Edisi Khas Muktamar PAS : PAS PERLU TEGAS NYATAKAN PENDIRIAN TANGANI ISU
>> 12 Jun 2010
PENGKALAN CHEPA, 12 Jun - PAS Melaka mencadangkan supaya PAS perlu tegas dan menonjol dalam menyatakan pendirian tentang sesuatu isu agar berlaku pertembungan pemikiran antara pimpinan PAS dan UMNO.
"Kita perlu tonjolkan pemikiran kita supaya rakyat tahu dan faham akan pendirian PAS," tegas perwakilan dari negeri Melaka dalam ucapan usul terima kasih dan perbahasan ucapan dasar yang disambung pada pagi ini.
Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya 1 Melaka itu menjelasnya, pertembungan pemikiran ini sekaligus dapat menzahirkan pendirian dan pandangan PAS dan membolehkan rakyat membuat perbandingan dan pilihan.
"Ketegasan dalam menyatakan pendirian ini juga dapat memberi keyakinan kepada semua kaum di negara ini untuk bernaung di bawah pimpinan PAS," ujarnya.
PAS Melaka katanya, lantang menyelar kegagalan UMNO dengan Dasar Ekonomi Baru yang tidak membawa sebarang perubahan kepada taraf hidup rakyat pelbagai bangsa dalam negara dan menurutnya masih lagi di takuk lama, meskipun UMNO telah lebih 50 tahun mentadbir negara.
Di bawah pentadbiran UMNO juga, sistem kehakiman negara dan sistem kepolisan negara mengalami kepincangan yang menggugat kepercayaan rakyat.
"Isu-isu kegagalan ini seharusnya diwar-warkan kepada rakyat supaya rakyat membuka mata untuk melihat akan segala penindasan UMNO ke atas rakyat dan seterusnya membuat tindakan untuk memilih PAS," tambahnya.
Beliau sebelum itu menyatakan penghargaan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat yang telah menguatkan serangan kepada UMNO dengan pengeluaran buku peneranga "UMNO Khianati Bangsa".
Buku itu memberitahu kepada rakyat tentang kepincangan yang dilakukan oleh UMNO selama menjadi pentadbir Malaysia

0 ulasan:
Catat Ulasan