"TERKAWAL" 9 GEREJA DISERANG, PAS TOLAK I.S.A DIGUNAKAN
>> 12 Januari 2010
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan terhadap sembilan gereja sejak 8 Januari lepas berikutan bantahan meluas tentang isu penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald. PAS juga kesal dengan ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu mengunakan ISA bagi menyelesaikan masalah ini.
Jelas apa yang berlaku sekarang dan ugutan Menteri ini menafikan kata-kata manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjamin bahawa keadaan di negara ini adalah terkawal.
PAS melihat bahawa Hishamuddin gagal menyelesaikan masalah ini walaupun sebelum ini mendakwa sudah mengenalpasti suspek yang membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. Hingga kini rakyat bertanda tanya tentang tindakan lanjut Polis terhadap suspek-suspek itu. Bilakah mereka akan ditangkap dan didakwa dimahkamah? Rakyat juga risau kerana setiap hari ada sahaja gereja yang diserang seperti rekod berikut;
8 Januari 2010
* Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dibakar
* Gereja Assumption di Petaling Jaya dibaling bom api
* Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dibaling bom api
9 Januari 2010
* Gereja Good Shepherd Luthern di Petaling Jaya dibaling bom api
10 Januari 2010
* Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam.
* Gereja All Saints di Taiping dibaling bom api
* Pos pengawal SM Convent di Taiping dibaling bom api
* Gereja St Louis yang terletak bersebelahan SM Convent juga dibaling bom api
* Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, Miri di baling bata
11 Januari 2010
* Pintu utama Gereja, Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban dibakar
PAS berharap agar Menteri tidak mengambil jalan mudah dan menjadikan isu ini sebagai Ops Lalang kedua, di mana suspek yang membakar gereja gagal ditangkap tapi orang lain pula disumbatkan ke dalam ISA demi kepentingan politik BN menjelang PRU-13.
Mesej rakyat kepada Menteri jelas, "Buat Kerja, Jangan Cakap Merapu-rapu".
PAS berharap agar rakyat pelbagai agama dinegara ini dapat bertenang dan tidak terus menerus melayan provokasi yang dicipta oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Rakyat perlu bekerjasama untuk menjaga rumah-rumah ibadat dan komuniti keseluruhannya dari menjadi sasaran penjenayah. Isu penggunaan nama Allah hanya boleh diselesaikan dengan akal yang waras bukannya dengan tindakan ganas.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

2 ulasan:
ape laaa.. sikit sikit isa. ISA SAMAD KER atau ISA RAHMAN bgn LALANG DAH TINGGAL bodolan waee..cubalah isakan kat puak2 umno yg api2kan.citer. org kpg boleh la dia auta. Mcm YB MUJAHID ada cite 2 ari lepas..dlm program umnongok di penang 3 ari lepas dlm program umno. ada wakil umno bangkitkan kisah ...dia yg ajar, dia yg suruh, dia yg bakar, pastu bagi rm setengah juta. pastu kata pembangkang yang buat...ingat 1mssia nii..orgnya bodoh2 ker..nak caye cite tu....org umnongok pun tak caye...surau n mejid nak mintak bantuan pun banyak songeh...pasai tu patut bagi dia rasa di isakan..kan...kan..nan sgsmk
isa kan anak tuhan kata orang kristian..elok la gunakan akta tu..masalahnya akta tu hanya untuk pemimpin pembangkang..apa yg KDN pantau hingga gejala ni berlaku..ape tak cukup anggota ke..nak merebak 1Malaysia baru terhegeh-hegeh atasi masalah ni..klau gunakan i.s.a tak tau la rakyat sape yg terlibat..yg aku tau pesalah i.s.a ni x masuk bicara mahkamah tau2 dah kedalam..jd kedalamkah orng yg terbabit?rakyat pun nak tau sape kah pencetus ketegangan agama ni..amacam wak nan sg samak
Catat Ulasan