APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
SOLAT HAJAT DAN TAKLIMAT BERSIH DI TELUK INTAN
TELUK INTAN, 5 Julai - PAS Kawasan Teluk Intan mengadakan solat hajat serta taklimat Bersih 2.0 kepada para ahlinya. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak. Majlis bermula dengan solat Isya' berjemaah dan disusuli dengan solat hajat diimami oleh YDP PAS Kawasan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik.
| Sdr. Ahmad Kabir menyampaikan ucapan. |
Selepas itu, program taklimat Bersih 2.0 telah diadakan dengan ucapan permulaan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin merangkap Pengerusi Lujnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Kawasan. Beliau banyak menyentuh tentang perkembangan terkini Himpunan Aman Bersih 2.0.
| Ustaz Abdul Fatah turut menyampaikan ucapan. |
Kemudian, Ketua DPP Teluk Intan Ustaz Abdul Fatah Awang selaku menyampaikan ucapan memberi semangat kepada para ahli yang akan menyertai himpunan tersebut. Selepas itu, TYDP PAS Kawasan telah menyampaikan taklimat panduan peserta Himpunan Aman Bersih 2.0.
| Taklimat Panduan Peserta Bersih 2.0. |
| ADUN Changkat Jong YB Anuar turut hadir. |
Akhirnya, YDP PAS Ustaz Ismail Che Nik telah menyampaikan beberapa amanat kepada para ahli. Kehadiran pada malam itu begitu mengalakkan.
intanhijau.blogspot.com
Read more...
BERSIH 2.0 BUAT DI STADIUM
>> 05 Julai 2011
Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.
Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.
Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.
TEMU AGONG : BUKTI BERSIH BUKAN PERTUBUHAN HARAM...
PETALING JAYA, 5 Julai: Sebagai lambang junjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa semua pihak menghentikan pendekatan konfrantasi, ugutan, mengadu domba dan menimbulkan permusuhan antara pelbagai kelompok agama dan kaum di kalangan rakyat.
Gesaan itu khasnya ditujukan kepada kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya khasnya pasukan polis.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam kenyataannya berkata, partinya menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, atas titah khas kepada rakyat mengenai isu perhimpunan Bersih.
"Keprihatinan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya amat tepat pada masanya serta disanjung tinggi oleh rakyat," kata beliau.
Seruan Seri Paduka Baginda Tuanku agar pihak kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil, bijaksana, mengelakkan permusuhan serta mengekalkan semangat mesyuwarah dan muafakat dalam menyelesaikan keadaan perlulah diberikan perhatian serius, katanya.
Menurut beliau, menjadi keinginan rakyat sekian lama hanyalah mahu melihat terlaksananya keadilan dalam sistem pilihanraya negara.
"Perhimpunan tidak diperlukan lagi jika Suruhanjaya Pilihanraya memang melaksanakan tugasnya secara amanah, adil dan bijaksana," tegas beliau.
PKR, katanya, berpendirian bahawa kisah kebijaksanaan dan keadilan Nabi Muhammad SAW dalam menyelesaikan konflik antara kabilah-kabilah dalam isu perletakkan batu hitam (al hajar al aswad), hendaklah dijadikan rujukan.
Hanya pilihanraya yang benar-benar adil dan saksama dapat mempastikan kepimpinan negara diserahkan kepada mereka yang berhak dan amanah, tambah beliau.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (An Nisa: 58), petik beliau.(harakahdaily)

Baca juga di sini.. BERSIH 2.0 mungkin buat di stadium
dan baca yang ini Kelulusan Bersyarat BERSIH 2.0 buat di stadium
Read more...
dan baca yang ini Kelulusan Bersyarat BERSIH 2.0 buat di stadium
PEMUDA UMNO BATAL HIMPUNAN 9 JULAI...pulak dah..
>> 04 Julai 2011
Pemuda Umno membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Himpunan Patriot akan dibubar, lapor Utusan Online
Sebaliknya, kata beliau, ia mungkin didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara.(malaysiakini)

ADUN CHANGKAT JONG RASMI KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2011
TELUK INTAN, 3 Julai - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan Karnival Sukan Rakyat 2011Kg. Padang Tembak, dekat sini. Program tersebut telah diadakan di Pekarangan Sekolah Agama Rakyat Al Khairiah, Kg. Padang Tembak. Ia dianjurkan oleh Pemuda Padang Tembak.
Di dalam ucapan perasmian, YB Anuar telah menegaskan akan Islam sebagai cara hidup dan ia meliputi setiap sudut kehidupan manusia seperti cara beribadah, makan minum, berpakaian dan sebagainya.
"Apabila Islam dijadikan sebagai cara hidup maka kita wajib mematuhi setiap peraturan yang ditetap. Barulah kita akan mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT, " jelas beliau.
Kata beliau lagi, Islam bukanlah agama yang cukup dari lafaznya sahaja. Ini kerana ia (Islam) perlu diamalkan di dalam segala tindak tandukan serta pemikiran seseorang.
Beliau juga menyatakan bahawa perpaduan dalam Islam telah terbukti di dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
"Dengan kepelbagaian etnik Melayu seperti jawa, banjar, minang dan sebagainya tetapi orang Melayu dapat bersatu dengan adanya Islam," tambah beliau.
![]() |
| Pengarah karnival, Sdr. Nazrul Azmi. |
Menurut Pengarah Karnival 2011 Sdr. Nazrul Azmi bin Dulasim, antara objektif karnival adalah untuk memperkenalkan semula permainan rakyat yang semakin dilupakan oleh golongan muda. Ia juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim sesama para belia kampung. Beliau juga berhasrat akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi kampung ini.
Menurut beliau lagi beberapa acara telah disusun untuk golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada sebelah pagi akan diadakan acara padang manakala acara sukan dalaman diadakan pada sebelah petang. Antara acara dipertandingkan ialah boling kampung, tarik upih, kopek kelapa, karom, dan sebagainya.
Di samping acara sukan rakyat, beberapa gerai pameran dan jualan dan kempen derma darah oleh Hospital Teluk turut diadakan.
![]() |
| Pengerusi Lembaga SAR Al Khairiah, Tn. Hj. Ramli Jilani. |
Menurut Pengerusi Lembaga SAR Al Khairiah Tn. Hj. Ramli Jilani, pihak beliau amat mengalu-alukan sebarang program berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan yang boleh menarik penyertaan golongan muda yang diadakan di sekolah agama rakyat.
![]() |
| YB Anuar sedang ditemu ramah oleh wartawan. |
![]() |
| Para belia sibuk mendaftar diri menyertai pertandingan. |
![]() |
| Antara acara menarik, boling kampung. |
![]() |
| Sebahagian penduduk yang hadir. |
intanhijau.blogspot.com
Read more...
POLIS vs KUNING
Kelihatan sebuah kereta peronda polis berhenti di hadapan sebuah pasar raya di bandar Teluk Intan. Kelihatan juga seorang anggota polis berdiri di luar kereta polis. Nampak macam kecoh sedikit. Rupa-rupanya mereka sedang memantau sebuah gerai di pintu masuk pasar raya tersebut yang sedang mempromosi DIGI. Jurujualnya berbaju kuning, gerainya berwarna kuning, belonnya berwarna kuning.
Demikianlah betapa fobianya polis dengan warna kuning.....
Read more...
JOM LAYAN SAJAK BERSIH 2.0
>> 02 Julai 2011
Sajak BERSIH 2.O
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku
Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..
Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..
Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..
Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..
Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!
Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?
Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!
Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!
Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..
Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!
Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!
Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...
Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...
Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..
kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!
Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan! Read more...
INILAH DIA UMNO . . .
Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini.
Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam.
Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas)
Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.
Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)