umno......NO, NO,...AND NO....
>> 21 Julai 2010
PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat bekerjasama  dengan Umno yang didakwanya menjadi sekutu Yahudi- Zionis.   Sehubungan itu, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru  seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan  agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.  “Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan  meminta 'oksigen' dari PAS,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli parlimen Pokok Sena itu juga mengulangi pendirian PAS yang tidak akan bekerjasama dengan Umno yang didakwa menjadi sekutu zionis Yahudi. “Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan telah melantik syarikat perunding Apco Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.
“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan  umat Islam dan  rakyat Palestin,” katanya.
Mahfuz  juga mengucapkan terima kasih kepada mufti Perak, Tan Sri Harussani  Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu  Umno akan hilang. 
Katanya, kenyataan  mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno  dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu. 
“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” katanya.
Katanya lagi, PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam.
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan