Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

HARI YAG DINANTI-NANTI DI PENANTI...

>> 28 April 2009


Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini. Katanya, keputusan itu bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen. Tambahnya, tempoh berkempen selama lapan hari sudah mencukupi kerana hanya sebilangan kecil pengundi atas pagar sahaja yang membuat keputusan di saat akhir.

Abdul Aziz berkata, pondok panas menjadi "pusat ketegangan" semasa hari pengundian.

"Saya tidak tahu hendak menjelaskan gelagatnya (di pondok panas). Kadang-kadang macam dirasuk hantu. Bila kita cakap (tegur), dia kata kita pula yang emosional.

“Semangatnya (penyokong) tinggi dan bilangannya ramai," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Jelasnya lagi, SPR bagaimanapun masih membenarkan parti politik bertanding merayu di dalam kenderaan sewaktu menghantar pemilih ke tempat pembuangan undi.

"(Pengangkutan) itu perkhidmatan. Dalam kereta itu, bolehlah cakap (kempen)," katanya.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak yang melanggar arahan itu, Abdul Aziz berkata, mereka boleh didenda RM5,000 dan tidak dibenarkan mengundi bagi tempoh lima tahun seperti Seksyen 27(1) Akta Kesalahan Pilihanraya. Ditanya sama ada suruhanjaya itu sengaja melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut untuk membolehkan Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi, Jumaat lepas, beliau berkata:

"Pertama, tidak ada penanguhan sama sekali. Kita tunda pengumuman itu bagi menyelaraskan pegawai-pegawai kita. Kita juga perlu menemui pihak parti politik pada hari Khamis.

"Saya juga perlu dapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik bangunan, sekolah dan Insitut Kemahiran Belia Negara (untuk pusat pengundian).

"Dan (perkara ini) tiada kena-mengena dengan (MT) Umno. Kita pun tidak tahu mesyuarat itu, kecuali apabila ada orang bangkitkan perkara ini. "Tidak sama sekali. Tidak relevan sama sekali mesyuarat MT Umno dengan keputusan SPR," kata Abdul Aziz.

"Kita umumkan dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang. Kecuali saya mengumumkan pada hari kedua belas dan ketiga belas (selepas bermesyuarat)."Selain itu, diminta menjelaskan tindakan SPR menetapkan hari pengundian DUN Penanti pada Ahad, berbeza dengan tiga pilihanraya kecil sebelum ini, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai.

Pilihanraya kecil Penanti menggunakan daftar yang dikemaskini sehinggi 16 April dan mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pemilih pos. Daripada jumlah itu, 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 (India) dan 0.71 lain-lain kaum.Pengundian di 32 saluran akan berjalan di sembilan pusat pengundian - lapan sekolah dan satu dewan insitut belia.

Abdul Aziz berkata, 242 petugas SPR akan terlibat mengendalikan pilihanraya kecil itu dengan perbelanjaan RM500,000. Beliau juga berkata, jika BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, ia merupakan kali pertama dalam sejarah. Katanya, untuk pilihanraya ini, SPR bersetuju menubuhkan dua pasukan penguatkuasa kempen pilihanraya (PP-KPR) yang bertanggungjawab memantau pemasangan bahan kempen dan segala aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen dari 23 Mei sehingga selesai hari mengundi jam 5 petang pada 31 Mei. Abdul Aziz berkata, PP-KPR akan diketuai seorang pegawai penguatkuasa dan dianggotai seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.

SPR juga, katanya, bersetuju membenarkan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihanraya kecil tersebut, dan meminta mereka menghubungi urusetia SPR untuk urusan pelantikan dan syarat-syarat yang akan ditetapkan. Abdul Aziz berkata daftar pemilih bagi bahagian pilihanrayaberkenaan akan mula dijual pada 8 Mei ini.

"Pengundi dalam bahagian pilihanraya berkenaan juga boleh membuat semakan melalui lamanweb SPR iaitu www.spr.gov.my dan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 Mei ini.

"Selain itu, para pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang di talian 04-261 7692," katanya.(malaysiakini)

0 ulasan:

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP