Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

HOI...SPR..! TOLONG TENGOK BENDA NI...

>> 02 Oktober 2009


PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ.Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang. Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"(Bagan Pinang) antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang. "Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita.

"Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negera, pagi ini.

"Mengikut kaedah pilihanraya, yang tidak tinggal lagi dalam kem, sepatutnya dia mengundi sebagai pengundi biasa, sepatutnya begitulah.

"Tetapi nama dia masih lagi kekal dalam senarai. Sebahagian yang lain bukan duduk daripada kem Seri Rusa, DUN Bagan Pinang.

"Saya minta SPR, supaya pastikan apa yang boleh, bahawa orang yang tidak hadir, tidak layak mengundi.

"Waktu kertas undi diberikan, dia tidak hadir, seharusnya dia tidak boleh mengundi. Ini yang minta supaya ia dipastikan oleh SPR sendiri," katanya.

Menurut Mustafa, apa yang menjadi kebimbangan PAS ialah pengundi pos yang tidak berada dalam kem tersebut tetapi dibenarkan mengundi di situ.

"Saya boleh jangka bahawa SPR akan jawab siapa yang ada dalam senarai, maka dia sah sebagai pengundi.

"Tetapi sebagai satu persiapan dan peringatan kepada SPR supaya dia benar-benar nak pastikan daftar pemilih ini bersih, dia sendiri pastikan orang yang sebenarnya tidak ada, didaftarkan di mana dia berada," katanya.

Ditanya sama ada pengundi yang bersara tinggal di kem tersebut, Mustafa berkata mereka memang tidak tinggal di kem tersebut. Sudut undang-undang"Mereka yang boleh tinggal di kem tersebut adalah pegawai dan kakitangan yang berkhidmat. Yang tidak berkhidmat, tidak boleh duduk situ," katanya.

Ditanya sama ada terdapat peruntukan undang-undang, sekiranya pengundi tidak meminta nama mereka dipindah, maka mereka tetap untuk mengundi di situ, Mustafa berkata:"Dari sudut undang-undang, ya, yang itu saya tidak nafikan." SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama pengundi buat masa sekarang mengikut undang-undang, sebaliknya memikirkan satu cara untuk membolehkan orang yang benar-benar layak mengundi adalah orang yang tinggal kem tersebut, tambah Mustafa.

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar bekal berdepan dengan calon BN Tan Sri Isa Samad untuk merebut kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor. Azman Mohamad Noor dari BN yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman menewaskan Ramli Ismail yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Teluk Kemang yang mendapat 4,097 undi.SPR juga menetapkan esok adalah hari penamaan calon, manakala 11 Oktober pula adalah hari pengundian. (malaysiakini)

Read more...

ISA IBARAT 'SURAT KHABAR LAMA DIKITAR SEMULA' - AZMIN

>> 01 Oktober 2009

Nazri Abdullah
Thu | Oct 01, 09 | 10:30:07 am MYT
TELUK KEMANG, 1 Okt: Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno ibarat mengitar semula surat khabar yang sudah lama.

Isa yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua katanya, telah pun diketepikan oleh Umno sendiri pada pemilihan agung lalu akibat rasuah yang telah dibuktikan sendiri mereka.

"Mereka (BN) mencalonkan surat khabar lama untuk dikitar semula yang terbukti sebagai perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa," ujarnya ketika berucap pada malam pengumuman calon PAS Selasa lalu.

Tindakan BN mencalonkan Isa juga katanya cubaan menghina dan memperbodohkan pengundi Bagan Pinang.

Namun beliau yakin pengundi tidak akan tertipu dan tidak akan menggadaikan maruah mereka memilih seorang yang terbukti terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tersebut.

"Yang rasuah adalah Umno. Siapa yang tuduh, bukan PAS, bukan DAP bukan keADILan, yang tuduh adalah Umno, yang jatuhkan hukuman, Umno, yang pilih calon rasuah juga adalah Umno."

ImageUjarnya lagi, sikap Umno BN memelih calon sedemikian bukan perkara baru. Ianya adalah sebagai sikap muafakat dan tolong menolong Umno yang telah diamal sekian lama.

"Inilah satu sikap yang sejak dulu ada dalam Umno. Tolong menolong demi kepentingan politik, aku tutup kes kau, kau tutup kes aku," katanya.

Namun katanya, orang paling bersedih dengan pemilihan Isa tentunya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Vateran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah.

Ini kerana kedua dua tokoh berkenaan antara yang lantang menetang pencalonan seseorang seperti Isa yang boleh dipertikai integritinya.

Tun dan Ku Li juga sebelum ini menasihatkan Umno BN memilih calon yang lain supaya parti mereka tidak terbeban dengan rekod buruk Isa.

"Tentunya orang paling bersedih dengan pemilihan Isa adalah Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, nasihat mereka telah dibakul sampahkan," katanya.

Pakatan Rakyat meletakkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang 11 Oktober ini.(harakahdaily)

Read more...

CALON ISA : UMNO SUDAH HABIS GAS


KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

Parti Islam SeMalaysia (Pas) menyifatkan umno sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas kerana mencalonkan Tan Seri Isa Samad sebagai calon PRK di Bagan Pinang pada 11, Oktober 2009.

Pencalonan beliau menggambarkan umno sudah kehilangan orang yang berwibawa dan calon yang bersih dari segi moral dan rasuah. Sabitan kesalahan rasuah telah menyebabkan beliau kehilangan jawatan Naib Presiden dan Menteri Wilayah Persekutuan oleh jawatankuasa tatatertib umno.

Mungkin pencalonan beliau, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak terhutang budi kepada Tan Seri Isa Samad sewaktu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan satu ketika dahulu.

Kita mengharapkan semua pengundi yang berada di Bagan Pinang adalah mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh akan membuat perhitungan yang tepat untuk memilih wakil rakyat di kawasan mereka.

Sebagai mana sedia maklum Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang mempunyai ramai pengundi tentera yang kita tahu mereka adalah orang yang berdisiplin dan bermoral tidak akan rela berketuakan orang yang telah terpalit dengan rasuah.

Perlantikan Tan Seri Isa sebagai calon adalah satu kayu ukur, hendak menunjukkan bahawa pemimpin umno tidak ada kesungguhan memerangi rasuah. Kajian Transparency International (TI), menunjukan rekod Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 sedangkan tahun 2007 indeks rasuah hanya tangga 43.

Oleh itu Pas menyeru pengundi Bagan Pinang selamatkan negara daripada berketuakan parti perasuah yang boleh membinasakan negara.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

GEMPA BUMI SUSULAN DIJANGKA AKAN BERTERUSAN BEBERAPA HARI

MASIH HIDUP... Renni Agreni, 27, diselamatkan oleh tentera Indonesia dalam operasi menyelamat runtuhan bangunan di Jalan Sawahan, Padang, Indonesia akibat gempa bumi berukuran 7.6 skala ritcher yang berlaku semalam. --fotoTHE STAR Oleh AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR : Gegaran susulan dijangka akan berterusan untuk beberapa hari ekoran gempa bumi berskala 7.6 Richter yang berlaku di Padang, Sumatera barat, semalam.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang kerana kekuatan gempa bumi susulan yang berlaku hari ini dan pada beberapa hari akan datang dijangkakan semakin lemah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

JMM berkata sejak semalam, lapan gegaran susulan direkodkan berskala 4.5 hingga 6.8 Richter.

Satu daripadanya sekuat 6.8 skala Richter turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53 pagi hari ini iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"JMM akan sentiasa memantau dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku serta mengeluarkan amaran sekiranya berlaku ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya.

JMM berkata gempa bumi yang menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk di Padang telah menyebabkan tsunami kecil setinggi 0.27m sekitar Padang dan tidak mengancam Malaysia.

Ramai lari keluar dari bangunan tinggi di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung apabila gegaran turut dirasai petang semalam. BERNAMA

Read more...

TSUNAMI : SEKURANG-KURANGNYA 82 MAUT DI SAMOA

>> 30 September 2009



Sebuah bot dari Malaloa Marina kelihatan terdampar di pinggir jalan utama di sebuah kampung di Fagatogo, Samoa Amerika selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa. Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.--fotoAP

PAGO PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 82 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa, dengan angka korban dijangka meningkat.

Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Menurut seorang jurucakap Taman Negara Amerika Samoa yang memetik daripada supritendan taman tersebut, Mike Reynolds, empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter melanda sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP

Read more...

GEMPA BUMI DI SELATAN SUMATERA, GEGARAN DIRASAI DI SEMENANJUNG

Gempa Bumi Di Selatan Sumatera, Gegaran Dirasai Di Semenanjung

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

-- BERNAMA

Read more...

ALLAHUAKBAR


Biodata Calon PAS PRK N31 Bagan Pinang :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAANUMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN, FARAH WAHIDAH 18TAHUN, MOHAMAD FADLI 14 TAHUN, MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN, FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN, DAN MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

Read more...

TOLAK ISA/BN

>> 29 September 2009

Read more...

RENUNGAN BERSAMA SEJARAH 2005 BAGI CALON BN BAGAN PINANG



Kuala Lumpur, 26 Jun 2005 : Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun lalu.

Dalam pertandingan tujuh penjuru bagi jawatan itu, Mohd. Isa berada di kedudukan teratas dengan 1,507 undi diikuti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mendapat 1,329 undi, manakala Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat ketiga dengan 1,234 undi.

Penggantungan ini telah mengesahkan segala desas desus berhubung kemenangan besar beliau dalam Pemilihan UMNO yang lalu. Ini sekaligus menunjukan bahawa UMNO bukan sahaja busuk diperingkat bawahan tetapi sememang membusuk dari peringkat atasan.

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO ini benar – benar mencalarkan karier politik Mohd Isa. Beliau seharusnya berundur serta merta sebagai Ahli Parlimen. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga mendesak agar beliau meletakan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan memandangkan beliau juga telah melanggar kod etika penjawat awam.

Jika dirujuk pada Akta Pencegahan Rasuah 1997, beliau kini seharusnya sudah merengkok didalam penjara. Perenggan ke 11, Akta Pencegahan Rasuah 1997 telah menyatakan bahawa;

11. Jika-

(b) mana-mana orang secara rasuah memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya;

dia adalah melakukan suatu kesalahan.

Perenggan ke 16 pula menyatakan bahawa;

16. Mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15 boleh apabila disabitkan-

(a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun; dan

(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Malangnya UMNO telah memutar belitkan perkataan RASUAH kepada POLITIK WANG dan menghalang Badan Pencegah Rasuah untuk membuat siasatan berdasarkan perundangan Negara dengan alasan bahawa perbuatan itu terkandung dalam soal – soal peribadi UMNO.

Amat jelek rasanya bila Wilayah Persekutuan diwakili oleh seorang Menteri yang jelas mengamalkan rasuah. Baru – baru ini juga, beliau telah kemaruk Kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur dan cuba mengurangkan kuasa yang telah diperuntukkan dalam Perundangan Kerajaan Tempatan.

Perbuatan beliau ini adalah satu perkara yang amat memalukan UMNO kerana status beliau bukanlah Ketua Cawangan, beliau adalah pemimpin tertinggi Nombor Tiga dalam UMNO. Beliau gagal menunjukan sikap yang baik dan seharusnya beliau keluar dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan dikeluarkan dari senarai ahli Kabinet.

ar_rawa

Read more...

HE HE HE....! ISA SAMAD CALON BAGAN PINANG

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, kata Dr Mahathir lagi, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".(malaysiakini)

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP