JENTERA PILIHANRAYA PAS DIMINTA BANTU SPR DAFTAR 4.39 JUTA PENGUNDI
>> 19 Januari 2010
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih.
- Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.
- Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara.
- Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.
- PAS menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara.
- Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.
- PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
3 ulasan:
aku dah cadangkan ari tu cari pengundi baru..tarik mereka yg blum mendaftar..harapkan spr masuk ke kampung2...emmm..sepatutnya spr buat promosi di sekolah selepas habis pekse spm..bg tau tujuan dan kepentingannya..jentera pas jadikan sebagai spr iaitu mencari pengundi baru...pilih sape calon hak rakyat..
akupun setuju jugak tu.. kalau boleh spr bagi otomatik 21 tahun boleh ngundi.. malah kalu boleh umur 18 ker ...pasai
sekarang bebudak dah matang..belasan tahun pun dah matang n gatai nak kawin...
amacam nadin...mudian yang 70 tahun keatas kena ujian khas.. yang nyanyok dah tak payah ngundi atau bagi wakil kat waris...
bukan apae... yang dah monapus tu...dah berkarat...jangan maree...
aku lg..kah kah kah..yg karat tu la berharga..beli emas pn tanya "ini emas aa belapa karat" mana boleh buang..lg karat lg nilai tinggi maa..tp aku rasa kat kg korang depa dah daftar awal..org sg samak lg expert bab2 cam ni..kena plak depa dah minum air jampi pak dukun lg depa celik..cuma mangkah je ler tak tau mana satu nak pilih tp bab kawin memang tepat depa pangkah..undi arwah wak dolah kempeling pas dah tk dpt..cari penganti untk arwah..dah rugi satu undi..
Catat Ulasan