Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

JOM KE GALAS...

>> 06 Oktober 2010


KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.



Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.



Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.



“Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

“Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi,” ujarnya kepada Harakahdaily.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

“Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti,” tegasnya.(harakahdaily)

Read more...

MENGGALAS AMANAH DI GALAS PADA 4 NOVEMBER 2010



Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.

SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini bakal berlangsung di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.

Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.(malaysiakini)

Read more...

SEMOGA BERJAYA DALAM PMR - MURSYIDUL AM

>> 05 Oktober 2010



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini.



“Kepada anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.



“Paling penting, kejayaan yg sebenar ialah selamat dari api neraka dan berjaya mendapat syurga Allah SWT di akhirat kelak,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.



Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) semalam, seramai 479,675 calon menduduki peperiksaan PMR mulai hari ini hingga 12 Oktober.



Daripada jumlah tersebut, 446,896 ialah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.



Sebanyak 11,370 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 14,756 calon sekolah swasta, 334 calon persendirian perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat.



Sebanyak 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menguruskan perjalanan PMR.

Read more...

BAGAI IRAMA DAN LAGU...?

PANAS BERAPI: Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..

Oleh: Pria Malaya

Oleh kerana Umno khususnya Umno Pulau Pinang masih memainkan isu sumbangan hasil judi di Pulau Pinang walaupun telah diberi penjelasan oleh kerajaan negeri dan tokoh agama, penulis mengambil kesempatan utk turut berkongsi maklumat dengan kalian mengenai perkaitan antara UMNO dan JUDI...

Apakah kerajaan Umno layak berbicara mengenai judi? siapakah disebalik tabir terhadap kemunculan dan percambahan aktiviti perjudian dalam negara kita?..sama2 saksikan pendedahan bergambar di bawah...

Artikel penuh tentang 'KOLEKSI UMNO DAN JUDI' bileh lihat di SINI (wajib tengok!)...wallahua'lam..


1. Syubhah: Rosmah Mansor terima sumbangan cek dari Syarikat berkaitan judi.



Rosmah Mansor menerima replika cek bernilai RM100,000 daripada Timbalan Pengerusi Genting, Tun Haniff Omar pada pelancaran Kempen Hari Pahlawan 2009 di Angkasapuri. Turut hadir Ahmad Zahid Hamidi, Joseph Salang Gandum dan Muhammad Abdul Ghani (kiri). – Bernama


Sumber: Utusan Malaysia

2. Zaman Mahathir: BAKTI terima cek dari syarikat Genting.



Imbas kembali 16 Ogos 1990 : BAKTI (Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri) melalui isteri Perdana Menteri ketika itu, Tun Hasmah Ali, menerima sumbangan RM 200 000 dari Genting Group.


Sumber: The Star

3. Pengerusi Umno, Abdullah Badawi menerima sumbangan dari syarikat berkaitan judi, Resort World.





Abdullah Ahmad Badawi mewakil PEMADAM menerima sumbanyak sebanyak RM1.5 juta dari Resort World pada majlis "Kolokium Ke-II Wanita Pemadam 2003: Pencegahan dadah dan AIDS anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Kebangsaan di First World Hotel" pada tahun 2003..


Sumber: PEMADAM

4. Zaman Najib: Syarikat judi taja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.



Syarikat judi Sports Toto menderma hasil judi mereka kepada anak-anak yatim yang beragama Islam di dalam Majlis Berbuka Puasa 2010..Perkara ini langsung tidak diambil kisah oleh Umno sebagai kerajaan ketika itu..yang peliknya, Umno melalak 24jam apabila kerajaan DAP Pulai Pinang memberi bantuan menggunakan dana dari syarikat judi, namun membisu dan membuat tidak tahu apabila syarikat judi terang2 menaja majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim Islam...

Sumber: TheStar

Read more...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR...! Semoga berjaya.

>> 04 Oktober 2010

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI (slideshow)



Read more...

PELBAGAI KAUM HADIR RUMAH TERBUKA PAS CICELY

>> 02 Oktober 2010



TELUK INTAN, 2 Oktober - Rumah terbuka masih diadakan walaupun syawal hampir ke penghujungnya. Petang tadi, PAS Cawanan Batu 3/Cicely denga kerjasama Kelab Penyokong PAS Teluk Intan telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri. Majlis telah diadakan di Bilik Gerakan UPU Cicely.

Apa yang menariknya ialah kehadiran yang begitu ramai kaum bukan Melayu ke majlis tersebut. Sememangnya Taman Cicely mempunyai peratusan bilangan kaum bukan Melayu yang tinggi.


Ucapan daripada YB....


Ucapan YDP..


Ucapan daripada wakil Kelab Penyokong PAS dari Bagan Serai.

Kehadiran orang ramai yang berbilang kaum pada majlis rumah terbuka itu membuktikan bahawa kaum bukan Melayu masih lagi bersama-sama PAS dan PR. Melayu, Cina dan India duduk makan bersama serta berbual mesra membuktikan keharmonian kaum tidak memerlukan konsep 1Malaysia untuk direalisasikan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, AJK PAS Kawasan dan pimpinan PAS cawangan-cawangan.


AJK cawangan menyambut kehadiran sebuah keluarga India.


Memilih juadah raya.

Turut memeriahkan suasana ialah kehadiran pimpinan Kelab Penyokong PAS serta ahli-ahlinya. Lebih mengkagumkan ialah dengan kehadiran rombongan Kelab Penyokong PAS Bagan Serai.

Antara yang menyampaikan ucapan ialah YDP PAS Teluk Intan, ADUN Changkat Jong, Ketua PAS Cawangan Cicely Sdr. Ahmad Kabir Mahdin dan wakil Kelab Penyokong PAS.


Isteri YB turut hadir.


Sdr. Haruddin, bendahari cawangan melayani tetamu.




Bekas nasi pun ada bulan...


YB Anuar beramah mesra dengan Wak Jamal.


Kerjasama menentukan kejayaan...

Read more...

PAS PERAK LANCAR PROGRAM IKATAN MAWADDAH BAITUL MUSLIM



TAIPING, 1 Oktober - Menginsafi akan peri pentingnya kesinambungan kepimpinan jemaah/parti masa masa hadapan maka PAS Perak telah melancarkan satu program yang dinamakan Ikatan Mawaddah Baitul Muslim.

Menurut Pengarah Program, Dr. Najihatus Solehah program tersebut telah dijadikan sebagai satu unit di bawah Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Perak. Beliau amat berharap program sebegini dapat memberi manfaat kepada para ahli PAS terutamanya anak-anak ahli agar jodoh mereka dapat dipertemukan dalam suasana dan cara yang baik.

Selain itu, program tersebut juga bertujuan agar ahli-ahli sama ada dalam kalangan muslimin dan muslimat akan terus istiqamah di dalam perjuangan parti dan jemaah walaupun setelah mendirikan rumah tangga.

"Pelbagai program telah dirancang di bawah unit ini, antaranya mengadakan kursus perkahwinan, mempertemukan pasangan, mengadakan majlis walimatul urus secara serentak serta khidmat bimbingan perkahwinan bagi pasangan yang telah berkahwin," tambah beliau lagi.


Sdr. Khalilur Rahman memberikan penerangan.

Menurut Setiausah program Sdr. Khalilur Rahman, program sebegini pernah diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak lima tahun dahulu. Sambutan begitu menggalakkan dalam kalangan ahli PAS terutama muslimat. Menurut beliau lagi, borang-borang akan diedarkan ke peringkat PAS kawasan bagi melebarkan lagi usaha murni ini.


Pengerusi Lujnah Kebajikan Ustaz Mustafa Shaari menyerahkan borang kepada Ustaz Abu Bakar, Pesuruhjaya PAS Perak.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin telah melancarkan unit tersebut dalam program Liqa Fikri di Markaz Tarbiyyah Negeri Perak di Air Kuning dekat sini. Di dalam ucapan perasmian, beliau telah menyentuh tentang aspek tarbiyyah yang sering dilupakan oleh ahli PAS iaitu tarbiyyah baitul muslim.




Pelancaran program melalui tayangan multimedia.

Beliau menyambut baik akan usaha Lujnah Kebajikan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan jemaah dan parti hasil daripada mempertemukan pasangan dalam kalangan ahli yang komited.

Beliau juga merujuk kepada sebuah hadis Nabi SAW yang menekankan aspek pencarian jodoh dlihat dari sudut harta, kecantikan, keturunan dan agama di mana keutamaan mencari jodoh kepada aspek ilmu agama pasangan tersebut.

Selepas itu, sebagai simbolik beliau telah menerima borang program daripada Pengerusi Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Ustaz Mustafa Shaari. Di samping itu, beliau melakukan pelancarkan unit melalui tayangan multimedia berkenaan program tersebut.

Read more...

SANDARKAN PERJUANGAN PADA TARBIYYAH, BUKAN SEMANGAT



MARANG, 2 Okt: Lebih 5000 peserta Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS peringkat kebangsaan menerima suntikan semangat daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis perasmian malam tadi.

Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan pemuda bahawa golongan mereka penting dalam perjuangan Islam.

"Islam meletakkan pemuda sebagai kumpulan yang penting dalam perjuangan sehingga Allah meletakkan satu surah yang khusus mengenai pemuda dalam al-Quran," kata Abdul Hadi.

Namun jelasnya, perjuangan pemuda haruslah ditunjangi tarbiah dan bukannya semangat semata-mata.

"Terdapat kumpulan yang menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

"Oleh itu Allah meletakkan agenda tarbiah kepada perjuangan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu,Naib Presiden,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media selepas majlis itu mengulangi penegasan Abdul Hadi mengenai kepentingan tarbiyah di kalangan pemuda.

"Kita lihat bagaimana Presiden telah meletakkan asas-asas utama yang perlu difahami dalam proses tarbiyah.

"Bukan sahaja kita bergerak kerja atas dasar semangat tetapi dengan bimbingan, panduan daripada wahyu Allah dalam al-Quran dan hadis," kata Tuan Ibrahim.

Menurutnya juga, di samping ilmu dan kesungguhan,tarbiyah merupakan elemen penting dalam parti untuk menghadapi tekanan politik di negara ini.

"Dalam menghadapi tekanan politik di Malaysia, tarbiyah merupakan elemen penting dan kita harapkan agar kepimpinan yang lahir selepas ini dapat menilai sesuatu berdasarkan nas dan asas-asas yang bersumberkan sirah Rasulullah S.A.W.," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menyifatkan ijtima' ini sebagai tepat pada waktunya memandangkan PAS memerlukan jentera bagi menghadapi pilihan kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas tidak lama lagi.

"Ijtima' ini diadakan sesuai pada waktunya walaupun sebenarnya ia dirancang awal, sebelum berlaku kematian lagi.

"Ini boleh dijadikan asas bagi menyusun gerak kerja untuk pilihan raya di Galas dan kita harap ia menjadi pemangkin semangat untuk pemuda menghantar jentera ke sana," katanya.

Read more...

SELAMAT BERIJTIMA' KEPADA SEMUA PEMUDA PEMUDI

>> 01 Oktober 2010

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP