Pengundi muda atas pagar dan wanita, kunci kemenangan PRU 13
>> 24 Ogos 2012
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Satu daripada sepuluh pengundi dalam pilihan
raya umum (PRU) akan datang adalah pengundi kali pertama dan di mana
mereka bersandar akan menentukan siapa yang mengambil Putrajaya.
Penentuan takdir Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sudah
terkunci dalam perebutan mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya
akan dating — dikatakan sebagai ibu segala pilihan raya.
Penganalisis politik dan pemerhati mengatakan golongan atas pagar —
terutama wanita yang bekerja di rumah dan pengundi muda — akan menjadi
penting dalam menentukan keputusan pilihan raya, perlu diadakan
selewat-lewatnya pada April 2013.
“Mereka (pegundi atas pagar) akan menentukan siapa bakal menang atau
kalah oleh kerana terdapat jumlah besar kerusi (dalam PRU lalu)
dimenangi dengan margin kecil,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka
Center.
Sehingga
akhir tahun lepas, bilangan pengundi yang layak telah berkembang
daripada 10.9 juta pada 2008 kepada 12.2 juta rakyat Malaysia,
peningkatan sebanyak 1.3 juta.
Jumlah pengundi akan bertambah jika pilihan raya diadakan pada tahun hadapan.
Rabu lalu, DAP dilihat sebagai yang pertama melihat kepentingan
pengundi baru apabila mereka melancarkan kempen nasional bagi
menggalakkan pendaftaran pengundi.
DAP berkata mereka akan membuat satu usaha terakhir bagi mendaftarkan
lebih ramai pengundi baru dalam usaha untuk mengatasi kelebihan tipis
dalam undi popular BN menangi berbanding PR pada PRU 2008.
baca seterusnya di sini
0 ulasan:
Catat Ulasan