Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

WAHAI PEJUANG PERAK BERSIAP SEDIA 9 FEB 2010....!

>> 25 Januari 2010


Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah.

Ketika dihubungi, peguam Nizar mengesahkan keputusan tersebut akan diumumkan pada tarikh tersebut. Mereka menerima faks dari pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai perkara itu pagi ini.

Kes tersebut didengar oleh panel lima hakim yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk
Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Panel tersebut menangguhkan kes tersebut pada 5 November tahun lalu selepas mendengar hujah kedua pihak.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Pada Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan menteri besar Perak bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada BN pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.(malaysiakini)

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG DI MAJLIS PENERANGAN DI KG ESSO - 34 ORANG MASUK PAS...!

>> 24 Januari 2010



TELUK INTAN, 24 Januari - PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah cemerlang pada tahun 2010 ini dengan berjaya mengadakan majlis penerangan kepada lebih 50 orang penduduk di Kampung Esso yang menjadi kubu UMNO.

(Lebih banyak foto lagi di http://intanhijauVS.blogspot.com)

Walaupun masih belum ada lagi cawangan PAS di sana, namun atas usaha ADUN Changkat Jong dan beberapa orang penduduk di situ maka satu majlis penerangan tentang PAS telah berjaya diadakan. Majlis tersebut telah diadakan di Kedai Makan Ismail, di Jalan Maharajalela (berhadapan Caely Girl).

Penduduk kampung yang hadir adalah terdiri daripada kaum lelaki dan wanita yang sanggup turun mendengar penerangan yang disampaikan oleh Sdr. Azhar Rafaei dan YB Haji Anuar sendiri.


Haji Azhar memberi penerangan tentang isu semasa negeri Perak.


Puan Hjh Faridah Rajiah bersama kaum wanita yang hadir.


Sdr. Aamir (berbaju merah) bersama-sama penduduk kampung.



Di dalam ucapan, YB Haji Anuar banyak menerangkan tentang PAS dan dasar-dasarnya serta keperluan menghayati Islam sebagai satu cara hidup.

Pada masa yang sama, tayangan slaid tentang PAS dan aktiviti ADUN Changkat Jong turut dipaparkan di samping edaran risalah tentang PAS.


YB Haji Anuar menerima 34 borang ahli baru PAS daripada Sdr. Ismail, wakil penduduk Kg. Esso.



Mendengar dengan teliti ucapan YB....


Paparan slaid aktiviti ADUN semasa YB Haji Anuar berucap.

Selepas itu, YB Haji Anuar turut menerima sebanyak 34 borang keahlian PAS daripada Sdr. Ismail, wakil penduduk kampung tersebut. PAS Teluk Intan di dalam perancangan menubuhkan cawangan di Kampung Esso.

Di penghujung majlis, YB Haji Anuar telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang penduduk kampung yang terdiri dalam kalangan mereka yang kurang mampu, warga emas dan OKU.





Turut hadir ialah Timbalan YDP PAS Teluk Intan, Ketua Penerangan Kawasan Sdr. Mohamad Hamzah, dan Sdr. Aamir, AJK PAS Kawasan serta Puan Hajjah Faridah Rajiah, isteri YB sebagai mewakili Dewan Muslimat Kawasan.

Rata-rata penduduk yang hadir berpuas hati dengan majlis penerangan terutama yang melibatkan isu-isu negeri Perak yang telah disampaikan oleh Sdr. Haji Azhar Rafaie dan YB Haji Anuar.



Puan Hjh. Faridah beramah mesra dengan kaum wanita.


Menikmati jamuan selepas sesi penerangan.


YB bersama salah seorang penggerak majlis penerangan.

ar_rawa

Read more...

CERAMAH PENERANGAN PAKATAN RAKYAT DI TELUK INTAN



TELUK INTAN, 23 Januari - Satu ceramah penerangan isu negeri Perak telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan. Ia adalah anjuran Pakatan Rakyat negeri Perak. Ia bersempena mengingati setahun rampasan kuasa negeri oleh BN. Antara penceramah utamanya ialah YB Drs. Khalil Idham Lim, YB V. Sivakumar dan YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.









YB V. Sivakumar lebih banyak menceritakan tentang keesahan kerajaan Perak yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Beliau juga menceritakan bagaimana kronologi rampasan kuasa oleh kerajaan BN Haram dan MB UMNO/BN Haram pada tahun 2009.

Sebelum itu, YB Anuar Sudin banyak tentang usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat semasa memerintah negeri Perak.

YB Drs. Khalil Idham Lim, pula menyentuh beberapa isu semasa negeri Perak yang mana telah setahun berlakunya peristiwa pahit rampasan kuasa BN ke atas kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat. Antara isu yang disentuh ialah penangguhan keputusan hakim tentang MB Perak yang sah pada 5 November 2009 yang sehingga kini masih tertangguh lebih 77 hari.


Sdr. Hacharan Singh bersama Hj. Akram


Dua orang penceramah utama malam itu.




Sdr. Suria bersama YDP dan Ketua Penerangan yang menjadi pengerusi majlis.

Beliau juga menceritakan bagaimana UMNO/BN yang tidak duduk diam sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan kembali kerajaan negeri Perak melalui jalan belakang dengan cara yang amat zalim dan kotor.

Sebelum itu, Ustaz Khalil sempat menziarahi mantan YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Hir Damanhuri di rumahnya yang terletak di belakang Markaz PAS Kawasan. Beliau sempat bertanya khabar dan mendengar sendiri pengalaman yang dialami oleh Ustaz Hir yang telah diserang penyakit stroke 8 tahun yang yang lalu.

Turut hadir ke majlis ceramah ialah YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik, Timbalan YDP Kawasan, Hj. Azhar Rafaie, Sdr. Surianarayanan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak dan Sdr. Hacharan Singh Pengerusi Kelab Penyokong PAS Teluk Intan.


Ustaz Khalil bertanya khabar Ustaz Hir, mantan YDP PAS Teluk Intan.


YB Anuar turut serta.


Yang lama dihormati.

ar_rawa

Read more...

BAPA MERTUA KETUA MUSLIMAT TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA

Al Fatihah dibacakan kepada Allahyarham Rasdi bin Abu Hassan yang telah meninggal dunia malam tadi. Allahyarham merupakan bapa mertua kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan, Puan Robiatun binti Abas. Allahyarham juga merupakan bapa kepada Bendahari PASTI Kawasan Teluk Intan dan AJK PAS Cawangan Kg. Padang Tembak, Sdr. Faisaluddin bin Rasdi.

Allahyarham Rasdi bin Hassan, 76 tahun merupakan salah seorang aktivis PAS di kawasan Teluk Intan yang pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau jga merupakan salah seorang pengasas kepada pembinaan markaz PAS Kawasan Teluk Intan yang ada sekarang.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-35 tahun 2009, Allahyarham telah dipilih salah seorang veteran parti yang menerima anugerah Jasamu Dikenang yang disampaikan sendiri oleh Datuk Haji Mahfuz bin Omar.

Pihak PAS Kawasan Teluk Intan dan seluruh kepimpinan kawasan serta ADUN Changkat Jong merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham. Begitu besar jasa dan pengorbanan allahyarham di dalam era membina kekuatan PAS di kawasan Teluk Intan bersama-sama rakan seperjuangan yang lain.

Sebelum itu, pada sebelah petang, pimpinan PAS Kawasan Teluk yang diketuai YDP PAS Teluk Intan, Timbalan YDP, Setiausaha, YB Haji Anuar dan Ketua Pemuda Kawasan sempat menziarahi allahyarham semasa dimasukkan ke Hsopital Teluk Intan.

A Fatihah...

ar_rawa

Read more...

MEMPERINGATI SETAHUN 'KUDETA' DI PERAK

>> 22 Januari 2010


Kita buat sidang akhbar pada hari ini bahawa sudah setahun rampasan berlaku dengan kita menjemput para wartawan dan bloggers dan ada minum pagi bersama, demikian mukaddimah MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Nizar Jamaluddin semasa sidang akhbar dan minum pagi sempena Setahun Kudeta di Perak oleh BN.

Sidang media itu dihadiri oleh hampir semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak bersama ADUN PR yang lain.

Kata Ds. Nizar " Kami masih memberikan khidmat kami kepada rakyat, dan menjadi tulang belakang kepada mereka untuk berurusan dengan jabatan kerajaan".

MB Rakyat itu juga menegaskan sebelas bulan kita memerintah diPerak dengan prinsip adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan.

Sepanjang 11 bulan lepas banyak yang mereka lakukan adalah meniru dari apa yang dimulai oleh PR, katanya..

Kita mahu rakyat Perak diberikan proses demokrasi diletak ditempat yang sepatutnya.

Semasa 11 bulan BN memerintah, apa saja perkhabaran BN adalah kata-kata yang tidak ada makna selagi pelabur asing tidak melakukannya.

Kami telah mencapai 3.2 billion pelaburan dan laporan audit negara selama kita memerintah ialah cukai tanah tertinggi melebihi kutipan zaman BN selama 184 juta melebihi zakat 58 juta, masa BN tidak setinggi itu, jelasnya.

Belanjawan haram BN selama 20 minit, hasil balak mereka dianggarkan 17 juta sahaja. Masa PR sebanyak 40 juta. Ini boleh dinilai oleh rakyat, masa BN kita tak tahu mana pergi.

Masa kita memerintah kita berikan RM1,000 kepada yang masuk IPTA, dia juga teruskan, sebelum ini hanya pinjaman sahaja.

Hak milik tanah juga diteruskan oleh BN dengan istilah yang lain.

Selama 11 bulan kita telah berjaya mengadakan hubungan yang baik dengan Jabatan Kerajaan disemua peringkat dan mereka memberikan kerjasama yang baik juga. Namun selepas kita ditendang dan mereka tetap menghormati kami dan berikan kerjasama yang baik.

Ds. Nizar juga menegaskan dan yakin pada pilihanraya akan datang insyaAllah rakyat akan tetap memilih PR dan kita akan melakukan yang terbaik melalui manifesto kami.

Kita akan satukan manifesto PR Perak dan tawaran PR Pusat dan ditawarkan kepada rakyat.

Beliau juga mengulangi bahawa kaedah yang dilakukan BN di Perak adalah rampasan kuasa dan bukannya peralihan kuasa seperti yang diwar-warkan oleh BN, "ini adalah rampasan kuasa. Tidak menggunakan cara politik yang baik, ini kudeta". katanya.

Habuan seks dan rasuah dari Islam adalah haram. Jelas merujuk kepada 3 ADUN PR yang melompat.

Pada kesempatan itu beliau menegaskan " Kita mencapai tahap hormat menghormati antara semua kaum semasa 11bulan berkuasa, ini kita rasakan "

Kakitangan kerajaan semasa PR memerintah menurut beliau tidak mendapat tekanan politik, mereka katakan kepada kami, sekarang ini bila BN ambil alih, mereka ditekan, dan ada ditukar, komuniti media ada 7 orang yang ditukar, jelasnya.

Menyentuh mengenai manifeto beliau mahukan rakyat nyatakan hasrat kami untuk dibincangkan dalam JawatanKuasa Manifesto.

Sementara itu, Exco Kanan Pakatan Rakyat Perak yang juga Pengerusi DAP Negeri, Dato Ngeh Khoo Ham bila menjelaskan isu pemberian geran kekal, menafikan hanya memberi manfaat untuk orang Cina tidak betul langsung, sedangkan orang Melayu juga mendapat manfaat. Dalam sepanjang pentadbiran kami ada pertambahan kampung tersusun 320 hektar tanah dan memberi manfaat kepada orang Melayu.

Kita membantu rakyat tanpa mengira kaum. Kami telah meluluskan.

Kita meluluskan 33 kawasan untuk masjid dan surau, 22 untuk kuil, gereja dan sikh, lulus pembinaan dewan, tadika dan RT.

Di Gua Tempurung mereka lulus untuk 5 tahun, kita lulus untuk 99 tahun dengan syarat bina dalam tempoh yang ditetapkan, lulus tempat kebajikan OKU, bakar mayat dan lupus sisa pepejal.

Lulus 8 tapak sekolah Cina, agama rakyat dan lain-lain.

Tapak perkuburan 37.2 hektar dan Cina 17.2 hektar.

Ipoh Central di Meru Raya dengan 250 bas, diberhentikan oleh BN, dikatakan BN mahukan kroninya masuk. Hamidah umum 11.6 billion dalam Malaysia Insider, tidak ada satupun yang dilaksanakan. Kita umum yang dirancang dan dilaksana.

Disamping beliau menyenaraikan banyak kepincangan dan pembohongan semasa BN memerintah.

-idhamlim.blogspot.com

Read more...

PEJUANG ISLAM PERLU TAQARRUB DENGAN ALLAH - YB HAJI ANUAR SUDIN



TELUK INTAN, 21 Januari - Para pejuang Islam Islam khususnya ahli PAS perlu sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah agar mudah mendapat pertolongan daripada Allah. Oleh kerana perjuangan menegakkan Islam itu amat besar amanahnya maka pertolongan daripada Allah amat diperlukan. Demikian antara isi ucapan yang telah disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan Rumah Awam, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin di dalam ucapannya semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 PAS Cawangan Rumah Awam malam tadi.

Oleh itu, sifat taqwa perlu ada dalam diri setiap ahli PAS yang bermaksud sentiasa berusaha melaksanakan apa yang diperintahkan Allah dan juga berusaha menjauhi segala apa yang dilarang oleh Allah.


Haji Azhar selaku pengerusi majlis perasmian mesyuarat agung.




Antara muslimin dan msulimat yang hadir mesyuarat agung.

Di samping itu, para ahli perlulah sentiasa menghayati serta mengamalkan Islam dalam segenap sudut kehidupan mereka agar kehidupan ini sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.

Sebagai ahli, beliau juga menyatakan bahawa mereka perlulah bersedia untuk ditarbiyyah oleh parti kerana dengan mengikuti segala program tarbiyyahlah para ahli akan lebih bersedia menempuh cabaran.

"Tapi apa yang penting ialah melalui tarbiyyah ahli akan mempunyai kesatuan fikrah dan kesatuan amal yang mana ia amat penting dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat," tegas beliau lagi.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Rumah Kali Ke-14 telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan. Turut hadir ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan. Mesyuarat telah diadakan di Dewan Orang Ramai RPA Padang Tembak.

ar_rawa

Read more...

PERAHU TERBALIK - PAS UCAP TAKZIAH, MAHU KEMENTERIAN BERTANGGUNGJAWAB

>> 20 Januari 2010




Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa perahu naga yang terbalik di Pulau Pinang pada hari Ahad, 17 Januari baru-baru ini.

Insiden malang ini menyebabkan negara kehilangan enam warganegara muda melibatkan seorang guru berusia 20 tahun, Chin Ai Fang dan lima pelajar dari Sekolah Tinggi Chung Ling, Air Itam-Jason Ch’ng, Chin Aik Siang, Cheah Zi Jun, Koh Yizhiang dan Brandon Yeoh. Daripada 18 orang yang menaiki perahu naga tersebut, hanya 12 orang sahaja yang dapat diselamatkan.

Pastinya tragedi ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa dan pelajar-pelajar lain.

Insiden ini boleh dianggap kecuaian yang terburuk melibatkan pelajar sekolah selepas tragedi jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober tahun lalu.

PAS mahu punca tragedi ini disiasat dan meminta Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya termasuk memberikan pampasan kepada keluarga mangsa kerana gagal mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

Penggunaan jaket keselamatan adalah perkara wajib bagi aktiviti sukan khususnya yang melibatkan kawasan laut dan sungai. Maka adalah tidak wajar, pihak sekolah memandang remeh perkara ini hingga menyebabkan enam nyawa terkorban.

PAS berharap agar pihak Kementerian mengambil iktibar dan dapat memastikan setiap sekolah dinegara ini mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang sewajarnya sebelum membawa mana-mana pelajar mereka menyertai aktiviti didalam atau diluar Sekolah.

Penggunaan surat pelepasan tanggungjawab pada masa kini dilihat sudah tidak releven kerana pihak sekolah wajar bertanggungjawab termasuk memberikan jaminan insurans terhadap sebarang insiden yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak Sekolah untuk memastikan setiap pelajar mereka dapat kembali dengan selamat ke pangkuan Keluarga masing-masing selepas menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

JENTERA PILIHANRAYA PAS DIMINTA BANTU SPR DAFTAR 4.39 JUTA PENGUNDI

>> 19 Januari 2010


  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih.
  • Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.
  • Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara.
  • Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.
  • PAS menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara.
  • Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.
  • PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

KERAJAAN BN SANGGUP JIMAT 1.3 BILION UNTUK GULA; TAPI BAZIR 1 BILION UNTUK F1


Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan. Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

KEMPEN JUARA RAKYAT TANDANYA UMNO DAH NAZAK...

>> 18 Januari 2010



Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata :
  • Umno kini dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat sehingga terpaksa mengadakan Program UMNO Juara Rakyat.
  • Usaha Umno membuka kaunter daftar pemilih dan keanggotaan Umno pada setiap siri program Juara rakyat di seluruh negara adalah kerana mereka menyedari kemerosotan sokongan rakyat khususnya generasi muda terhadap parti itu.
  • Juara Rakyat ini menunjukkan usaha terdesak Umno yang sedang dalam keadaan kritikal dari segi sokongan pengundi khususnya generasi muda.
  • Mendakwa Umno juga telah menyalahgunakan peruntukan kerajaan untuk menjayakan program tersebut.
  • Berharap agar PAS memandang serius mengenai gerakan daftar pemilih terutamanya di kalangan anak-anak ahli dan penyokong parti bagi mengelakkan Umno mengambil kesempatan terhadap mereka.
  • PAS perlu bersungguh-sungguh dalam isu daftar ahli dan pemilih ini kerana semua parti sedang berusaha menarik rakyat supaya mendaftar parti masing-masing.
  • Umno sedang dalam proses memulihkan imej parti itu melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu yang menghakis kepercayaan rakayt terhadap mereka.
  • Kita lihat program ini lebih banyak kepada usaha membaik pulih imej Umno. Tapi pada waktu yang sama rakyat melihat isu yang lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno belum selesai.
ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP