(ada video) OCCUPYDATARAN DISERANG DBKL
>> 22 April 2012
Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.
Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.
Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 62 khemah itu ke dalam trak DBKL.
Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.
"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.

Hari kelapan demo siswa
Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.
Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.
Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.
Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.
Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi. (MALAYSIAKINI)
0 ulasan:
Catat Ulasan