Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

RIBUAN RAKYAT MEMBANJIRI 'RESIDENSI RAKYAT' DI IPOH

>> 09 Februari 2009


8.2.2009 - Ribuan rakyat telah membanjiri residensi Menteri Besar yang kini residensi tersebut dipanggil sebagai 'RESIDENSI RAKYAT' oleh YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Haji Mohd. Nizar bin Jamaluddin semalam.
Di dalam ucapan, beliau juga memaklum bahawa Televisyen Al Jazeera telah menemu ramah beliau berkenaan isu ini. Dan telah hebah di dunia sekarang bahawa telah berlaku kudeta di negara ini. Initelah menimbulkan satu pandangan dan imej yang tidak baik kepada negara ini akibat perbuatan BN/UMNO.
Beliau juga menegaskan bahawa Najib sebagai dalang dan penyebab kepada semua ini. Beliau memberi amaran jangan berlaku biadap terhadap rakyat di bumi Perak ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana telah datang dengan cara yang aman.
"Ini penting, kerana kita nak tunjukkan kepada pihak keselamatan terutamanya pihak polis bahawa kita mampu mengadakan himpunan dalam suasana aman kerana kita sendiri bencikan kekacauan," tegas beliau.

Program Himpunan Rakyat yang bertujuan menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan serta menyokong kepimpinan Menteri Besar PR telah menerima limpahan kehadiran rakyat yang berbilang kaum. Sesuatu fenomena yang agak menakjubkan. Tidak kira tua atau muda, lelaki dan wanita; baik Melayu, Cina dan India (walaupun mereka agak sibuk dengan perayaan Thaipusam) turut datang beramai-ramai ke residensi rakyat, duduk bersama-sama untuk mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Limpahan rakyat yang cintakan kebenaran.
Lima orang pimpinan PR telah menyampaikan ucapan iaitu Cikgu Azmi Abdul Hamid (wakil NGO), YAB Menteri Besar Perak, Dr. Tan Seng Giaw, TG Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Wakil NGO, Cikgu Azmi telah menyatakan bahawa kemelut politik di Perak ini merupakan satu penghinaan kepada rakyat negeri Perak. Oleh itu, NGO telah berusaha membuat referandum rakyat dengan mengutip sebanyak mungkin tandatangan untuk dihantar kepada Paduka Seri Sultan Perak.



Orang ramai sedang menandatangani referandum.
Dr. Tan Seng Giaw yang mewakili DAP Kebangsaan apabila membicarakan soal kezaliman BN di negeri ini telah menarik perhatian hadirin dengan membacakan terjemahan al Qur'an dari surah Maryam ayat ke-72 yang bermaksud :

"Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut."
Kita di pihak kebenaran
Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang pula menyatakan bahawa secara fitrahnya, manusia bencikan kezaliman dan sentiasa menolak sebarang kezaliman. Oleh itu jika berlaku sebarang kezaliman atas diri mereka, maka mereka akan menentang sehabis-habisnya bagi melenyapkan kezaliman. Itulah yang telah berlaku di negeri Perak.

Apabila kerajaan pilihan rakyat telah dirampas secara zalim oleh BN maka apa yang berlaku ialah rakyat sendiri bangkit menentangnya tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Rakyat sedniri dapat menilai bahawa kerajaan PR merupakan kerajaan yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak rakyat berbanding dengan BN yang telah memerintah 50 tahun.
Dalam kes MB Perak, beliau menyatakan, Haji Nizar tidakpun meminta-minta jawatan MB. Tetapi apabila rakyat memilih beliau sebagai MB maka terpaksa memikul amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Dan itu telah dlakukan oleh beliau. Namun apabila amanah tersebut ingin dirampas secara paksaan maka sudah pastilah beliau mempertahankan amanah tersebut kerana ia dilakukan dengan cara yang salah serta zalim.
Tuan Guru juga menegaskan, tiada apa yang perlu kita takutkan kerana kita di pihak yang benar dan rakyat pelrlu yakin bahawa sesuatu kebenaran itu pasti dapat mengalahkan sesuatu kebatilan.
Jangan berlindung di belakang intitusi raja

"UMNO/BN jangan berlindung di belakang raja apabila rakyat menentang kezaliman mereka, " demikian penegasan oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DSAI sedang ditemuramah para wartawan selepas ceramah.
Apabila rakyat bangkit, mereka tidak boleh jadikan institusi raja sebagai tempat berlindung. Dalam kes negeri Perak, mereka sepatutnya bersedia pulangkan hak memilih itu kepada rakyat dengan cara berpilihanraya. Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang berhak menerajui kerajaan negeri.
"Dan jika PR ditakdirkan kalah dalam pilihanraya, maka kami akur dan menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Kami redha menerima keputusan rakyat. Maka BNpun sepatutnya akur juga jika mereka mengalami kekalahan," tegas beliau lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa dalam perbincangan pemimpin PR, mereka bersetuju bahawa Hj. Nizar meneruskan amanah beliau sebagai MB dan harus kekal tinggal di residensi MB. Beliau juga mencabar Dr. Zambry Kadir untuk berdebat dengan Hj. Nizar sebagai salah satu cara mencari kebenaran.


Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh turut hadir.

Menurut Ketua Penerangan PAS Perak, ceramah malam ini merupakan ceramah yang terakhir diadakan di residensi MB. Selepas ini, beberapa siri ceramah penerangan tentang isu ini akan diadakan di DUN-DUN di seluruh negeri Perak di mana MB sendiri akan turun berceramah bertemu dengan rakyat di samping pimpinan PR yang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP