Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

MASALAH SEBULAN SIAP DALAM MASA SATU JAM

>> 19 September 2009

Jam menunjukkan pukul 2.40 petang. YB Haji Anuar telah memberikan wang kepada Haji Sulaiman, salah seorang yang menyertai ekspedisi kebajikan. Kami masih di rumah Puan Jariah sambil meninjau-ninjau keadaan rumahnya. Haji Sulaiman, bekas pekerja LAP sedang melihat-lihat paip yang telah dibuka meternya.


YB sedang berbincang tentang masalah Puan Jariah.

Beliau berkata, jika kita dapat membayar tunggakan petang ini, mungkin Puan jariah akan dapat bekalan semula. Setelah saya berbincang dengan YB Anuar, maka saya bersetuju untuk membawa Haji Sulaiman ke pejabat Lembaga Air Perak (LAP) di pekan Teluk Intan. Ini bermakna saya tidak dapat meneruskan ekspedisi bersama YB dan sahabat-sahabat lain.


Haji Sulaiman masuk ke pejabat LAP.

Maka, saya dan Haji Sulaiman terus menuju ke Teluk Intan. Keadaan jalan sesak. Kami sebenarnya mengejar masa agar kami sempat membayar tunggakan tersebut di LAP. Jam sudah menunjukkan pukul 2.50 petang. Haji Sulaiman berkata jika LAP tidak dapat memasang meter itu, beliau sendiri akan memasangnya selepas membayar tunggakan berjumlah hampir RM300 itu.

Setelah sampai, kami pun segera menuju ke pejabat LAP. Terpaksa pula mendaki tingkat ketiga. Sesampainya di sana, kami terus masuk ke dalam pejabat. Staf tidak ramai pada masa itu kerana ramai yang telah mula bercuti.


Dengan berpakaian jubah beliau terus menuju ke tingkat tiga pula.

Haji Sulaiman mengenali hampir semua staf dalam pejabat LAP. Beliau segera menjelaskan tunggakan tersebut dan berbincang dengan pegawai bertugas dan menawarkan diri untuk memasang sendiri meter paip.


Haji Sulaiman sedang menjelaskan bil tertunggak.

Setelah dua kali turun naik dari tingkat tiga ke bawah akhirnya kami telah memperoleh meter paip tersebut. Tanpa membuang masa kami segera bertolak balik dan singgah di rumah Haji Sulaiman kerana beliau perlu menukar baju (ketika itu memakai jubah hitam) dan membawa peralatan memasang meter paip.

Selepas itu, barulah kami menuju ke rumah Puan Jariah semula. Ketika itu, hujan mulai turun. Tanpa menghiraukan hujan, kami terus memasang meter paip. Anak-anaknya memerhati kerja yang dibuat oleh Haji Sulaiman dengan penuh harapan. Terharunya...


Sedang memulakan kerja memasang meter paip.

Dalam tempoh tidak sampai 10 minit pemasangan meter paip telah siap. Saya lihat jam menunjukkan pukul 3.40 petang. Ah..cukup satu jam.. Masalah selama sebulan telah dapat disiapkan dalam tempoh satu jam...!






Siap akhirnya....alhamdulillah..!

Setelah siap, kami terus ke rumah Puan Jariah. Anak-anaknya tidak sabar-sabar membuka paip rumah untuk melihat air yang akan keluar dari paip.

"Ada air..ada air mak..!" saya terdengar suara salah seorang anaknya dari belakang. Kami lihat Puan Jariah muncul dari dapur sambil tersenyum.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kami dan juga kepada YB Haji Anuar yangt elah bersusah payah menjelaskan tunggakan dan memasang meter paip.

"Syukur alhamdulillah. Dah sebulan kami tiada bekalan air" katanya.

"Selama sebulan kak dapat air dari mana..? tanya saya. Saya lihat wajah anak-anaknya ceria melihat kami.

"Tu la...mujurlah sepanjang bulan puasa ni hujan selalu turun." katanya

"Jadi selama sebulan puasa ni, kak hanya menggunakan air hujan ? tanya saya lagi

Puan Jariah mengangguk kepala sambil menundukkan kepala.

Saya berpandangan dengan Haji Sulaiman. Terharu mendengarnya. Bagaimana beliau dapat menguruskan seramai 8 orang anaknya dengan menggunakan bekalan air hujan sahaja.




Puan Jariah sedang mendengar penjelasan daripada Haji Sulaiman.

Setelah itu, kami memohon diri untuk pulang. Puan Jariah tidak habis-habis mengucapkan terima kasih kepada kami.

Akhirnya, hasrat kami telah tercapai. Semoga keluarga Puan Jariah akan ceria dengan tibanya Syawal lusa nanti. Dengan rasa penuh keinsafan saya berasa amat beryukur kerana memikirkan hikmahnya PAS mempunyai pelbagai latar belakang ahlinya.

Lihat sahaja Haji Sulaiman yang merupakan bekas kakitangan LAP. Saya rasa jika tanpa bantuan beliau mungkin keluarga Puan Jariah tidak akan dapat menimati bekalan air paip sebelum raya. Ini kerana menurut pegawai LAP tadi, akaun Puan jariah telah dipotong. Begitu banyak prosedur yang perlu dilakukan jika ingin memasang semula meter paip tersebut. Namun, berkat kepakaran dan penglaman Haji Sulaiman, usaha itu menjadi mudah.

Kesimpulannya, dengan pelbagai latar belakang ilmu dan kemahiran, para ahli PAS dapat dimanfaatkan dengan optimum demi meningkatkan syiar Islam.

Allahu akbar!

ar_rawa

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG BERSAMA PEMUDA PERAK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI

>> 18 September 2009

TELUK INTAN, 18 September - Hari ini, ADUN Changkat Jong bersama-sama rombongan Dewan Pemuda PAS Perak telah pergi ke dua kampung bagi menyampaikan sumbangan sempena aidilfitri yang bakal menjelma. Dua tempat tersebut ialah Kg. Selabak Dalam dan Kg. Air Hitam.


YB Anuar bersama beberapa orang AJK masjid meninjau bahagian dalam masjid.

Dewan Pemuda Negeri telah diwakili oleh Saudara Zamarul Aini serta diiringi Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang yang juga AJK DPP Perak. Turut bersama-sama ialah Timbalan YDP PAS Teluk Intan dan beberapa orang AJK DPP Teluk Intan.



Program bermula sebaik sahaja selepas solat Jumaat di Masjid Taqwa, Kg. Padang Tembak. Rombongan terus menuju ke Kg. Selabak Dalam. Bersedia menunggu di Masjid Kg. Selabak ialah Setiausaha PAS Cawangan Kg. Selabak.

YB Anuar Sudin sempat meluangkan masa melawat Masjid Kg. Selabak yang sedang dalam proses pengubahsuaian dengan diiringi AJK masjid.

Kemudian, ekspedisi terus ke Tebuk Suhud, Kg. Selabak Dalam. Rumah pertama yang disinggahi ialah rumah Saudara Sudirman. Beliau telah menerima sumbangan berbentuk barangan daripada wakil Pemuda negeri, Saudara Zamarul Aini sementara Ustaz Abdul Fattah turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Sdr. Sudirman.


Alhamdulillah, kata Saudara Sudirman ketika bersalaman dengan YB Anuar.




Sebelum kami bertolak, Sdr. Sudirman telah berjumpa dengan saya sambil menyatakan :

"Alhamdulillah, syukur. Inilah kali pertama YB datang ke rumah saya...syukur !" kata beliau dengan penuh terharu.

"YB sebelum ni (YB UMNO) pernah datang ke rumah ?" tanya saya.

"Langsung tak pernah..." beliau menjawab.


Perjalanan menuju ke rumah Puan Jariah.

Kemudian ekspedisi diteruskan ke sebuah lagi rumah iaitu rumah Puan Jariah. Keadaan rumahnya amat menyedihkan. Beliau amat terharu apabila menerima sumbangan daripada Pemuda PAS Negeri.




Saudara Zamarul Aini menyampaikan sumbangan.


Ustaz Fattah menyampaikan sumbangan wang tunai.




Begini keadaan bahagian belakang rumah Puan Jariah.

Dalam perbualan, Puan Jariah menyatakan bahawa rumahnya sudah sebulan tiada bekalan air akibat kena potong kerana tidak mampu membayar tunggakan bil air. Suaminya seorang tukang rumah tiada ketika itu.

Ini telah menarik perhatian kepada YB Anuar yang segera menyumbangkan wang tunai bagi menjelaskan tunggakan bil air tersebut. Hasrat YB Anuar agar Puan Jariah dapat menikmati kemudahan bekalan air bersih sebelum hari raya ini. Masa semakin suntuk.Esok hari Sabtu hari cuti. Lusa dah raya...

Bagaimana kami bertindak ?...Baca posting seterusnya.

ar_rawa

Read more...

PERUTUSAN HARI RAYA PESURUHJAYA PAS PERAK


BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan Allah SWT melakukan nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk Al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan Al-Quran.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah SWT ini.

Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah SWT dan percaya kepada janji Allah SWT, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah SWT.Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan meningkatkan pengorbanan kita dalam perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah SWT supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT, dalam Al Quran Karim.

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain

( Pesuruhjaya PAS Perak Darul Ridzuan)

Read more...

PERUTUSAN 1 SYAWWAL 1430H

>> 17 September 2009


PERUTUSAN 1 SYAWWAAL 1430

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.


Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.


Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.


Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.

Read more...

80% GOLONGAN MUDA TAK SOKONG BN - DAIM





KUALA LUMPUR, 16 Sept: 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

"Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.

Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.

Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat.

"Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.

Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".

Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.

Rakyat, katanya, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.

Itulah kekecewaan terbesar rakyat, katanya._(harakahdaily)

Read more...

HARI JUMAAT CUTI SEKOLAH

Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. BERNAMA

Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI KAWASAN TELUK INTAN

>> 16 September 2009


Antara para bapa yang hadir ke majlis berbuka puasa PASTI Kawasan Teluk Intan.

TELUK INTAN, 16 September - Seperti tahun lalu, PASTI Teluk Intan menganjurkan majlis berbuka puasa pada bulan Ramadhan al Mubarak tahun ini. Majlis berbuka telah diadakan Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kampung Padang Tembak.


Ustaz Ismail sedang memimpin tahlil.

Majlis telah hadiri oleh para pimpinan PAS Kawasan, para ibu bapa, guru-guru serta murid-murid PASTI. Turut hadir ialah ahli jawatankuasa PASTI Teluk Intan dan pengurus-pengurus PASTI cawangan.


Sdr. Shamsuddin, Pengerusi PASTI Teluk Intan.

Majlis bermula seawal 6.50 petang dengan bertahlil yang telah dkepalai oleh YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik. Pada tahun ini majlis berbuka PASTI kawasan telah ditaja oleh Restoran M. Gulam Rasul iaitu salah sebuah restoran yang terkenal di Teluk Intan.

ar_rawa

Read more...

SUAMI AKTIVIS ANTI-ISA DIBEBASKAN

>> 15 September 2009



Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.

Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah. Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007.Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.(malaysiakini)

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG TERUS MEMBERI SUMBANGAN AIDILFITRI

>> 14 September 2009



TELUK INTAN, 14 September - Sejak beberapa hari ini, wakil rakyat Changkat Jong YB Haji Mohd Anuar Sudin tidak henti-henti menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri. Malahan aktiviti kebajikan ini sebenarnya telah dilakukan sejak sebelum bulan Ramadhan lagi.


Rombongan PAS Kawasan tiba di Ganda.


Rombongan YB disambut oleh penduduk kampung.

Hari ini, ADUN Changkat Jong telah hadir ke majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri dan berbuka puasa di Ganda. Ia telah diadakan di Surau KSK. Rombongan PAS Kawasan Teluk Intan dan YB telah bertolak dari Markaz PAS Teluk Intan pada pukul 5.30 petang dan tiba di Ganda jam 6.00 petang. Rombongan telah disambut oleh penduduk di sana yang sedang bergotong-royong memasak buat juadah berbuka puasa nanti.


Ustaz Ismail bersama beberapa orang AJK Kawasan.


Antara penduduk yang hadir.



Antara yang turut bersama ADUN Changkat Jong ialah YDP PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Haji Ismail Che Nik serta beberapa orang AJK Kawasan Teluk Intan dan Pemuda Kawasan.

Majlis dimulai dengan ucapan oleh YB Haji Anuar. Antara isi ucapan beliau ialah tentang kewajipan umat Islam memilih pemimpin yang adil demi mendapatkan pembahagian kekayaan secara sama rata dan adil.


YB Anuar menyampaikan tazkirah.



Beliau juga menyatakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Perak sudah pasti kekayaan negeri ini dapat diagihkan secara adil kepada rakyat negeri ini. Malangnya, apabila UMNO BN telah merampas kerajaan negeri Perak maka usaha murni kerajaan PR telah terbantut.


YB Anuar menyampaikan sumbangan dengan diiringi Ketua Cawangan, Sdr. Termizi.



"Negara kita ini kaya dengan hasil. Jika kekayaan ini diurus dengan baik dan adil maka sudah pastilah setiap rakyat negara ini menerima nikmat kekayaan negara ini dengan adil. Tetapi apabila UMNO menjadi pemerintah, kekayaan negara tidak diagihkan sama rata dan adil. Hanya segelintir sahaja orang Melayu yang benar-benar mendapatnya sedangkan masih banyak lagi dalam kalangan orang Melayu yangmasih hidup merempat," tambah beliau lagi.

Selepas itu, YB Haji Anuar telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang penduduk di sekitar Ganda dan Sungai Cawang. Sunbangan terdiri daripada beras, gula, minyak masak, garam, teh, tepung dan lain-lain keperluan dapur.

Kemudian, YDP PAS Kawasan Teluk Intan telah menyampaikan 11 sijil keahlian PAS yang baru kepada Ketua Cawangan Ganda/Sg. Cawang, Saudara Termizi bin Mat. Saudara Termizi juga turut menerima sumbangan pakaian terpakai untuk diagihkan kepada penduduk di situ.




Setiausaha Kelab Penyokong PAS Teluk Intan turut hadir.


Berbuka puasa beramai-ramai.


Ustaz Ismail menyampaikan sijil ahli PAS baru.



Selepas itu, majlis tahlil telah diadakan yang dikepalai oleh YDP sendiri. Sebenarnya jamuan berbuka tersebut telah ditaja oleh Saudara Aamir, AJK PAS Kawasan Teluk Intan.

ar_rawa

Read more...

PRK N31 BAGAN PINANG PADA 11 OKTOBER

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu. (malaysiakini)

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP