Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

UMNO PATUT HALALKAN POLITIK WANG

>> 09 Oktober 2009



KUALA LUMPUR, 9 Okt: Umno sepatutnya menghalalkan secara rasmi amalan politik wang dalam pindaan perlembagaan parti itu pada perhimpunannya dari 13 hingga 16 Oktober ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Oleh kerana (Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) yang dilaporkan 'didapati bersalah terlibat dalam politik wang' boleh menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, saya tidak nampak sebarang sebab mengapa Umno tidak boleh menghalalkan perbuatan itu dalam pindaan perlembagaannya," kata beliau.

Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengesahkan bahawa apa yang dilakukan oleh Isa itu "bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini".

"Lagi pun, bekas Presiden Umno, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri menyatakan 'Umno sudah jadi parti perasuah'.

"Dengan perisytiharan Dr Mahathir itu, tidak perlu lagi Umno cuba membuat tayangan ulangan kepada rakyat negara ini kononnya hendak menghapuskan politik wang sebab rakyat sudah menerima dan yakin sepenuhnya kepada perisytiharan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'," kata Mahfuz.

Jika Isa bersih dan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang negara setelah beliau dilaporkan didapati bersalah terlibat dalam politik wang, katanya, Umno juga patut menarik balik hukuman ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan 26Mac lalu.

Ali menerima hukuman itu kerana apa yang dilaporkan sebagai kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

"Jika hukuman terhadap Ali tidak ditarik balik dan pertandingan timbalan presiden Umno tidak diadakan semula sedangkan beliau mendapat pencalonan yang begitu banyak, ia amat tidak adil kepadanya ketika Isa boleh bertanding sebagai calon BN dan diiktiraf pula tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang negara oleh Presiden Umno sendiri," katanya.

Mahfuz juga yakin, jika politik wang dihalalkan dalam Umno, parti itu akan bertambah kukuh dan aman kerana tidak ada lagi ahlinya yang menunjuk perasaan kerana marah terhadap tindakan ke atas mereka yang terlibat dalam politik wang.

30 Januari lalu, sekumpulan ahli Umno mengadakan demonstrasi membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Mereka berdemonstrasi di pekarangan Menara Dato Onn yang menempatkan ibu pejabat Umno dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Mahfuz juga berharap Umno akan melantik peguam untuk membela ahli-ahlinya yang menghadapi tindakan undang-undang kerana politik wang.

"Oleh kerana Isa sudah boleh menjadi calon BN kerana Najib sendiri yang menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Umno itu 'bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini,' adalah tidak adil jika (bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk) Norza Zakaria serta ahli Jawatankuasa Umno Maran, Halimi Kamaruzzaman umpamanya dibiarkan sendiri-sendiri menghadapi tindakan mahkamah.

"Umno sepatutnya menghantar panel peguamnya untuk membela mereka kerana presidennya sendiri mengesahkan perbuatan Isa yang dilaporkan 'didapati bersalah terlibat dalam politik wang' sebenarnya 'bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini'.

"Memang patut sangat Umno menghantar panel peguam membela mereka kerana Isa sendiri menyatakan 'politik wang bukan rasuah'," kata Mahfuz.

13 Mac lalu, Norza dan Halimi didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan dalam pemilihan Umno.

Sebelum itu, dalam siasatan ke atas Halimi, beliau mendakwa telah dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM, ditendang di bahagian rusuk dengan lutut, dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel, dicekik sehingga tidak bernafas, ditolak ke dinding, ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai, diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali dan diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan.

Malah beliau mendakwa, mereka juga mengugut akan menangkap dan membogelkan isterinya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakarialah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwa beliau dalam satu aduan polis._(harakahdaily)

Read more...

ROS : PAKATAN RAKYAT BOLEH BERGABUNG

>> 08 Oktober 2009



Pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak terpakai bagi parti politik, kata Ketua Pengarahnya Datuk Md Alias Kalil.

Katanya, syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

"Saya nak jelaskan di sini, syarat itu tak terpakai untuk parti politik sebab mereka sudah bertaraf nasional, tetapi kalau pertubuhan tidak berstatus kebangsaan mahu menjadi pertubuhan kebangsaan mereka perlu ada tujuh wakil dari negeri-negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Md Alias diminta mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa pakatan pembangkang boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.

Kenyataan Wan Ahmad itu rentetan dakwaan bahawa Pakatan tidak boleh berbuat demikian kerana tidak memenuhi syarat iaitu perlu ada tujuh anggota sebelum boleh didaftarkan sebagai sebuah gabungan.

Md Alias juga menolak dakwaan pemimpin parti pembangkang bahawa syarat-syarat pendaftaran yang ada menyukarkan mereka untuk merasmikan pakatan mereka.

"Syarat-syaratnya biasa sahaja seperti mesti ada perlembagaan parti seperti BN dan ini mereka kena usahakanlah. Tapi tak adalah menyusahkan seperti yang didakwa mereka.

"Tapi bagi saya soal ini tidak timbul kerana sehingga kini kami tidak menerima permohonan daripada mereka untuk membentuk satu gabungan," katanya.

Selasa lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan supaya pakatan pembangkang mendaftarkan gabungan itu

dengan ROS bagi membolehkan mereka meletakkan bendera parti masing-masing sebagai tujuan kempen semasa pilihan raya kecil diadakan.

Ini kerana berdasarkan peraturan SPR hanya parti politik yang bertanding sahaja boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun kenyataan Abdul Aziz mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang mendakwa pakatan pembangkang tidak boleh mendaftar dengan ROS kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota.
Pakatan pembangkang dianggotai PKR, DAP dan PAS. BERNAMA

Read more...

OKU TIDAK DAPAT PERHATIAN SEWAJARNYA



TELUK INTAN - Kehilangan kaki kanan akibat diabetes menyebabkan hidup seorang warga emas di sini begitu sengsara kerana tidak mampu lagi bekerja dan menguruskan diri dengan sempurna.

Juwareyah Che’ Nan, 55, hanya dapat bergerak dalam rumahnya kerana kaki hingga bahagian betisnya dipotong setahun lalu.

Mempunyai seorang anak dan bergantung harap kepada suami, Juwareyah tetap tabah menghadapi dugaan yang dikurniakan Tuhan terhadap dirinya kerana menganggap semuanya sebagai takdir.

“Saya bukanlah jenis yang meminta-minta tetapi jika ada pihak sudi membantu, saya menerima seadanya asalkan tidak memberikan kesusahan kepada keluarga.

“Setakat ini, hanya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang membantu dengan memberikan kaki palsu untuk digunakan tetapi saya tidak boleh memakainya kerana terlalu sakit,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Kelab Penyokong Pas Teluk Intan di rumahnya, di Kampung Esso, Jalan Maharaja Lela, di sini.

Hadir memberikan sumbangan, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Teluk Intan, Sheikh Kabir Mahdin berserta rombongan dari Kelab Penyokong Pas yang diketuai bekas Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Harcharn Singh.

Juwareyah berkata, sepanjang setahun menanggung penderitaan, wakil pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang melihat keadaannya tetapi tiada bantuan yang diterimanya.

“Wakil JKM itu meminta saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan tetapi mereka tidak berfikir yang saya tidak mampu bergerak tanpa bantuan orang lain,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sumbangan dan bantuan yang diterimanya sebelum ini sangat dihargai kerana masih ada pihak yang sudi membantu serta prihatin terhadap dirinya itu. (sinar harian online)

Read more...

PETUGAS PAS DITETAK OLEH PENYOKONG BN


Tiga penyokong PAS cedera dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan lelaki, dipercayai penyokong BN, berpunca daripada "perang poster" di Si Rusa, dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal pagi ini.

Seorang petugas PAS Ammeran Mad berkata beliau melihat kira-kira 50 orang penyokong BN, termasuk yang bersenjatakan parang, menyerang pekerja-pekerja parti PAS dalam kejadian pada kira-kira jam 1-2 pagi itu.

Selain bilik gerakan PAS di Si Rusa, tiga lagi bilik gerakan parti berkenaan diserang oleh kumpulan yang didakwa sebagai anggota Pemuda Umno, Ammeran memberitahu Malaysiakini ketika ditemui di hospital Port Dickson tengah hari ini.

Beliau, yang berada di tempat kejadian di markas induk Pemuda PAS, ke hospital untuk menziarahi ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 20 hingga 30 tahun tetapi dimaklumkan mereka hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar jam 6.45 pagi ini.

Ammeran, seorang penduduk tempatan, berkata kumpulan yang terdiri daripada individu tidak dikenali itu pada mulanya mendakwa pekerja parti PAS berkenaan telah menurunkan bendera BN di kawasan berkenaan.

Ketiga-tiga mangsa, antara mereka yang bersemuka dengan kumpulan berkenaan, bagaimanapun menafikan berbuat demikian.

Kumpulan berkenaan kemudian bertindak liar dan mula memukul penyokong PAS serta memecahkan cemin kenderaan di bilik gerakan tersebut.

Ammeran juga berkata, tiga lagi bilik gerakan peti undi dalam kawasan berkenaan turut diserang oleh kumpulan sama dalam kejadian antara jam 2 hinggga 5 pagi ini.

Ketiga-tiga penyokong PAS yang cedera itu dikenali sebagai Muhd Zulhairi Zainuddin, 20, Shamsul Bakri, 30 dan Muhd Nazaruddin Md Isa, 23.

Muhd Zulhairi dan Shamsul Bakri berasal dari Johor, manakala Muhd Nazaruddin dari Kedah.

Akhbar rasmi parti itu Harakahdaily.net melaporkan, selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Ramai lagi petugas PAS dipukul, lapor akhbar web itu lagi, malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Foto-foto yang diterbitkan akhbar itu menunjukkan seorang petugas, yang tidak dinamakan, berdarah di kepala dan baju merahnya koyak di bahagian belakang, dilaporkan akibat ditetak dalam serangan tersebut.

Pemuda PAS berhasrat membuat aduan polis jam 6 petang ini di balai polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga.

"Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," ketua dewan itu Nasaruddin Hassan dipetik berkata.

Read more...

NAK NIPU SAJE....

>> 06 Oktober 2009


PAS mendakwa berjaya mengesan kira-kira 200 orang yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk menggunakan kad pengenalan tentera, pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang."Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian berganda.

"Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera dan ada kad pengenalan awam," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos.

Sehubungan itu, tambahnya, rombongan pemimpin PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok.(malaysiakini)

Read more...

BENARKAH MAT BUNGA NI TELAH DITUMBUK...?

>> 05 Oktober 2009







Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebu

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

Read more...

UNDI POS DIGUNAKAN MENANGKAN BN SEJAK PRU 1 1959...MASYA ALLAH

KUALA LUMPUR, 5 Oktober: Percaya atau tidak, itulah realiti sebenar bermulanya penyelewengan undi Pos yang diguna parti pemerintah untuk meneruskan legasi kekuasan mereka.

Seorang bekas pegawai tentera, Brigadier Jeneral (B) Datuk Zakaria bin Hj Dahlan menceritakan, pada hari tersebut beliau berada di dalam hutan untuk latihan.

Beliau dimaklumkan kertas undi pos akan dihantar dengan helikopter kepada semua anggota yang terlibat dengan latihan tersebut.

"Perkara yang saya tidak boleh lupa adalah pada Pilihan Raya Umum pertama tahun 1959. Waktu itu saya dalam hutan, helikopter sampai dan saya berada di bawah untuk sambut bungkusan kertas undi pos.

"Malangnya ia jatuh dalam paya. Saya dapatkan bungkusan itu dan keringkan kesemua kertas undi pos itu untuk dibahagi kepada anggota yang terlibat.

Image "Tiba tiba dapat arahan supaya sarjan mengumpulkan semua kertas-kertas undi itu, dan pangkah kesemuanya tanpa perlu diberi kepada anggota, " ceritanya sepenuh hati.

Beliau yang terlibat dalam ketenteraan lebih dari 30 tahun berkata, undi pos sememangnya talian hayat pemerintah sejak dari dulu.

Mereka mengarahkan pegawai-pegawai atasan supaya memastikan undi pos memberi kelebihan kepada mereka.

"kadang-kadang anggota tidak tengok pun kertas undi, tetapi bila dicek, dia sudah membuang undi, katanya lagi

Pada beliau, amalan undi pos sudah menyimpang jauh dari maksud sebenar. Melihat zaman sekarang ini katanya, undi pos tidak lagi sesuai kepada anggota yang menetap dalam kem.

"Pada zaman saya dahulu, undi pos adalah melalui pos, ataupun diterbangkan dengan helikopter dijatuhkan dari udara kepada anggota dalam hutan sahaja.

"Tapi sekarang, undi pos adalah anggota-anggota yang bermastautin dan bermukim dalam kem, sepatutnya tidak perlu undi pos kerana mereka boleh hadir mengundi seperti orang awam lain mengundi," katanya.

Seorang lagi bekas pegawai tentera Brig Jeneral Hj Abdul Ghani B Hj Mahluddin, turut mendedahkan perkara sama.

ImageBeliau yang tidak bersetuju dengan pengendalian undi pos mengakui, pernah diadu oleh rakan rakan tentera yang lain berhubung tindakan salah guna undi pos tersebut.

Mereka menceritakan bagaimana mereka diarah memangkah kesemua kertas undi pos untuk anggota anggota bawahan.

"Tidak kurang dari 10 orang berpangkat koperal dan sarjan datang minta maaf pada saya. Mereka beritahu pada Pilihan Raya lepas mereka telah diarah bangun tengah malam, waktu anggota lain sedang tidur.

"Beberapa pegawai atasan mengarahkan mereka menuang semua kertas undi atas meja dan menyuruh mereka memangkah BN kesemuanya," katanya.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Beberapa tindakan telah dibuat Pakatan rakyat khususnya dalam usaha membebaskan anggota tentera dari dikongkong parasaan takut akibat beberapa prosedur undi pos.

Antaranya cetakan no siri anggota pada Borang 2 yang membolehkan mereka dikesan mengundi parti pilihan mereka.

Read more...

SIAPA NAK BERTANGGUNGJAWAB ?

>> 04 Oktober 2009



"Sekarang saya rasa sangat loya dan nak muntah. Belakang tengkuk saya rasa sakit sangat," katanya lagi. - Azeez

Read more...

NIZAR : ANTARA KUIH BULAN DAN BN


Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan BN lebih teruk daripada dinasti Mongol Yuan di China dan menggesa pengundi Cina di Bagan Pinang supaya mengikut 'jejak langkah' nenek moyang mereka dengan menolak calon BN.

Berucap di satu majlis sambutan pesta tanglung di Bagan Pinang malam tadi, menteri besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, festival tersebut adalah mengenai "menumbangkan satu rejim yang kejam".

Dan mengenai cerita mengenai bagaimana kaum Han pada Abad ke-14 menggunakan 'kuih bulan' untuk mengedarkan mesej menentang dinasti Yuan, Nizar menggesa penggundi Cina di Bagan Pinang untuk"menolak BN".

Nizar mendakwa, BN lebih kejam daripada dinasti Yan kerana mereka telah merampas hak rakyat di Perak.

Beliau merujuk kepada tindakan BN mengambil alih pentadbiran kerajan negeri daripada Pakatan Rakyat Februari lalu, selepas tiga wakil rakyat Pakatan keluar parti dan menyokong BN,

Nizar juga mengingatkan bahawa jika calon BN, Tan Sri Isa Samad menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, ia boleh menjejaskan kestabilitan di Negeri Sembilan kerana beliau akan menjadi ancaman kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan.(malaysiakini)

Read more...

MISI CALON PAS N31 BAGAN PINANG


Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Zulkefly dalam temubual dengan Malaysiakini di rumahnya di Port Dickson hari ini berkata isu tersebut akan dibawa oleh pertubuhan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beliau akan turut diperjelaskannya kepada pengundi.

"Jerit sudahpun turun untuk menemui mereka," katanya dan menambah perkara itu turut disentuh dalam ceramah Pakatan Rakyat dalam kempennya.

Dalam ceramah di Markas PAS Batu 4 malam tadi, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan mendakwa, BN lebih senang mengambil sikap "menyusukan kera di hutan" dalam menangani tuntutan pekerja ladang berkenaan.

Zulkefly menjelaskan isu berkenaan perlu diketengahkan kepada pengundi berpendapatan rendah di kawasan berkenaan yang didakwanya tidak mendapat perhatian oleh kerajaan BN.

Pantai tercemar

Menurutnya lagi, beliau juga akan menemui keluarga nelayan di sekitar Batu 7, 8 dan 9 yang terjejas pendapatan mereka akibat buangan industri ke kawasan pantai berkenaan.

"Mereka ini adalah nelayan pantai. Apabila pantai tercemar akibat pembuangan toksik, tangkapan mereka terjejas.

"Jadi mereka perlu keluar lebih jauh ke tengah laut dan ini meningkatkan kos mereka.

"Mereka sepatutnya diubah supaya menjadi nelayan laut dalam," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Intan Duyung pagi ini.

Beliau turut menyentuh mengenai masalah tekanan air rendah yang sering dialami penduduk Bagan Pinang dan masalah banjir.

"Ini semuanya berlaku semenjak bekalan air diswastakan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains). Penduduk juga mengadu kerana bil tinggi.

"Masalah banjir itu banjir biasa yang berlaku selepas hujan kerana perparitan tidak sempurna," jelasnya lagi.

Pengundi pos

Beliau bagaimanapun enggan mengulas strateginya bagi memenangi undi pos dari anggota tentera di Bagan Pinang. Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata semakan PAS mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos, yang benar-benar berada di Bagan Pinang.

"Saya tidak ada maklumat itu. Itu biarlah kepimpinan strategi PAS yang jelaskan. Tumpuan saya di sini adalah untuk menemui pengundi dan menjelaskan mengenai rekod PAS dalam memberi khidmat kepada penduduk di sini," kata Zulkefly.

"Contohnya dalam kes JE di Bukit Pelanduk. Ramai penternak babi di situ yang terjejas dan kita telah tolong mereka untuk dapatkan bantuan. Setakat ini masih ada 132 keluarga yang masih terjejas di kawasan itu," katanya,

Menurut Zulkefy lagi, walaupun Bukit Pelanduk tidak termasuk dalam kawasan pilihan raya DUN Bagan Pinang, semasa penamaan semalam, ada penduduk dari kawasan itu membawa sepanduk tentang JE.

"Ini menunjukkan isu ini sudah lama, semenjak sebelum Isa Samad menjadi MB lagi, tetapi masih belum berjaya diselesaikan oleh BN," tambahnya.(malaysiakini)

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP