Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PPSMI : GAPENA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG JIKA TERUSKAN

>> 22 Disember 2008

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
KOTA BHARU 21 Dis. – Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan.
Ketua Satunya, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, ini kerana PPSMI secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menurut beliau, tindakan itu merupakan kemuncak kekecewaan Gapena, kalangan cendekiawan dan pencinta bahasa Melayu selepas desakan supaya PPSMI tidak diteruskan, tidak mendapat maklum balas sewajarnya daripada kerajaan.

“Kami rasa ia akan diteruskan. Gapena sangat kecewa dan ia begitu menyeluruh, bukan sahaja kami tetapi kebanyakan cendekiawan Melayu lain seperti bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hasan Ahmad dan Profesor Diraja Ungku Aziz,” katanya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perpaduan Melayu di sini semalam.

Seminar anjuran Gapena itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dan Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA).

Menurut Ismail, natijah daripada sikap kerajaan sendiri yang tidak menghormati dan mempercayai kesucian Perlembagaan Persekutuan telah menyebabkan pelbagai pihak mengambil kesempatan memperlekehkan ketuanan Melayu.

“Saya anggap zaman ini iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah zaman Melayu dimalu dan diperlekehkan oleh bangsa lain.

“Ini kerana apabila orang Melayu sendiri gagal memberikan perhatian, jadi mudahlah bangsa lain memalukan kita,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan PPSMI merupakan titik-tolak yang akan membawa kepada kehancuran tamadun Melayu kerana kedudukan bahasa Melayu jelas termaktub dalam Perlembagaan sama seperti agama Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan Raja-raja, tidak patut diperjudikan.

“Sebaliknya PPSMI telah menyentuh dan merosakkan bahasa Melayu. Pendirian Gapena adalah jelas bahawa tidak sama sekali menyokong bahasa lain selain bahasa Melayu dan kita diminta untuk menguasainya dengan baik.

“Bukan dengan cara ini (PPSMI) kerana kita mempunyai lebih 1,000 cara lain yang akan melemah dan mengurangkan penggunaan bahasa Melayu,” katanya. (Utusan Malaysia Online)

Read more...

TAK SAMA, TAK SERUPA

>> 21 Disember 2008

Pemimpin yang tak sama dan tak serupa.
(Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad & PM Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)
Kelulusan :
Pak Lah- Lulus Pengajian Islam di UM. (Kelulusan agama !)
Ahmadinejad - Lulus Civil Engineering di Universiti Tehran. (Kelulusan profesional !)















Sidang akhbar Pak Lah.

















Sidang akhbar Ahmadinejad.














Jamuan Pak Lah.


















Jamuan Ahmadinejad.














Tidur Pak Lah.



















Tidur Ahmadinejad.










Keperibadian Pak Lah.

















Keperibadian Ahmadinejad.


Satu lagi :
Ahmadinejad : Ditakuti musuh Islam terutamanya Amerika Syarikat. Beliaupun tak takutkan Presiden AS.

Pak Lah : Tidak ditakuti oleh musuh Islam terutamanya Amerika Syarikat. Beliaupun takut Presiden AS.

Read more...

ALAHAI P.P.P.I.M : REPLIKA BABI DIBAKAR DI MELAKA

Empat replika babi yang dibuat daripada kertas, dibakar di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah hari ini, sebagai membantah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung kepala babi pada kain rentang Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris), Rabu lalu.

Naib Pengerusi Pewaris, Rahimidin Md Harun berkata, majlis membakar replika babi itu diketuai oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman dan disaksikan oleh kira-kira 800 orang.Beliau berkata, sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan, pihaknya akan membawa satu replika babi ke perhimpunan Umno Mac depan.

Di samping itu, katanya, Pewaris juga akan menuntut pemimpin PKR dan PAS supaya berusaha menghapuskan ternakan babi di kawasan berkenaan.Ketika dihubungi petang ini, Rahimidin berkata, PPIM merupakan anggota gabungan Pewaris. Menurutnya, Pewaris juga menyampaikan taklimat penduduk tempatan mengenai isu ternakan babi di kawasan tersebut, dalam satu majlis tertutup di hotel berkenaan. ‘Kami juga menyerahkan memorandum kepada Ketua Umno bahagian Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusof meminta kerajaan menutup semua ladang babi di kawasan Masjid Tanah,” katanya.

Rabu lalu, penduduk dilaporkan menemui bangkai kepala babi hutan digantung pada kain rentang tersebut, berhampiran bulatan Tanjung Bidara-Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.Penggantungan kepala babi kelmarin merupakan insiden ketiga. Pada 18 Oktober lalu, peniaga dan pengunjung menemui bangkai kepala babi di tepian Pantai Pengkalan Balak.

Pada 13 November lalu, kepala babi dilaporkan digantung di atas pintu pagar rumah seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Masjid Tanah, Md Rawi Mahmud. Ketua Polis Melaka, Datuk Mazlan Mansor sebelum ini dilaporkan memberi amaran kepada mereka yang terbabit menggantung kepala babi di kain rentang Pewaris itu.

Beliau juga dilaporkan berkata, sebuah skuad khas juga telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan.

Read more...

KASIH IBU

>> 18 Disember 2008

Anjing adalah haiwan yang dicipta Allah SWT sebagaimana makhluk yang lain, termasuk manusia. Yang membeza di antara haiwan dengan manusia ialah aqal fikiran yang dipunyai manusia tidak ada pada haiwan termasuk anjing.

Beberapa hari lepas, saya keluar rumah pada pukul 9 malam untuk menghadiri ceramah. Di pertengahan jalan, saya nampak seekor anak anjing yang saya rasa sudah mati. Mungkin dilanggar kenderaan. Kesian juga tengok anak anjing itu.

Sekembalinya saya dari tempat ceramah kira-kira 12.30 pagi, bangkai anak anjing itu masih ada lagi di situ tetapi kali ini di sampingnya terdapat sekor anjing besar. Saya rasa mungkin itu ibu kepada anak anjing yang mati tadi. Begitu setia ibu anjing itu menunggui anaknya yang sudah tidak bergerak itu.

Keesokan paginya, ketika hendak pergi ke pasar, lebih kurang 8.00 pagi, saya dapati ibu anjing itu masih duduk di tepi anaknya. Sedih rasanya.

Terdetik di dalam fikiran saya, betapa kasihnya siibu anjing itu terhadap anaknya yang telah mati. Sejak tengah malam tadi sehingga pagi ini, siibu anjing masih duduk di tepi anaknya.

Lalu, fikiran saya terus link kepada isu buang anak yang semakin berleluasa masa kini. Anak yang baru lahir dibuang, tanpa mengira tempat. Dibuang di tepi pagar masjid, dalam sungai, tempat buang sampah, dalam longkang dan macam-macam lagi.


Kalau anjing tadi yang mana Allah tidak kurniakan aqal fikiran tapi ada perasaan boleh bersedih dan menunggu anak yang telah mati (macam ada rasa kemanusiaan pulak) tapi perkara sebaliknya telah berlaku. Ada dalam kalangan manusia yang sanggup membuang anak dengan tanpa rasa keperimanusiaan (sebab ada keperibinatangan ?).

Fikir-fikirkanlah ...

Read more...

HANYA ISLAM PENYELAMAT UMAT MANUSIA

>> 17 Disember 2008

17 Disember 2008 - Hanya Islam sahaja yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah dunia hari ini. Namun, akibat kealpaan dan kesombongan manusia, Islam telah dinafikan haknya sebagai jalan utama untuk menyelesaikan masalah manusia. Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin di dalam ucapan perasmian penutup Kursus Pengurusan Jenazah Wanita anjuran Pejabat Penghulu Mukim Durian Sebatang, Pejabat Agama Daerah Hilir Perak dan Pusat Umairah Kg. Padang Tembak, Teluk Intan.

Menurut beliau lagi, akibat kekurangan ilmu (kerana tidak mahu belajar) maka ramai orang menganggap menjadi Islam itu cukup hanya sekadar melaksanakan rukun-rukun Islam seperti sembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji.

"Apabila Islam hanya dianggap agama peribadi penganutnya, maka manusia akan mencari sistem selain Islam untuk menyelesaikan masalah kehidupan seperti sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Sedangkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu menyediakan pelbagai peraturan, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara seperti mentadbir negara, " tambah beliau.

Menyentuh tentang kursus pengurusan jenazah, beliau berpendapat pada masa kini amat sukar mencari tenaga pengurus jenazah di kalangan wanita di sesuatu tempat. Jika adapun, orang itulah sahaja yang dibawa ke merata-rata tempat jika berlaku kematian di kalangan wanita. Oleh itu, kursus sebegini amat dialu-alukan dan berharap semua peserta yang hadir pada hari ini dapat mempraktikkannya di tempat masing-masing.

"Lebih baik lagi jika, diwujudkan satu team pengurusan jenazah wanita di setiap kampung agar ia lebih efisien, " kata beliau lagi.

Seramai 56 orang peserta wanita telah menyertai kursus tersebut. Apa yang menariknya, isteri kepada ADUN Changkat Jong, Puan Hajah Faridah Ahmad Fakhrur Radzi turut bersama-sama menjadi salah seorang peserta kursus yang bermula 8.30 pagi hingga 3 petang. Penceramah kursus ialah Ustazah Umi Kalsum binti Hj. Jilani, dari Pejabat Agama Parit Buntar.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutup ialah, Penghulu Mukim Durian Sebatang, Ketua Kampung Padang Tembak, Hj. Ramli Jilani dan Pembantu Peribadi ADUN, Hj. Mohammed Akram.
YB Haji Anuar juga turut menyampaikan sijil kepada semua peserta.
















Read more...

GIGIH MEMBANTU SUAMI


17 Disember 2008 - Menjadi isteri kepada wakil rakyat bukan bermakna mudah segala-galanya ibarat permaisuri di istana. Malah peranan isteri amat penting menyokong perjuangan suami apatah lagi melibatkan kepentingan rakyat jelata.

Situasi di atas merujuk kepada isteri kepada ADUN Changkat Jong, Puan Hajah Faridah Rajiah binti Ahmad Fakhrur Radzi. Kegigihan beliau membantu suaminya, YB Haji Mohd. Anuar Sudin dalam beberapa perkara amat disanjungi. Adakala, beliau mengiringi suami ke majlis tertentu. Adakalanya juga beliau sendiri yang turun padang apabila YB mempunyai komitmen di tempat lain.

Kesemuanya ini hasil tarbiyyah yang diterima dalam jamaah yang sentiasa menuntut melaksanakan gerak kerja tanpa mengira waktu dan tempat. Puan Hajah Faridah merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat kawasan Teluk Intan merangkap AJK Dewan Muslimat negeri Perak. Oleh itu, kerja-kerja parti dan jemaah sudah menjadi kelaziman bagi beliau dan tidak kekok membantu suaminya dalam urusan kebajikan rakyat.

Contohnya, baru-baru ini beliau dan beberapa orang AJK Muslimat kawasan telah turun padang melawat Kg. Kilang Padi untuk membuat bancian penduduk miskin tegar yang layak menerima bantuan Yayasan Perak.


Read more...

KERAJAAN PR PERAK SEMAKIN SERASI DAN MATANG

>> 16 Disember 2008

15 Disember 2008 - "Kesepakatan dan keserasian kerajaan Perak Pakatan Rakyat (PR) yang semakin erat menjadi igauan buruk kepada BN/UMNO. Ini kerana BN/UMNO amat mengharapkan usia kerajaan negeri yang dipilih rakyat secara sah ini, tidak bertahan lama. Serangan berterusan dari pelbagai sudut dan pelbagai cara gagal meruntuhkan pakatan murni ini, " jelas ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin. Beliau berucap dalam majlis ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Teluk Intan di Markaz PAS Kawasan.

Turut sama menyampaikan ceramah ialah Ustaz Azman Shapawi, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau berkata lagi , segala fitnah dan tohmah yang dilontarkan itu telah menambahkan kesepakatan dan keserasian dalam kalangan pimpinan PR negeri terutama sesama Exco negeri. Hasrat BN/UMNO untuk melihat perpecahan PR Perak telah gagal malah segala cubaan jahat mereka telah mematangkan PR.

Kesepakatan dan keserasian ini dapat dilihat di dalam Bajet 2009 negeri Perak yang menampakkan kebajikan dan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.


Dari aspek kesepakatan juga, dapat dilihat semasa Persidangan DUN Perak lalu yang bersepakat meluluskan usul menghapuskan ISA, menutup Kem Tahanan ISA di Kemunting dan membebaskan semua tahanan ISA. Ini adalah kerana dari sudut hak kemanusiaan, individu itu tidak didapati bersalah sehingga individu itu terbukti kesalahannya.
Gambar dari kiri : En. Hacharan Singh (Ahli Majlis), YB Anuar, Ustaz Azman Shapawi dan En. Suria (Pengerusi Kelab Penyokong Perak)

Sementara itu, Ustaz Azman Shapawi menyatakan bahawa PAS yang telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan PR untuk bertanding bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu berkeyakinan tinggi untuk menang. Antara faktornya ialah sokongan padu dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh PR di negeri sebelah pantai barat diharap dapat mempengaruhi pengundi bukan Melayu. Pengundi bukan Melayu di pantai timur khususnya di Terengganu kini telah melihat bagaimana baiknya hubungan terjalin antara kaum di negeri yang di perintah PR khususnya di negeri Perak.
Di samping itu, faktor pergolakan dalaman UMNO di peringkat negeri Terengganu seperti wujud pergolakan di antara Menteri Besar dan UMNO negeri.

"Ini ditambah lagi dengan keghairahan pimpinan UMNO pusat termasuk pemuda, wanita dan puterinya yang sedang sibuk melobi jawatan untuk pemilihan akan datang melemahkan gerak kerja pilihanraya mereka," kata beliau lagi.

Beliau juga menjangkakan, pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan menjadi platform bagi sesetengah pimpinan UMNO negeri dan pusat untuk melobi secara besar-besaran bukan demi memenangkan UMNO tetapi demi mendapat sokongan semasa pemilihan pada Mac tahun depan.

"Jadi, bersiap sedialah penduduk Kuala Terengganu dengan curahan projek dan wang yang akan ditaburkan oleh mereka," kata beliau lagi.

Read more...

NIZAR : JKKKP CAN'T SUE STATE

THE heads of Federal Village Development and Security Committees (JKKKP) in Perak cannot take the state government to court as the committees are not recognised entities.

Commenting on a statement by Federal Development Officer Datuk Zainal Abidin Omar that JKKKP heads in Perak should take the state government to court over the use of community halls built on state land, Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said:
“The law only recognises the Village Deve-lopment and Security Committee (JKKK) so the JKKKP has no locus standi.”

Speaking to reporters after chairing the state executive council meeting in Ipoh on Friday, Nizar said JKKK was a registered entity approved by the state assembly.

On Zainal Abidin’s opinion that the halls belonged to the Federal Government because they were built using federal funds, the Mentri Besar said the state, as landowner, owned whatever structure that was built on it and this was stipulated under the National Land Code.

Nizar stressed that if Barisan Nasional representatives wanted to use the halls, they just needed to put in an application.

“We will not stop them from using the facilities,” he said.

It was earlier reported that the use of community halls in the state became a bone of contention between JKKKP and state-appointed village heads following the takeover of the state by Pakatan Rakyat.

On another matter, Nizar said the state had halted all hillslope projects until there were reports from the Department of Environment, Public Works Department and Land and Mines Department certifying the projects as safe.

“The state will not compensate the deve- lopers as this is an instruction from the Federal Government,” he said, adding that the affected projects were in Taiping and Kampar. The projects, noted Nizar, were approved by the previous Barisan Nasional administration and they involved six developers.

The Mentri Besar, who is also Perak Football Association (PFA) president, said the state was seeking funding to pay off its RM700,000 debts to its former coach Steve Darby and several other players.

The amount owed was for the payment of their salaries and emoluments.

Read more...

GAMBAR SEKITAR CERAMAH YB ANUAR SUDIN & USTAZ AZMAN SHAPAWI


Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat & Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu.




Dari kiri : Ustaz Ismail Che Nik (YDP Kawasan), En. Hacharan Singh (Ahli Majlis & Kelab Penyokong PAS) dan YB Haji Anuar Sudin.









Read more...

KISAH SEBENAR MANGSA TANAH RUNTUH DIMAKI STAF JPM

>> 14 Disember 2008



Tonton dan nilai sendiri...Klik di bawah.

Video - Trajedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa Ampang

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP