Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

MELINDUNGI KEMALUAN ANDA ...?! BETUL KE IKLAN NI..

>> 25 Julai 2009

Lokasi iklan ini di Kuala Lumpur...



Read more...

SATU TENDANGAN HEBAT BUAT BN - SS SUBRAMANIAM MASUK PKR



Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 65, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 10 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.

Pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 1,700 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

"Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi hanya sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh 350 hadirin.

Subramaniam telah menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad. (malaysiakini)

Read more...

MEH TENGOK LOKASI DEMONSTRASI MANSUH ISA

>> 24 Julai 2009


Read more...

BELUM APA-APA LAGI DAH TAU AKAN HURU-HARA...!

Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian - penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) - pada 1 Ogos ini dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara", kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau diminta menjelaskan kenyataannya seperti dipetik Berita Harian semalam bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara.
"Jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Ibrahim menegaskan, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu."Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya, seorang bekas tahanan akta itu sebanyak dua kali.
Tambahnya, GMI seharusnya menunggu tindakan lanjut kerajaan untuk menyemak akta kontroversi tersebut - seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengambilalih teraju kepemimpinan negara awal April lalu.
"Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.
"Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini hari ini.
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah. (malaysiakini)

Read more...

KEMATIAN TEOH PELIK, SPRM LAGI PELIK - TUBUH SEGERA SURUHANJAYA...!

>> 22 Julai 2009



KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menyifatkan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah satu peristiwa pelik yang tidak pernah berlaku terhadap individu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai BPR.

"Ini adalah satu yang tak pernah berlaku, menimbulkan tandatanya dan persoalan besar kepada wibawa SPRM itu sendiri dalam menguruskan saksi-saksi yang disiasat," katanya.

Kematian Teoh baru-baru ini yang mengundang misteri perlu disiasat secara telus dan jujur oleh satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya, ujar Mustafa yang ditemui Harakah semalam di Jalan Pahang.

Beliau melihat, isu ini memberi satu gambaran negatif keada SPRM yang baharu sahaja ditubuhkan selepas rakyat tidak yakin dengan kredibiliti Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Menurut Mustafa, ini adalah kes pertama membabitkan kematian dibawah SPRM, walhal sebelum ini negara hanya dikhabarnya dengan kematian di dalam tahanan reman polis sahaja.

"Ini satu yang pelik atau ganjil, apa puncanya ia perlu satu siasatan.Ada yang mula menyebut bahawa ini satu tindakan di pihak mangsa.

"Tapi jika kita lihat kes mata lebam Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.Masa itu kerajaan yang dipimpin Tun Dr Mahathir kata ia tindakan Anwar sendiri yang menumbuk mata sendiri.

"Media arus perdana memainkan propaganda bahawa Anwar tumbuk mata sendiri.Tetapi selepas ditubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat kes mata lebam, didapati Anwar ditumbuk.

"Begitu juga bagi saya dalam kes ini perlu adakan siasatan bebas diraja bagi menyiasat puncanya, jika telah terbukti barulah dibuat tindakan," katanya.

Mengulas soal keyakinan rakyat kepada SPRM tercalar, beliau melihat satu usaha keras perlu dilakukan badan itu yang baru setahun jagung usianya dalam memulihkan imej mereka.

Persoalan rasuah yang meluas belum lagi dapat ditangani, kini SPRM dilanda isu integriti dalam kes kematian Teoh, justeru satu siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan, ujar Mustafa lagi.

Mengulas soal keanggotaan suruhanjaya, beliau menyatakana bahawa amalan sebelum ini seperti dalam kes Anwar, lantika dibuat kepada mereka yang ada 'basic' undang-undang seperti bekas Hakim dan hakim yang benar-benar telus dan tidak memihak. (harakahdaily)

Read more...

I.S.A 'PENYELAMAT' PEMIMPIN PEMERINTAH, BUKAN KESELAMATAN NEGARA - PRESDIEN PAS

>> 21 Julai 2009


ALOR SETAR, 21 Julai (Hrkh) -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.

"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam.

Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.

"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.(harakahdaily)

Read more...

JADIKAN SUKAN SEBAGAI IBADAT - ADUN CHANGKAT JONG

>> 20 Julai 2009

TELUK INTAN, 19 Julai - Apabila seseorang itu bersukan dengan berniat dengan bersukan dia dapat melakukan ibadat dengan sempurna maka seseorang itu akan diberi pahala oleh Allah swt. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin merasmikan penutupan Karnival Sukan Rakyat 2009 di Kampung Batak Rabit.
Haji Mohamad Hashim, Timbalan Ketua PKR Teluk Intan sedang menyampaikan ceramah.

Pengarah program sedang menyampaikan ucapan.
"Islam bukanlah sebuah agama ritual yang hanya menekankan aspek ibadat khusus sahaja. Islam merangkumi segala aspek kehidupan termasuklah bidang sukan. Ia bertepatan dengan apa yang telah kita lafazkan dalam doa iftitah sewaktu solat, " kata beliau lagi.
Puan Hajah Faridah bersama Muslimat cawangan.
Beliau menambah, menganjurkan sebuah karnival sukan yang melibatkan jangka masa yang lama seperti karnival ini bukanlah mudah kerana ia melibatkan aspek kerjasama, penyertaan, sumbangan dan persiapan-persiapan lain. Tetapi beliau percaya, berkat semangat bekerjasama demi agama dan masyarakat maka ia dapat dilaksanakan dengan jaya.
Sebelum itu, satu ceramah isu semasa telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Bahagian PKR Teluk Intan, Haji Mohamad Hashim. Turut hadir sama ialah Timbalan YDP PAS Teluk Intan, isteri ADUN Puan Hajah Faridah, Timbalan Ketua Pemuda Kawasan dan Pembantu Khas YB Tuan Haji Mohamed Akram. Ketua Pemuda Kawasan, Ustaz Abdul Fattah Awang bertindak sebagai pengerusi majlis pada malam itu.
Akhirnya, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan syabas kepada semua pemenang karnival sukan rakyat tersebut.
Karnival Sukan Rakyat 2009 merupakan anjuran PAS Cawangan Batak Rabit dengan kerjasama Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan JKKK Kg. Batak Rabit. Ia telah berjalan selama tiga minggu dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan memancing udang, futsal. badminton, congkak, karom, mewarna, senamrobik dan tarik tali.





Puan Hajah Faridah, isteri ADUN menerima cenderamata daripada Ketua Muslimat Cawangan Batak Rabit.
YB Haji Anuar juga telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pada malam penutup juga telah diadakan cabutan bertuah. Majlis penutupan karnival sukan ini telah menarik ramai penduduk kampung hadir ke Dewan MPTI di Taman Karentina, Batak Rabit.


Timbalan YDP juga menyampaikan hadiah cabutan bertuah.


Haji Akram turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Menurut pengarah program, Saudara Baharuddin, tujuan diadakan karnival sukan rakyat ini adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama masyarakat di kampung tersebut. Beliau berharap karnival sukan ini dapat dianjurkan pada tahun-tahun akan datang.




Adik ini mendapat hadiah cabutan bertuah sebuah basikal.


YB Anuar menerima cenderamata daripada pengarah program.


ar_rawa

Read more...

RAKYAT DIDAHULUKAN, BN DIKETEPIKAN - JOM JOIN PAKATAN RAKYAT

>> 19 Julai 2009



Amat menarik sekali apabila membaca sebab-sebab mengapa Datuk Chua Jui Meng masuk PKR. Selain wawasan beliau sama dengan wawasan Datuk Seri Anwar ibrahim beliau juga enyatakan bahawa keputusan pada PRU12 2008 lepas menunjukkan kehendak dan kemahuan rakyat (terutamanya di Semenanjung Malaysia) yang membuak-buak ingin menukar kerajaan.

Sekarang kita sedang menuju ke arah sistem dua parti. Maka pada PRU13 nanti, rakyat hanya akan memilih sama ada PR atau BN sahaja. Kan cantik tu. Dengar khabarnya PR melalui Majlis Presidennya telah bersetuju untuk memikirkan kearah mewujudkan lambang atau logo yang sama dalam pilihanraya serta sedang mengkaji untuk mendaftarkan PR sebagai sebuah parti yang bertanding dalam pilihanraya.

Setelah begitu banyak insiden yang berlaku di negara ini, maka apakah minda kita tidak terfikir bagaimanakah keadaan negara ini untuk pada masa akan datang. Baru 100 hari Najib memerintah, ada orang yanhg boleh mati dalam tahanan SPRM (yang sepatutnya badan bebas). Kalau mati dalam tahanan polis tu perkara biasa... Tengoklah kes Mendiang Kugan!

Zaman Mahathir dulu, puak UMNO/BN hanya rampas harta orang, tapi zaman ni..negeri yang berdaulat dan sah pun dah tidak selamat lagi. Perak adalah satu contoh di mana rampasan yang berkonsepkan hak aku, hak aku; hak orang pun hak aku..!

Sekarang ini, rakyat sudah tidak selamat. Dengan siapa hendak kita sandarkan ...polis ? mahkamah ? SPR ? SPRM ? Menteri ? Tak tau lah...

Oleh itu, marilah bersama-sama kita merealisasikan hasrat PM yang penuh kontroversi ini (kita sebenarnya malu berPMkan Najib ni).

1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

menjadi..

Jom 1 Malaysia join PR. Kalau nak rakyat didahulukan, kita ketepikan UMNO/BN.

ar_rawa

Read more...

KONVENSYEN KEADILAN NEGERI PERAK DI TELUK INTAN



TELUK INTAN, 18 Julai 2009 - Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak telah mengadakan Konvensyen Memimpin Harapan Rakyat di Hotel Angsoka, Teluk Intan. Ianya telah dirasmikan oleh YB Azmin Ali.



Saudara Tian Chua dan Tuan Haji Osman, Pengerusi PKR Perak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak (kanan) Ustaz Mustafa Shaari turut hadir bersama ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri.


Antara yang hadir.

Di dalam ucapan perasmian, YB Azmin Ali telah menyatakan hasil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP yang telah diadakan baru-baru ini. Antaranya keputusan bersama yang telah dicapai ialah agar segera ditubuhkan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan bahagian/kawasan.









Majlis Presiden PR juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo/lambang yang sama dalam pilihanraya umum akan datang. Juga dipertimbangkan ialah mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik pilihanraya kepada Pendaftar Pertubuhan. Akhirnya Majlis Presiden juga bersepakat mewujudkan sebuah jawatankuasa bersama Pakatan Rakyat dalam sebarang pilihanraya akan datang.

Sebelum itu, desakan agar segera ditubuhkan satu task force bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak yang menyebabkan berlakunya pilihanraya di negeri Perak dalam masa terdekat ini. Pandangan ini telah disuarakan sendiri oleh Pengerusi PKR Negeri Perak, Tuan Haji Osman di dalam ucapannya.

Dalam ucapan aluan oleh Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim, Pakatan Rakyat di Perak sekarang sedang mengalami satu fenomena yang dipanggil Politik Lita'arofu. Ia bermakna hubungan yang terjalin sesama parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP semakin hari, semakin rapat hasil daripada politik saling mengenali antara satu sama lain. Inilah yang amat membimbangkan UMNO/BN.

Selain daripada kehadiran ramai pimpinan tertinggi PKR Pusat dan negeri, wakil-wakil rakan parti dalam PR juga turut hadir. Antaranya Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak iaitu Dr. Khairuddin Dato' Malek dan Ustaz Mustafa Shaari serta Setiausaha PAS Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki bagi mewakili PAS Perak. DAP Perak pula diwakili oleh YB Datuk Ngeh Kom Ham.

Selepas majlis perasmian, kesemua hadirin telah keluar beramai-ramai ke tepi jalan raya untuk mengadakan demonstrasi menuntut pembubaran DUN Perak.

ar_rawa

Read more...

YB ANUAR HADIR KONVENSYEN KEADILAN PERAK

>> 18 Julai 2009

TELUK INTAN, 18 Julai - ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah hadir ke Konvensyen Memimpin Harapan Rakyat peringkat negeri Perak. Konvensyen tersebut telah diadakan di Hotel Angsoka, Teluk Intan. Antara wakil PAS Kawasan Teluk Intan yang hadir ialah Yang Di Pertua PAS, Ustaz Haji Ismail Che Nik, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan, Saudara Aamer, AJK kawasan serta Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kawasan, Puan Hajah Faridah yang juga merupakan isteri ADUN Changkat Jong. Wakil Kelab Penyokong PAS Teluk Intan juga turut hadir.

YB Anuar dan isteri bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mustafa Shaari.

Datuk Nge Koh Ham pun turut hadir.

Turut hadir ialah Setiausaha PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir. Saudara Sooria, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak di sebelahnya.




ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP