Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PERBINCANGAN HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID

>> 11 September 2010


Ustaz Zaharudin Mohamad

Ahli Majlis Syura Pas

Pertama : Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.

Kedua : Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.

Ketiga: Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram

Saya akan cuba meringkaskan jawapan bagi ketiga-tiga persoalan sekaligus secara padat dan mampu difahami, InshaAllah.

Asas rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Satu lagi adalah :-

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ

Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja.” ( 4:43 )

MASUK MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat diatas. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad mempunyai sedikit perincian dalam hal tersebut.

Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor’ yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.

Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat

“Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)”

Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditanglkap atas kesalahan tertentu),

بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ

Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.[1]

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.

Imam Nawawi menghuraikan :

وفي هذا جواز ربط الأسير وحبسه وجواز إدخال المسجد الكافر ومذهب الشافعي جوازه بإذن مسلم سواء كان الكافر كتابيا أو غيره وقال عمر بن عبد العزيز وقتادة ومالك لا يجوز

Ertinya : Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Selain yang diatas, anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.

Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-

لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى

Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام

Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

KESIMPULANNYA

Majoriti ulama bersepakat bukan Islam TIDAK BOLEH MEMASUKI masjidil haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.

Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :-

  • 1) Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.
  • 2) Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.
  • 3) Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.

Read more...

EDARAN AKHBAR PENGAMPU BN JATUH MERUDUM



Audit Bureau of Circulations (ABC) melaporkan, edaran akhbar-akhbar arus perdana (MSM) semuanya jatuh kecuali Sin Chew. Antara 2005 hingga 2009, edaran The Star merudum dari 310,000 kepada 287,000 (-7.4 peratus), the New Straits Times merudum dari 139,000 kepada 111,000 (-20 peratus), Utusan Malaysia merudum dari 213,000 kepada 169,000 (-21 peratus) dan Berita Harian merudum dari 204,000 kepada 155,000 (-24 peratus) – lihat Malaysian Insider hari ini “Readers shun newspapers for Internet and scandal sheets“.


Ini bukan penilaian yang dibuat oleh Ketua Penerangan Cawangan Pas Jebong Taiping Perak, tetapi oleh badan professional. Saya yakin sekiranya tidak ada GLC yang tolong taja secara percuma surat khabar Utusan Malaysia, Berita Harian, NST ke sekolah-sekolah, sudah tentu jatuh merudum dan menonggeng.

Ini satu isyarat kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian jangan bawa berita yang mengarut. Ketua Editor perlu sedar, sekarang bukan zaman batu. Hentikan tabiat yang buruk, kalau tidak akhbar ini menurut jejak langkah Utusan Melayu (jawi). Ingat seperti pesan Al-Shahidd Syed Qutb “Kebatilan walaupun nampak kuat, tetapi tidak kekal, kebenaran walaupun nampak lemah tetapi akan menang”

Read more...

MARAH SUNGGUH NAJIB ORANG NAK BAKAR QUR'AN


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan ekstremis, paderi Terry Jones dari The Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai amat dikesali.

Najib berkata tindakan paderi itu merupakan satu keingkaran, tidak bertamadun dan hendaklah dikutuk oleh mereka yang berfikiran rasional.

"Ia akan menjadi satu implikasi yang sangat serius. Saya sangat berharap dan berdoa agar presiden Barack Obama dan kerajaan Amerika Syarikat akan berbuat sesuatu untuk menghalang daripada berlaku," tegas Najib.

(Inilah antara pemimpin Melayu yang amat prihatin jika Qur'an dibakar. Usah tengok pentadbiran negara, dalam rumah dia sendiri belum tentu lagi ikut al Qur'an. Contoh : Tengok orang yang duduk di sebelah tu. Kalau betul-betul ikut Qur'an, dah lama dia bertudung....)

Read more...

PERUTUSAN EIDUL FITRI PRESIDEN PAS

>> 10 September 2010


Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut (maksudnya): “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah (bermaksud): “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan (bermaksud): “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.

Salam Hormat,

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Selamat Menyambut Eidul Fitri.

Dari Presiden PAS
YB. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Read more...

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI PESURUHJAYA PAS PERAK


BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan Allah SWT melakukan nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk Al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan Al-Quran.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah SWT ini.

Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah SWT dan percaya kepada janji Allah SWT, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah SWT.

Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan meningkatkan pengorbanan kita dalam perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah SWT supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT, dalam Al Quran Karim.

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran: 102)

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain

( Pesuruhjaya PAS Perak Darul Ridzuan)

Read more...

PERUTUSAN AIDIL FITRI 1431H ADUN CHANGKAT JONG

>> 09 September 2010



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ


Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita telah berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan melaksanakan segala perintahNya termasuklah amalan-amalan sunat. Mudah-mudahan kita juga dikurniakan darjat taqwa atas usaha kita melawann hawa nafsu.



Setelah diberikan kemenangan, marilah sama-sama kita berusaha mengekalkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Janganlah dalam kita bergembira menyambut Hari Raya ini, kita lalai dari mengingati Allah sehingga kita terjebak ke dalam perkara-perkara yang mengundang murka Alah.


Ingatlah, kemenangan sebenar adalah kemenangan yang dapat menyelamatkan diri kita daripada azab Allah. Tiada cara lain melainkan kita berusaha menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.


Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri serta maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya di kawasan DUN Changkat Jong.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin
ADUN Kawasan Changkat Jong.

Read more...

PERUTUSAN AIDIL FITRI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN TELUK INTAN

>> 08 September 2010


Perutusan Aidil Fitri 1431 Hijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudara/Saudari yang dirahmati Allah

Puasa Ramadan sebulan mengajar kita menjadi orang yang bertaqwa. hanya mereka yang bertaqwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang membawa keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat

Ingatlah firman Allah di dalam Al Qur'an surah Taha ayat 124-126- Maksudnya: Sesiapa yang berpaling (tidak mengambil petunjuk dan ajarannya) dari peringatanku maka baginya kehidupan yang sempit (sulit) dan kami himpunkan di hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata “ wahai Tuhanku! Mengapa engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta, padahal dahulu aku dapat melihat?” Allah Berfirman “ Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami (keterangan Kami), lalu engkau melupainya (tidak beramal), oleh itu di hari ini engkau dilupakan”.

Jadikanlah Ramadan yang ditinggalkan memberi pengajaran dan mendidik sehingga mengubah sikap dan akhlak kita dengan lahirnya sikap taqwa.

Marilah kita jadikan Hari Raya Aidil Fitri yang kita sambut ini, masa bersyukur dengan nikmat Islam memuji dan memuja Allah SWT. Jadikan hari raya ini untuk kita ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Buangkan sikap dendam mendendam kerana sikap dendam mendendam itu membawa kepada perpecahan, kelemahan dan kehancuran.

Islam tidak membenarkan kita bergaduh dan bertelingkah melampaui batasan, sehingga bekerat rotan dan berpatah arang, ingatlah Sabda Rasulullah SAW “ Janganlah kamu sekelian dengki mendengki, jangan kamu memutuskan silatur-rahim, jangan benci-membenci, jangan musuh memusuhi, tetapi jadilah kamu sekelian sebagai hamba Alllah yang bersaudara sebagaimana yang diperintah oleh Allah ke atas kamu.”

Marilah kita mengambil ruh Ramadan dam Hari Raya ini dengan mengukuhkan perpaduan dalam Jamaah , maka setiap keputusan dan arahan pimpinan hendaklah dipatuhi, walaupun keputusan pimpinan itu dianggap tidak sewajarnya dibuat begitu. Ingatlah keputusan yang dibuat oleh pimpinan mempunyai pandangan tersendiri demi untuk kepentingan dan keharmonian dalam Jamaah.

Akhir kata, sempena 1 Syawal 1431 ini saya dan AJK PAS Kawasan Teluk Intan menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan andainya ada kesalahan dan kesilapan melalui tutur kata atau tindakan yang menyinggung perasaan saudara dan saudari sekelian. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan Dewan Himpunan Penyokong PAS Teluk Intan serta rakan-rakan Pakatan Rakyat Teluk Intan iaitu PKR dan DAP semoga ikatan kita semakin kukuh.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar.Walillahilhamd.

Sekian, terima kasih. Wassalam


YDP PAS Kawasan Teluk Intan
(Us Ismail Che Nik)

Read more...

PERUTUSAN AIDIL FITRI KETUA URUSAN ULAMA' PAS KAWASAN TELUK INTAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhariraya) kerana Allah berikan hidayah kepadakamu." (Surah Al Baqarah : 185)



Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhariraya.



Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar".Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.



Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja.Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.



Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu.Bahkan ia merupakan kehendak agama.



Antara nikmat berhariraya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri.Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.



Apabila disebut hariraya, bukan saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.



Pada hariraya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat.Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.



Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.



Begitu juga dalam kita berhariraya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhariraya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.



Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanp akawalan pada setiap tahun.



Beraparamai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.



Apabila hariraya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok.Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hariraya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhariraya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.



Kita diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hariraya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza WaJalla.



Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaanny asepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.



Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada HariKiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.



Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumahtangga dans ebagainya dia akan masuk neraka.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.



Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. Walillahilhamd.



Ketua Urusan Ulama



PAS Kawasan Teluk Intan.

Read more...

PERUTUSAN AIDIL FITRI KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TELUK INTAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Ramadhan 1431 hijrah sudah hampir melabuhkan tirai barkahnya. Di detik-detik akhir ini mari sama-sama kita bermuhasabah merenung ke dalam diri, sejauh mana telah kita manfaatkan peluang di bulan Ramadhan yang hampir berlalu ini dengan melakukan amal ibadah kepadaAllah taala. Mari kita gantungkan harapan sebesar-besarnya semoga digolongkan ke dalam hamba-hambaNya yang mendapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka Allah, InsyaAllah.

1Syawal yang bakal menjelang ini kita sambut dengan penuh syukur dan redha kerana ia adalah hadiah daripada Allah s.w.t kepada umat Islam atas kejayaan perjuangan mengekang hawa nafsunya semata-mata untuk membuktikan kehambaan dan kecintaannya kepada Allah taala. Apa yang diharapkan daripada sambutan Hari Raya ini bukan sekadar keseronokan semata-mata tetapi yang penting adalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaanNya.

Marilah kita perbanyakkan bertakbir, bertahlil dan bertahmid serta berdoa kepada Ilahi agar memberi kemenangan kepada perjuangan menegakkan agama Allah di mukabumiNya ini. Amalan ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim amat baik kita lakukan untuk menjalin kasih sayang sesama Islam bagi kelangsungan kerja dakwah kita kepada sanak saudara dan sahabat handai.

Dikesempatan ini saya mewakili AJK Dewan Muslimat PAS Teluk Intan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Ampun maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan dan segala amanah yang tidak tertunai. Semoga kita kita semua mendapat mendapat keberkatan dan keredhaanNya dan diberiNya semangat dan kekuatan baru untuk meneruskan gerak kerja jihad kita dalam usaha membantu kemenangan kepada agama Allah di negara yang kita cintai ini Insya Allah.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD
Sekian Wassalam.

Robiatun binti Abas,
Ketua Dewan Muslimat
PAS Kawasan Teluk Intan.

Read more...

RANGKUMAN AKTIVITI ADUN CHANGKAT JONG MINGGU INI

5 September 2010 (pagi) :
Penyampaian sumbangan kepada anak yatim di Taman Seri Setia, Teluk Intan.


YB Anuar menyampaikan ucapan.

Ketua PAS Cawangan Seri Setia sedang menyampaikan ucapan.

Seorang anak yatim menerima sumbangan daripada YB Anuar.

Pn. Hjh. Faridah turut menyampaikan sumbangan.

Bergambar bersama anak-anak yatim.

5 September 2010 (petang) :
Penyampaian sumbangan Syawal dan berbuka puasa di Surau Taman Melur, Teluk Intan.

YB Anuar berucap.

Menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk.

Mudah-mudahan dapat meringankan beban kehidupan pada bulan Ramadhan.

5 September 2010 (malam) :
Majlis Khatam Qur'an di Surau Diri Jumaat Taman Intan Mas.

Pengerusi surau, Tn. Hj. Mohd. Akram menerima cenderamata daripada YB Anuar.

Adik ini juga menerima cenderamata sempena khatam Qur'an.


7 September 2010 :
Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal/miskin di Kg. Selabak.

Sebelum majlis, YB Anuar ziarah seorang veteran PAS Kg. Selabak, Hj. Asmuni.

Bersama pimpinan PAS Cawangan Kg. Selabak.

Sebelum penyampaian sumbangan, YB Anuar menyampaikan ucapan.

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP