin umno apabila bercakap ikut suasana. Mengambil rasmi sumpah-sumpah, kalau pokok hijau dia bertukar hijau, kalau pokok kuning dia bertukar kuning. Atas asas apa Datuk Seri Najib mendakwa umno parti Islam?. Kalau kerana kerajaan pimpinan umno beri tanah, buat masjid, buat sekolah agama, dirikan surau, kutip zakat. Maka parti yang memerintah United Kingdom boleh dianggap sebagai parti Islam. Kerana kebajikan yang mereka buat lebih banyak daripada umno buat di Malaysia.
Rakyat hidup dalam suasana yang cukup aman dan tidak tertekan dengan inflasi. Rakyat miskin diberi rumah, perubatan hospital percuma, sekolah percuma, hatta sekolah agama rakyat di UK yang dipimpin oleh Yusuf Islam diberi RM9000.00 perkapita setahun. Sedangkan kerajaan yang kononnya dipimpin oleh parti Islam telah menarik balik perkapita yang bernilai RM60-RM90 kepada sekolah agama rakyat. Datuk Seri Najib juga dalam ucapannya menyingkap kisah perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan telah berjaya dipihak Islam. Ucapan ini kalau Karpal Sing baca tentu dia ketawa, kerana dia kenal siapa Datuk Seri Najib.
Macam mana umno hendak mengatakan bahawa dia parti Islam. Dalam menanggani isu murtad umno tidak membela dan membisu dalam isu ini. Malahan apabila ada di kalangan pemuda Pas dan orang Islam tunjuk perasaan di Citytel Pulau Pinang dan Hotel Sentosa di Johor Baharu ketika kumpulan Artikel 11 membuat program untuk membolehkan orang Islam bebas murtad. Maka Tan Sri Nazri Aziz Ahli Majlis Tertinggi Umno kata ini kerja bodoh. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 63 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.
Kalau umno parti Islam, orang agama dalam umno kena diberi peranan penting, bukan hanya hanya untuk menjadi peluru melawan Pas dan membaca doa dan marhaban sahaja. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya si jahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku. Kalau umno parti Islam, mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno.
Kalau benar umno parti Islam, kenapa umno tidak dengar nasihat mufti dalam soal agama, sebaliknya nasihat mufti ditong sampahkan sahaja. Ini adalah sebahagian contoh nasihat mufti yang ditolak mentah-mentah, 1. Apabila Majlis mufti mengatakan sure heboh haram Umno tidak ikut 2. Apabila majlis mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut. 3. Apabila Majlis mufti kata bertafakkur di depan tugu, pemimpin umno sendiri tidak ikut 4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak penyakit aids Umno tidak ikut. 5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM Umno tidak ikut. 6. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno yang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama. 7. Sepatutnya Umno meletakkan Mufti seperti penasihat undang-undang yang akan menasihati kerajaan kalau ada enekmen yang bertentangan dengan Islam. Kalau nasihat Penasihat Undang kerajaan wajib ikut supaya ia selari dengan undang-undang, kenapa mufti tidak boleh nasihat kerajaan dalam bidang agama yang wajib diikut. Walaupun yang mencadangkan itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kalau mufti dan JAKIM pun Umno tidak mahu menerima pakai. Siapa lagi Umno mahu dengar nasihat?
Sepatutnya kalau umno parti Islam, kenapa Kementerian Pelajaran tidak menjadikan sebagai satu peraturan mewajibkan para pelajar Islam memakai tudung di sekolah kerana ini adalah suruhan Allah. Sekurang-kurangnya boleh mengubat keruntuhan akhlak di kalangan para pelajar. Dengan memakai pakaian yang menutup aurat akan memelihara aurat pelajar perempuan yang sedang membesar. Kerana ini akan mengurangkan daya tarikan untuk melakukan perzinaan di kalangan pelajar. Cuba bayangkan uniform sekolah berwarna putih. Apa akan terlihat pada badan pelajar perempuan yang bersebelahan dengan pelajar lelaki. Inilah yang perlu direnung oleh pemimpin Umno/BN.
Islam yang umno pejuangkan tidak mewajib pelajar perempuan memakai tudung, tetapi mewajibkan pelajar lelaki berstokin. Inilah hukum Islam ala umno. Rumusannya umno bukan parti Islam, ini berdasarkan kepada dasar parti umno, tindaUMNO BUKAN PARTI ISLAM Ustaz Idris Haji Ahmad 11/9/2009 Utusan Malaysia 11/9/2009 melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Sik Kedah menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.
Seperti yang dijangka Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengimejkan beliau sebagai pejuang Islam tulin. Sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana pemimpin umno di negara ini mereka perlu menjadikan Islam sebagi alat untuk menarik perhatian orang-orang melayu Islam di negara ini. Isu Islam tidak boleh diketepikan dalam politik Malaysia kerana ia sinonim dengan Islam sebagai agama majoriti penganut di negara ini.Teras politik di Malaysia ialah Melayu Islam. Doktor Mahathir pernah menyebut di dalam buku Malay Dilema kerajaan buat projek Islam hanya untuk meraih undi sokongan orang melayu dan Islam kepada Umno dalam pilihanraya.
Tidak hairan kepada kita semua di kalangan pemimpin Umno cuba membina imej mereka sebagai pejuang Islam. Kalau di zaman Tun Hussin Onn dengan program bulan dakwah, Tun Dr Mahathir dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam, zaman Dato’ Seri Abdullah Badwi Islam Hadhari, maka Datuk Seri Najib Dailog Ulama’ dan Umara’. Dan saya yakin dialog ini supaya rakyat ditipu lagi dengan program Islam. Maka tidak hairanlah kepada kita ia akan memprogramkan Najib sebagai tokoh yang boleh menarik orang Islam menyokong Datuk Seri Najib waktu beliau memimpin nanti. Al maklumlah semua makhluk di bumi kenal siapa peribadi Datuk Seri Najib, maka imej perlu digilap supaya nampak sebagai wira agama yang wara’. Kenapa Datuk Seri Najib bercakap umno juga parti Islam, kerana tempat yang beliau berucap adalah kawasan yang kuat berpegang dengan Islam dan penghayatan agama yang betul. Di situ terdapat institusi pondok yang begitu berpengaruh, di mana tok gurunya adalah penyokong Pas tegar. Seperti Pondok Tok Guru Haji Salleh, Pondok ustaz Ismail, berhampiran dengannya juga pondok Tok Guru Haji Awang Lanai, Pondok Ustaz Bakar, Pondok Tok Guru Haji Umar Parit Panjang.
Menjadi kebiasaan kepada pemimpin umno apabila bercakap ikut suasana. Mengambil rasmi sumpah-sumpah, kalau pokok hijau dia bertukar hijau, kalau pokok kuning dia bertukar kuning. Atas asas apa Datuk Seri Najib mendakwa umno parti Islam?. Kalau kerana kerajaan pimpinan umno beri tanah, buat masjid, buat sekolah agama, dirikan surau, kutip zakat. Maka parti yang memerintah United Kingdom boleh dianggap sebagai parti Islam. Kerana kebajikan yang mereka buat lebih banyak daripada umno buat di Malaysia. Rakyat hidup dalam suasana yang cukup aman dan tidak tertekan dengan inflasi. Rakyat miskin diberi rumah, perubatan hospital percuma, sekolah percuma, hatta sekolah agama rakyat di UK yang dipimpin oleh Yusuf Islam diberi RM9000.00 perkapita setahun. Sedangkan kerajaan yang kononnya dipimpin oleh parti Islam telah menarik balik perkapita yang bernilai RM60-RM90 kepada sekolah agama rakyat.
Datuk Seri Najib juga dalam ucapannya menyingkap kisah perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan telah berjaya dipihak Islam. Ucapan ini kalau Karpal Sing baca tentu dia ketawa, kerana dia kenal siapa Datuk Seri Najib. Macam mana umno hendak mengatakan bahawa dia parti Islam. Dalam menanggani isu murtad umno tidak membela dan membisu dalam isu ini. Malahan apabila ada di kalangan pemuda Pas dan orang Islam tunjuk perasaan di Citytel Pulau Pinang dan Hotel Sentosa di Johor Baharu ketika kumpulan Artikel 11 membuat program untuk membolehkan orang Islam bebas murtad. Maka Tan Sri Nazri Aziz Ahli Majlis Tertinggi Umno kata ini kerja bodoh. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 63 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja.
Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam. Kalau umno parti Islam, orang agama dalam umno kena diberi peranan penting, bukan hanya hanya untuk menjadi peluru melawan Pas dan membaca doa dan marhaban sahaja. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya si jahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.
Kalau umno parti Islam, mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno.
Kalau benar umno parti Islam, kenapa umno tidak dengar nasihat mufti dalam soal agama, sebaliknya nasihat mufti ditong sampahkan sahaja. Ini adalah sebahagian contoh nasihat mufti yang ditolak mentah-mentah, 1. Apabila Majlis mufti mengatakan sure heboh haram Umno tidak ikut 2. Apabila majlis mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut. 3. Apabila Majlis mufti kata bertafakkur di depan tugu, pemimpin umno sendiri tidak ikut 4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak penyakit aids Umno tidak ikut. 5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM Umno tidak ikut. 6. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno yang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama. 7. Sepatutnya Umno meletakkan Mufti seperti penasihat undang-undang yang akan menasihati kerajaan kalau ada enekmen yang bertentangan dengan Islam.
Kalau nasihat Penasihat Undang kerajaan wajib ikut supaya ia selari dengan undang-undang, kenapa mufti tidak boleh nasihat kerajaan dalam bidang agama yang wajib diikut. Walaupun yang mencadangkan itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kalau mufti dan JAKIM pun Umno tidak mahu menerima pakai. Siapa lagi Umno mahu dengar nasihat? Sepatutnya kalau umno parti Islam, kenapa Kementerian Pelajaran tidak menjadikan sebagai satu peraturan mewajibkan para pelajar Islam memakai tudung di sekolah kerana ini adalah suruhan Allah. Sekurang-kurangnya boleh mengubat keruntuhan akhlak di kalangan para pelajar. Dengan memakai pakaian yang menutup aurat akan memelihara aurat pelajar perempuan yang sedang membesar. Kerana ini akan mengurangkan daya tarikan untuk melakukan perzinaan di kalangan pelajar.
Cuba bayangkan uniform sekolah berwarna putih. Apa akan terlihat pada badan pelajar perempuan yang bersebelahan dengan pelajar lelaki. Inilah yang perlu direnung oleh pemimpin Umno/BN. Islam yang umno pejuangkan tidak mewajib pelajar perempuan memakai tudung, tetapi mewajibkan pelajar lelaki berstokin. Inilah hukum Islam ala umno. Rumusannya umno bukan parti Islam, ini berdasarkan kepada dasar parti umno, tindakan umno, penghayatan Islam (seperti isteri pemimpin yang tidak bertudung) kesemuanya tidak menepati dengan ciri sebuah parti Islam. Ia hanya layak sebuah parti untuk perjuangan mengisi perut sahaja. kan umno, penghayatan Islam (seperti isteri pemimpin yang tidak bertudung) kesemuanya tidak menepati dengan ciri sebuah parti Islam. Ia hanya layak sebuah parti untuk perjuangan mengisi perut sahaja.(idrisahmad.wordpress.com)
MESYUARAT PENGURUSAN UMNO TIDAK BIKNCANG TENTANG ISA SAMAD
Mesyuarat pengurusan Umno dan badan perhubungan Umno Negeri Sembilan baru-baru ini tidak berbincang mengenai Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dikatakan sebagai calon untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang.Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calon BN akan diketahui selepas mendapat kelulusan pucuk pimpinan dan hanya akan diumumkan di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Pinang pada 29 September ini.
"Kita akan mengambil kira pandangan semua pihak. Yang penting kita mahu calon yang berwibawa, dihormati dan diterima pengundi serta mampu menjalankan tugas," katanya yang tidak mahu mengulas mengenai senarai nama calon yang dipertimbangkan, lapor Bernama. (malaysiakini)
Sebelum ini, Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara mencadangkan Isa yang juga ketua Umno bahagian tersebut sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil tersebut.
Bagaimanapun, beberapa tokoh termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju Isa dicalonkan kerana beliau pernah disabitkandengan kesalahan rasuah politik.
Dr Mahathir berkata, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga turut menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.
Dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, isu pembatalan lesen guaman calon BN, Rohaizat Othman, berhubung kes pecah amanah membabitkan wang anak guamnya, telah dijadikan modal oleh PAS.
Dalam pilihanraya kecil pada 25 Ogos lalu itu, calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan Rohaizat dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.
Mengulas lanjut Muhyiddn berkata mesyuarat tersebut hanya mesyuarat biasa mengenai persediaan yang dibuat dan strategi serta pendekatan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 11 Oktober.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Azman Mohamad Noor akibat jangkitan kuman dalam darah pada 4 September lalu.
PAGI AKHIR RAMADHAN YANG MEMENATKAN JUGAK...
>> 19 September 2009
hari raya pada setiap tahun. 








