KENYATAAN MEDIA : KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN, NIZAR MB PERAK YANG SAH?
>> 14 Januari 2010
Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti dibawah ;-
1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Rayuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah.
2. Namun begitu, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit.
3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah rayuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah MB yang sah menguatkan lagi jangkaan itu.
4. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Ds. Nizar.
5. Kerana itu saya menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua Parti PAS, DAP dan PKR serta pada gabungan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.
6. Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding menang adalah keutamaan yang mesti didahulukan. Seterusnya merialisasikan hasrat Parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di Negeri Perak yang kita cintai.
Kenyataan Media 14hb Januari, 2010
YB.Drs. Khalil Idham Lim
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

2 ulasan:
saya setuju dengan pendapat YB. kalau keputusan memihak pada ubn...laju jer dia umumkan tapi kalau mihak kat pr...inilah yang dilakukannya. dah lebih 2 bulan ...tak ada keputusannya.apapun saya dan kawan2 kat sg smk tetap terus berusaha mengekalkan dun chkt jong..dun sejahtera...kita akan pertahankan mb halal kita merintah kembali pnegeri perak. ngko macamana nadin...tak naK JOINT KER..Nan sgsmk
aku bab mahkamah paling aku ngeri..klau keptsan memihak pd zamri jgn la korang bakar bendera umno plak..ulang semula jgn bakar..gian nak bakar pun korang bakar la kulit lembu boleh gak buat sambal tahun..klau memihak pd nizar plak korang bakar ler ikan buat jamuan kat kampung..arang aku sponser..ikan ww kastolani sponser plak..Nan tukang bakar ler..baru la si wann makan ikan bakar..bab bakar skrang ni sensitif jgn memandai cari penyakit..tp kalau kena bakar jumpa wk kustam gerenti beliau boleh bg ubat..he e e
Catat Ulasan