APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
NAJIB ENGGAN MINTA MAAF - haram jadah...!
>> 25 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
melalui jawapan bertulisnya enggan memohon maaf serta menarik balik
kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu.
Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.
Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan.
"Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda.
"Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya.
Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah.
"Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda.
"Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya.
Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.(harakahdaily)
Read more...
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu.
Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.
Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan.
"Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda.
"Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya.
Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah.
"Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda.
"Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya.
Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.(harakahdaily)
PAS & TAHALUF SIYASI : BUKAN SEMATA-MATA HENDAK TUMBANGKAN UMNO
>> 21 Jun 2012
TELUK INTAN, 18 Jun - Penglibatan PAS bertahaluf siyasi dengan parti-parti lain bukan semata-mata untuk menolak kezaliman UMNO malah ia lebih jauh daripada itu. Demikian telah dinyatakan oleh ahli jawatankuasa Lujnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Abdul Kadir Al Joofree semasa membentang kertas kerja dalam program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membentang kertas kerja bertajuk "Tahaluf Siyasi : Garis Panduan Dari Prespektif Islam" dari Majlis Syura Ulama PAS.
![]() |
| Bersama YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik. |
![]() |
| Ruang dalam markaz penuh sesak hingga melimpah keluar. |
Menurut Ustaz Syed Abdul Kadir, tahaluf siyasi bukan satu matlamat bagi PAS tetapi ia adalah satu jalan atau strategi. Oleh itu, perjuangan PAS bukan sekadar bertahaluf siyasi dan menumbangkan UMNO/BN malah ia lebih daripada itu iaitu mencapai keredhaan Allah SWT.
Menurut pegawai Majlis Syura Ulama itu lagi, ahli-ahli PAS sepatutnya mengambil peluang tahaluf siyasi ini dengan melebarluaskan lagi medan dakwah mereka di samping mengukuhkan kedudukan politik.
Berdasarkan kepada penelitian kepada dalil-dalil serta realiti kedudukan politik di Malaysia, enam perkara penting perlu dijadikan garis sempadan Tahaluf Siyasi. Enam perkara tersebut adalah seperti berikut:
1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.
2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada Pakatan Tahaluf.
4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.
6. Majlis Syura ‘Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa.
| Sesi pertanyaan sedang berjalan. |
![]() |
| Para hadirin mengambil peluang bersalaman dengan Ustaz Syed. |
Akhirnya, beliau menekan PAS akan memastikan bahawa dasar-dasar parti dan Islam tidak akan tergadai apabila bertahaluf siyasi.
Kehadiran para ahli PAS dan penyokong adalah di luar jangkaan di mana kehadiran orang ramai telah memenuhi ruang dalam dewan markaz.
intanhijau.blogspot.com
Read more...
Pelakon Hairie Othman pula sertai PAS
(Hairie [berjaket tiga dari kanan] bergambar bersama selepas ceramahnya semalam)
BATU GAJAH: Pelakon, seniman, sastrawan kini
berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem
Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.
Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan
menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS,
Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6
julai ini.
Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.
Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi
Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan
Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.
Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.
Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.
Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk
Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah
untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.
"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan
dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?
"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.
Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas
komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.
"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari
ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya
dalam nada gembira.
Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.
"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai
perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi
rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.
Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang
memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan
assobiyyah.
"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan
saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan
memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya.(harakahdaily)
Read more...
Bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia sertai PAS
>> 17 Jun 2012
BAGAN SERAI: Bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji AHmad Zabidi bin Shamsuddin menyerahkan borang menyertai PAS.
Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.
Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.
Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.
Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di
kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.
Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.
“Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka
ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.
Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak
sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.
“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat
dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.
Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar
yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular
ciptaan manusia.
Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng
Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu
kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta
mewarisi perjuangan Rasulullah.
Sumber: Perakite Daily
Read more...
Ustaz Yahya: Pimpinan Ikhwan titiskan air mata
![]() |
| Dr. Syed Azman (penulis) bersama al Banna. |
KAHERAH: Putera sulung Syahid Hassan A-Banna, Ustaz
Saiful Islam menitiskan air mata tidak dapat menahan kesedihan apabila
saya menyampaikan berita sedih perginya seorang pendakwah tersohor dan
guru tarbiyyah bagi setiap pendokong gerakan Islam, Ustaz Yahya Othman.
Perkhabaran berita sedih ini di sampaikan penulis kepada Ustaz Saiful Islam sewaktu menziarahi beliau yang agak uzur di tengah-tengah kota Kaherah.
Menurut Ustaz Saiful Islam, beliau telah mengenal rapat Al-Marhum Ustaz Yahya sejak dari awal tahun 70’an lagi sewaktu sama-sama menggerakkan pertubuhan WAMY dan IFSSO di serata dunia.
"Saya amat sedih di atas pemergiaan sahabat baik saya ini. Pemergian beliau di tangisi bukan sahaja umat Islam Malaysia tetapi juga diseluruh pelusuk dunia. Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita”.
Menurut Ustaz Saiful Islam, Ustaz Yahya adalah seorang pendakwah yang gigih dan merupakan penggerak tarbiyyah bagi gerakan Islam melalui program anjuran WAMY dan IFSSO di serata dunia.
Beliau amat dihormati di peringkat antarabangsa serta menjadi 'penghubung' kepada pimpinan gerakan Islam di seluruh dunia dengan PAS di Malaysia.
Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.
Inilah contoh Sheikul Tarbiyyah yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Airmata kesedihan membasahi semuapimpinan gerakan Islam yang mengenali beliau.
Pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti. Seluruh kepimpinan Ikhwan Musimin Mesirmenyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau.
Selamat tinggal Mujahid Agong Ustaz Yahya Othman...(harakahdaily)
UMNO KINI BERGANTUNG KEPADA TALIAN HAYAT
>> 14 Jun 2012
TELUK INTAN, 13 Jun - UMNO semakin terdesak dan hampir menuju ke penghujung. Kini UMNO terpaksa bergantung kepada talian hayat demi meneruskan sisa-sisa hidup parti itu. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sdr. Raja Iskandar Al Hiss semasa menyampaikan ceramahnya di Bilik Gerakan Pemuda PAS Teluk Intan, Kg. Selabak Luar dekat sini.
Talian hayat tersebut ialah 3R iaitu race (kaum), religion (agama) dan royal (raja) yang sekarang digunakan sepenuhnya oleh UMNO.
| Dari kanan : Ustaz Abdul Fattah Awang, YB Anuar Sudin, Sdr. Raja Iskandar dan Sdr. Sarguna. |
Talian hayat UMNO race adalah di mana UMNO giat menakut-nakutkan orang Melayu jika UMNO kalah maka orang Melayu akan susah. Sedangkan selama ini UMNOlah yang menindas bangsa mereka sendiri dan terbaru ialah penarikan PTPTN kepada pelajar KUIS.
Talian hayat kedua ialah religion (agama) yang juga dakyah UMNO menyatakan bahawa jika UMNO kalah dan PR menang, agama Islam akan terpinggir. Jika benar UMNO pembela agama, mengapakah apabila kerajaan Kelantan ingin melaksanakan hudud telah dihalang oleh Perdana Menteri UMNO.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua DPP Perak turut bertanya, di manakah UMNO semasa MCA menyifatkan Islam agama zalim jika hudud dilaksanakan.
Akhir sekali, UMNO telah menggunakan talian hayat royal (raja) untuk mengaut simpati orang Melayu kepada perjuangan sia-sia mereka.
"Mereka (UMNO) sebenarnya telah lama menggugat institusi raja-raja Melayu dengan cuba melaga-lagakan pimpinan PR dengan raja seperti isu nombor plat kereta WWW1," tambah beliau lagi.
| YB Anuar menyampaikan ceramah. |
| Ustaz Misbah menyampaikan ceramah dengan bantuan tayangan slaid yang menarik dan bermaklumat. |
Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan Naib Ketua DPP Perak Ustaz Ahmad al Kamaruni turut menyampaikan ceramah.
Turut hadir ialah Ketua DPP Teluk Intan Ustaz Abdul Fattah Awang dan Ketua Pemuda DHPP Perak Sdr. Sarguna.
intanhijau.blogspot.com
Read more...
KEHADIRAN AISHAH DI TELUK INTAN DISAMBUT HANGAT
>> 10 Jun 2012
TELUK INTAN, 8 Jun - Wan Aishah Wan Ariffin telah menerima sambutan hangat oleh warga Teluk Intan apabila hadir sebagai tetamu khas dalam majlis Sepetang Bersama Aishah baru-baru ini. Majlis telah diadakan di kediaman ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin di Kg. Perwira Jaya dekat sini. Ia adalah anjuran Nisa Teluk Intan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.
Wan Aishah atau lebih dikenali dalam bidang seni suara sebagai Aishah satu ketika dahulu amat popular dengan beberapa lagu terutamanya lagu 'Janji Manismu'. Di sepanjang karier seni, beliau telah memenangi banyak anugerah. Kini beliau telah berhijrah dan lebih menarik lagi sebulan yang lalu telah menyerahkan borang ahli PAS kepada Mursyidul Am PAS.
| Kehadiran Aishah disambut mesra oleh pimpinan Muslimat Teluk Intan. |
| Aishah bersama Ketua Muslimat Pn. Robiatun Abas (kanan) dan Timbalan Ketua Muslimat, Pn. Hjh. Faridah. |
Majlis bermula jam 5.00 petang itu telah menarik bukan sahaja golongan remaja malah golongan umur pertengahan yang mungkin meminati beliau semasa zaman kemuncak Aishah di persada seni negara dahulu. Setiap ruang khemah telah dipenuhi dengan orang ramai yang ingin melihat sendiri artis kesayangan mereka satu masa dahulu.
| Ketua Muslimat PAS menyampaikan ucapan. |
| YB Anuar turut menyampaikan ucapan. |
| Aishah menceritakan pengalaman beliau. |
Acara bermula dengan ucapan aluan daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Teluk Intan, Puan Robiatun Abas dan diikuti oleh YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Akhirnya, para hadirin telah mendengar ucapan daripada Aishah. Beliau banyak menceritakan tentang pengalaman beliau sebagai penceramah PAS yang menerima begitu banyak rintangan, pengalaman semasa menyertai Himpunan Bersih 3.0 dan tentang amalan demokrasi di Malaysia berbanding negara-negara luar.
| Orang ramai menikmati minum petang. |
| Ketua Muslimat sedang membuat cabutan bertuah. |
| Pengunjung bertuah....dapat minum petang bersama Aishah. |
Beliau yang memiliki ijazah dalam bidang Sains Politik dari New Zealand berharap dapat meneruskan perjuangan di dalam PAS yang diyakini dapat membawa kepada kesejahteraan rakyat bersama-sama parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.
Berikut adalah sebahagian daripada ucapan Aishah.
Selepas itu, slot dialog antara orang ramai yang hadir dengan Aishah telah diadakan yang banyak bertanya tentang perbandingan antara peribadi Tok Guru Nik Aziz dengan Perdana Menteri Malaysia dan tentang punca-punca beliau berhijrah serta masuk PAS.
Kemudian, cabutan bertuah telah diadakan di mana seramai 10 orang pengunjung bertuah telah berpeluang minum petang bersama Aishah.
intanhijau.blogspot.com
Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)









