Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

MEDIA PERDANA TAKUT LAPOR PERKARA SEBENAR

>> 18 September 2010


KOTA BHARU, 18 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap wartawan masa kini dapat membuat keputusan sendiri dalam membuat laporan berita dalam konteks negara Malaysia.

Ini, katanya kerana banyak media arus perdana tidak melaporkan perkara yang sebenar terutamanya apabila berkaitan dua kumpulan besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

“Kita lihat di negara kita kini, media arus perdana begitu takut untuk melaporkan perkara sebenar, oleh itu saya rasa wartawan yang hadir malam ni kena fikir balik dan jangan lagi duduk dalam akhbar yang bersekongkol dengan pemimpin yang rasuah dan politik dunia semata-mata,” ujar beliau pada majlis dialog dengan wartawan sempena Idulfitri di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS membuat perbandingan dua akhbar arus perdana di mana ada yang hanya menyiarkan berita dari pihak kerajaan Pusat sahaja dan satu lagi menyiarkan bagi kedua-dua pihak.

Ini, katanya menyebabkan rakyat Kelantan kini semakin kurang memilih akhbar yang hanya berpihak kepada satu pihak sahaja.

Semasa sesi dialog dibuka, wakil akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Bernama, Harakah, Sin Chew Daily dan Astro Awani mengambil bahagian untuk bertanyakan pelbagai isu dan dijawab mesra oleh Menteri Besar.

Di antara isu yang dibangkitkan ialah ada akhbar arus perdana yang seolah-olah dipinggirkan dalam program Menteri Besar dan kesukaran mendapat maklumat tepat dari pihak kerajaan negeri dalam pelbagai isu.

Nik Aziz ketika menjawab persoalan tersebut berkata, mereka bukannya dipinggirkan tetapi media itu sendiri yang menjauhkan diri dari berhadapan dengan kenyataan yang sebenar.

“Saya tahu wartawan ni pada hakikatnya menulis apa yang dilihat sendiri tetapi maklumlah bila kerja dengan akhbar milik Pusat, apa yang dibuat oleh kita serba tak kena dan susahlah mereka nak laporkan perkara sebenar.

“Saya rasa cukuplah kerja dengan mereka ni, buat kerja secara jujurlah sebab di akhirat nanti akan ditanya semua ni,” katanya lagi.

Read more...

Perutusan Hari Malaysia Presiden PAS

>> 16 September 2010



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat dalam negara kita bersempena dengan penubuhan sebuah negara yang dinamakan Malaysia pada 16 September 1963 yang lalu.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini dalam ucapan saya di Muktamar Agung PAS yang lalu, saya menghuraikan bahawa kita adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara Malaysia yang mengandungi kepelberbagai etnik, yang berasal dari berbagai bangsa dan datang daripada berbagai negara. Ini pula ditambah dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.

Kerencaman ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. Inilah yang kita lihat setelah 47 tahun negara Malaysia diwujudkan, dengan kelemahan pimpinan UMNO-BN yang sepatutnya sudah membawa negara tercinta ini berdiri teguh dan mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat.

Asas yang perlu dipertahankan ialah kesemua etnik yang membina negara Malaysia ini perlu dilayan dengan adil dan saksama, kerana Islam menekankan bahawa kecenderungan untuk memperlekehkan orang lain adalah sifat buruk yang mesti dijauhi.

Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam manakala sikap berlaku adil pula adalah merupakan ciri taqwa orang yang beriman. Adalah sesuatu yang janggal apabila seseorang itu mengaku bertaqwa kepada Allah tetapi gagal melaksanakan keadilan yang sebenar.

PAS bukan sahaja akan mempertahankan hubungan baik pelbagai kaum ini dengan berasaskan sikap Islam sebenar yang dinyatakan oleh Al Quran dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, bahkan PAS komited untuk menjadikan kewujudan pelbagai etnik ini sebagai rempah yang boleh memperkasakan negara Malaysia itu sendiri.

Allah SWT menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam Surah al Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
16 September 2010 | 7 Syawal 1431 Hijriah

Read more...

KENAPA KAMI PILIH PAS...? Betul betul betul...!



1. Islam sebagai dasar perjuangan.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam
Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,
“Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia”. Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati.

Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara). Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.

2. PAS dipelopori oleh gerakan Ulama’.

3. Pas mementingkan dakwah dan tarbiah. Ia bukan semata-mata parti politik bergerak musim
pilihanraya sahaja.

4. Pas mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan Pas di Kelantan dan Kedah sudah teruji.

5. Kepimpinan yang menggabungkan ulama’, profesional dan aktivis.

6. PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam, bukan perkauman.

7. PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah.

di Kelantan, walaupun orang bukan Melayu minoriti.

8. Pas juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

9. Pas memperjuangkan bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Kebangsaan.

10. Memimpin PAS satu amanah bukan kebanggaan.

11. Pas mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaan hasil bumi diagih kepada rakyat yang memerlukan.

13. Pas mengambil berat kepada pembentukan akhlak kerana ia adalah kekuatan tamaddun sebuah negara.

14. Pas berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama.

15. Perjuangan Pas menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Read more...

47 TAHUN, SABAH SARAWAK TAK DIPEDULI

Setelah 47 tahun bergabung dalam Malaysia, kedudukan istimewa bumilim guan eng pc on doctored pix and penang bridge 25th anniversaryputera di Sabah dan Sarawak masih tidak dipedulikan manakala kedudukan ekonomi rakyat di kedua-dua negeri itu juga masih menyedihkan, kata ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, menurut Lim, pada masa yang sama, ada "pihak-pihak tertentu" yang mengaut keuntungan besar daripada negeri itu tanpa mempedulikan nasib anak negeri.

"Di satu sudut, ada pihak di semenanjung yang berjuang mempertahankan kedudukan istimewa Bumiputera yang mereka anggap sebagai hak asasi dan dianggap tidak boleh dibincangkan sama sekali.

"Di satu sudut yang lain pula, para pejuang ini tidak mempedulikan kedudukan istimewa yang sama untuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Dalam satu kenyataan sempena sambutan hari Malaysia esok, Lim berkata, gagasan Malaysia diharap membawa kepada perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat melalui perkongsian dan pengagihan sumber yang lebih adil.

NONEKatanya, jika kerajaan pusat benar-benar mahu menjamin dan melindungi keistimewaan Bumiputera, ia perlu memastikan pelaksanaan keadilan untuk semua Bumiputera tanpa mengira suku, kaum, agama dan kedudukan geografi.

Sehubungan itu, tambahnya, kerajaan perlu memastikan Sabah dan Sarawak menikmati peluang-peluang yang sama seperti yang dinikmati oleh negeri-negeri di semenanjung.

NONESementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata setelah sekian lama Malaysia terbentuk, kita boleh boleh lagi "menyapu sampah ke bawah tikar" dalam menangani pelbagai persoalan seperti isu urus tadbir kerajaan yang lemah.

Katanya, perkara itu akan mengheret pelbagai isu rasuah, penyelewengan serta masalah sosial seperti jenayah, kemiskinan serta prejudis kaum dan agama yang tebal.

"Setiap masalah yang muncul perlu dihadapi untuk penyelesaian tuntas. Ini hanya dapat dilakukan dengan penegasan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban," kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

"Suka atau tidak, ia perlu dilakukan agar disiplin pengurusan ekonomi yang mapan dapat mengambil tempat."

Read more...

TERUSKAN USAHA PENTARBIYYAHAN DIRI DALAM BULAN SYAWAL - PJ PERAK



IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyeru agar umat Islam meneruskan pentarbiyahan diri dengan berpuasa enam di bulan syawal.

Menurut beliau, Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal telah tiba. Namun tarbiyah Ramadhan diikuti tarbiyah Syawal juga tarbiyah bulan-bulan lain semuanya dan berkesinambungan dengan ketaatan dan ibadah merupakan bukti penerimaan Ibadah kita di bulan Ramadhan.

Beliau menyatakan lagi bahawa, Puasa sunat di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah di antara peluang terbaik kerana orang yang berpuasa masih berada pada ketaatan dan ibadah yang lain setelah selesai puasa Ramadhan.

Jikalau tanda penerimaan sesuatu ibadah ialah kecenderungan melakukan ibadah seterusnya, maka puasa 6 Syawal selepas Ramadhan adalah bukti kesyukuran orang berpuasa kepada Allah kerana memberi taufik kepada puasa Ramadhan dan menambahkan kebaikan, sepertimana puasanya sebagai bukti kecintaan kepada ibadah dan ketaatan dan kecenderungan untuk meneruskan jalan ibadah. Bahkan ia seakan-akan suatu perjanjian dengan Allah untuk bersungguh-sungguh beribadah dan melaksanakan ketaatan kerana ia tidak mahu hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan dan meninggalkan ibadah selepas Ramadhan.

Read more...

MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID DAN KOMPLEKS BALAI ISLAM KM4 JALAN CHANGKAT JONG

>> 15 September 2010



Pihak Jawatankuasa Pembinaan Pembinaan Masjid KM4, Sri Taman Cicely, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan merayu kepada orang ramai agar dapat memberi sumbangan berupa wang derma, sedekah, wakaf, dan zakat untuk pembinaan masjid tersebut. Lokasi tapak masjid tersebut ialah di Jalan Changkat Jong, bersebelahan SK Perwira dan Hospital Teluk Intan di atas tanah seluas 5.4 ekar (20.241 meter persegi). Anggaran kos pembinaan masjid ialah RM20 juta.

Sekarang, penduduk Islam di sekitar kawasan ini menggunakan Surau Diri Jumaat Hidayatul Islamiah yang terletak di Taman Cicely. Namun memandangkan pembangunan yang begitu pesat di sepanjang Jalan Changkat Jong maka amat wajarlah sebuah masjid dibina di kawasan tersebut bagi menampung para jemaah.

Menurut Setiausaha Jaatankuasa Pembinaan Masjid Sdr. Harudin bin Imam Turmudi, selain masjid turut didirikan ialah dewan serbaguna dan kuaters pegawai. Menurut beliau lagi, masjid tersebut mengandungi dewan solat utama yang mampu menampung 3000 jemaah pada satu masa, limpahan ruang solat, ruang solat wanita, bilik imam, pejabat, bilik VIP, tandas lelaki/wanita, bilik wudhu', bilik urusan jenazah dan ruang dapur.

Dicadangkan pembinaan kuarters sewa bilik bagi kemudahan para pengunjung hospital yang perlu bermalam selain disediakan ruang kedai menjual peralatan dan keperluan urusan jenazah serta kedai makan.

Menurut beliau lagi, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah meluluskan cadangan pembinaan masjid dan kompleks balai Islam di dalam fail Bil (48) JAIP/BPM/10/1 Jld.2 bertarikh 15 Mei 2007. Pihak jawatankuasa juga telah mendapat kebenaran dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memungut wang bagi tujuan tersebut dalam fail MAIAMP/05-PD/0066-M. Di samping itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah meluluskan pelepasan cukai bagi setiap penderma pembinaan masjid ini.

Segala sumbangan boleh dibuat dalam bentuk tunai/cek/kiriman wang/draf bank atas nama BENDAHARI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID di alamat Jawatankuasa Pembinaan Masjid KM4 Teluk Intan, No. 149, Taman Cicely 36000 Teluk Intan atau salurkan terus sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB Cawangan Teluk Intan) nombor akaun : 08031010036467. Atau boleh menghubungi terus kepada Pengerusi jawatankuasa 019-3309114 / Setiausaha 012-4642669

Read more...

PEGUAM DI MALAYSIA BAKAR ORANG, PEGUAM DI AUSTRALIA BAKAR QUR'AN

>> 14 September 2010


"Sungguh hangat dan menggemparkan putaran berita dan kejadian seminggu dua ini.Dari kisah kehilangan dan pembunuhan kejam Sosilawati dan 3 yang lain oleh seorang peguam serta kuncu-kuncunya hinggalah kepada berita bakar naskah kitab Al-Quran oleh seorang peguam di Australia.

Apa yang berlaku di terhadap Sosilawati dan rakan-rakan beliau di kutuk oleh seluruh rakyat di Malaysia sementara apa yang dilakukan oleh Alex Stewart, peguam di Universiti Teknologi Queensland, Australia tersebut dikutuk oleh umat Islam di seluruh dunia.

Mereka sedang menunggu hukuman masing-masing.Peguam di Malaysia telah pun di tangkap dan bakal diadili.Sementara peguam di Australia dijangka akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana selain reaksi dan tindakbalas susulan yang boleh dijangka dari umat Islam seluruh dunia terhadap beliau.

Tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam ini melangkaui pemikiran yang waras dan manusia yang bertamadun.Tidak dapat di capai fikiran apa yang telah mereka lakukan.



Kedua-duanya professional, bukan calang-calang kerjaya yang mengundang rasa hormat dan dipandang tinggi oleh masyarat.Bukanlah menghina golongan peguam(hanya kebetulan kedua-duanya adalah peguam), cuma sebagai contoh bahawa manusia sepandai mana dan seprofessional mana pun jika tidak ada perikemanusiaan dan pertimbangan yang waras, beginilah jadinya.Padahal jika dikirakan, sebagai pengamal undang-undang tentulah mereka lebih tahu kesan dan akibat perbuatan mereka berbanding dengan orang awam.Begitulah bila nafsu dan syaitan menguasai diri.



Justeru kerana itu di dalam Islam, sepandai-pandai dan seprofessional setara mana pun seseorang tidak kiralah peguam atau doktor atau engineer atau saintis(sebagai contoh), tiada guna kalau tiada iman dan Islam serta kerjaya dan kehidupan tidak didasarkan kepada Islam.Seorang petani dan tukang sapu sekolah yang menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup tentulah lebih baik daripada golongan professional yang tergelincir dan menentang Allah. Benarlah, Allah tidak memandang pangkat, kedudukan dan harta.Yang paling mulia disisi Allah ialah mereka yang bertaqwa.



Di dalam kejadian ini, kebetulan kedua-duanya ialah bukan Islam.Tetapi sebelum ini pun banyak kes-kes jenayah yang kejam dan hina pelaku-pelakunya ialah orang Islam sendiri.Kita sibuk mencari jalan penyelesaian, bagaimana ingin mengatasi perkara ini.Cadangan itu dan ini.Saranan begitu dan begini.Tanya professor tu tanya kaunselor ini.Kenapa tidak kembali kepada fitrah kita sebagai manusia yang lemah.Kenapa tidak ingin meletakkan hukum Allah sebagai kaedah penyelesaian.Itulah jalan penyelesaian terbaik dan dustur yang tertinggi.Dia yang menciptakan kita, tentulah Dia tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya.



Kenapa kita masih berdegil.Tidak takutkah kita nanti kita pula yang akan di bakar?

Read more...

NYAWA SOSILAWATI MUNGKIN SELAMAT JIKA POLIS DAPAT SELESAI ADUAN SEBELUM NI...


KUALA LUMPUR, 13 Sept - Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

“Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati (gambar) dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu.

“Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

“Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu,” kata beliau.

Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas.

“Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu,” kata beliau lagi.

Dua orang peguam adik-beradik termasuk seorang yang bergelar “Datuk” yang dipercayai menjadi “dalang” kejadian pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain yang dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu.

Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan.

Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting.

Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang.

Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya.

Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu.

Read more...

PAS UCAP TAKZIAH....

>> 13 September 2010



Dzulfikar Mashoor
JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.



"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.



Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.



"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.



Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.



"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.



Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.



"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.



Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.



Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.



Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.



"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."



"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya.

PAS ucap takziah, gesa pendakwaan segera

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi yang telah dibunuh secara kejam.

"Bagi pihak PAS, kita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan harap mereka tabah menerima ketentuan ini.



"Kes pembunuhan ini menggemparkan negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.



Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.



"Kita mahu pendakwaan segera dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini," katanya lagi.



Menurutnyan kes tersebut juga menggemparkan negara dan menunjukkan peningkatan kadar jenayah dalam negara.



"Kita harap pihak polis berusaha mengekang jenayah, jangan hanya kepong ceramah pembangkang sahaja," katanya.

Kes ini juga jelasnya merupakan cabaran buat Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar untuk menyelesaikan kes tersebut.



Kesemua mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.



Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.



Polis sekurang-kurangnya telah menahan empat lelaki membantu siasatan.

Terdapat sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

Mengulas dakwaan wujud campurtangan pihak ketiga dalam PDRM, beliau menggesa satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan.



"Kita tidak mahu dalam kes pembunuhan ini juga ada campurtangan pihak ketiga.

"Kita juga bimbang beberapa laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Umno BN sampai ke hari ini tidak diambil tindakan. Adakah ini juga wujud campurtangan pihak ketiga," soalnya.



Read more...

ISU ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID YANG DIPOLITIKKAN

>> 11 September 2010


Lajnah Penerangan Pas Pusat

  • Utusan Malaysia melaporkan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang DAP masuk ke surau al-Huda Kajang Sentral 22/8/10
  • Utusan melaporkan YB Teo beri “Tazkirah” dan memberi bantuan kepada ahli Pas
  • Bukan tazkirah Ramadhan tetapi beliau beri taklimat bantuan pendidikan kerajaan negeri Selangor dan memberi bantuan RM1000 untuk surau bukan kepada ahli Pas. Ini satu fitnah.
  • PERKASA suruh pulang kembali wang tersebut dan hendak ganti semula RM1000 pada AJK Surau.
  • Datuk Hishamudin Hussin Onn Naib Presiden Umno kata YB Teo orang yang berada dalam hadas besar mana boleh masuk ke ruang solat.
  • YB Teo berjumpa dengan Mursyidul Am di Rumah Kelantan Kuala Lumpur pada 30/8/10
  • Mursyidul Am suruh pergi lagi lawat masjid atau surau.
  • Tidak ada larangan orang bukan Islam melawat surau atau masjid ini yang dilakukan di zaman nabi SAW.
  • Larangan ini hanya daripada umno yang berfikiran sempit
  • Teo berasa gembira dengan penjelasan Tuan Guru Nik Aziz
  • Hishamudin marah kepada kenyataan Mursyidul Am kerana “ia menganggap membawa kekeliruan sesama kita orang Islam”
  • Sebenarnya yang buat keliru ialah pemimpin umno, takut orang bukan Islam jinak dengan rumah Allah.
  • Kerajaan Selangor akan minta penjelasan Pengarah JAIS Datuk Kusrin mengenai isu ini kata Hasan Ali BH 31/8/10
  • Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Sultan Selangor sudah mengeluarkan arahan yang perlu dipatuhi semua pihak, termasuk pemimpin masyarakat.
  • “Memang benar hukum Islam membenarkan bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau, tapi dalam kes ini ia ada unsur politik dan peraturan jelas sudah dikeluarkan mengenainya. Kita mesti melihat isu berkenaan dari banyak sudut. Perintah Sultan Selangor melarang aktiviti berunsur politik di tempat ibadat umat Islam adalah demi kepentingan ummah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am
  • Kusrin kata ini melanggar arahan Sultan jangan berpolitik di masjid. Walaupun zaman nabi orang bukan Islam datang ke masjid, bukan untuk berpolitik
  • Berapa banyak program politik yang umno buat di negeri umno perintah?
  • Kusrin menafikan Sultan mendapat maklumat yang tidak betul UM 2/9/10
  • MAIS telah memberi surat melarang Teo masuk ke kawasan solat di Surau atau masjid.(Malaysiainsider 1/9/10)

· Teo sudah minta maaf dengan Sultan 28/8/10 Bernama

· Datuk Seri Najib: MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah (5/9/10) Nampaknya Presiden umno meneruskan fitnah lagi menuduh Teo memberi “tazkirah”

· Datuk Najib pun suruh rujuk fatwa”boleh masuk dengan pakaian sopan”

· Bagaimana pula isteri pemimpin umno, bukan sahaja masuk surau/ masjid tidak sopan dengan Allah SWT, malahan sepanjang masa

· Inilah pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin.

  • Utusan juga melaporkan Ahli Parlimen Selayang daripada Parti Keadilan Rakyat, William Leong Jee Keen masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa untuk memberi sumbangan kepada masjid tersebut (UM 29/8/10)

· En Mizan Mamat Nazir Masjid al-Taqwa Selayang berkata Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa tidak pernah menerima surat rasmi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan tidak boleh membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid.(UM 29/8/10)

Rumusan Isu

  • Media umno dan pemimpin umno bising kerana, YB yang masuk masjid dari kalangan YB DAP. Mereka diam kalau dari kalangan MCA atau Gerakan.
  • Mereka mengharapkan isu ini untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak menghormati rumah Allah.
  • Tindakan pemimpin umno dan kuncu-kuncunya menjatuhkan martabat Islam di pandangan orang bukan Islam
  • Kalau apa yang dilakukan oleh umno dan kuncu-kuncunya sampai bila orang bukan Islam tidak akan mendekati Islam
  • Berapa banyak masjid dan surau dimasuki oleh orang bukan Islam. Contoh pernah berlaku dalam kempen pilihanraya 1986 calon Gerakan di bawa ke dalam surau di DUN Changkat Jering.
  • Berapa banyak masjid dibina oleh orang bukan Islam, karpet, PA system dibuat oleh orang bukan Islam.
  • Umno sudah kehilangan isu, maka isu perkauman dan agama sahaja modal terakhir.
  • Isu tutup aurat yang menjadi halangan orang bukan Islam tidak dibenar masuk ke masjid, telah menjadi bahan ketawa masyarakat termasuk orang bukan Islam. Mereka lihat bagaimana isteri pemimpin umno tidak bertudung.
  • Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menjelaskan kepada YB Teo telah menjernihkan kembali Islam yang sebenar yang dirosak oleh pemimpin umno.

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP