PAS KECEWA MAHKAMAH BENARKAN PERKATAAN ALLAH DALAM MINGGUAN HERALD THE CATHOLIC
>> 02 Januari 2010
PAS KECEWA MAHKAMAH BENARKAN PERKATAAN ALLAH DALAM MINGGUAN HERALD THE CATHOLIC
Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya..
PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.
Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai Tuhan “Pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.
PAS mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Soddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.
Perlu ditegaskan ini bukan berarti PAS menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini PAS yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.
Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

4 ulasan:
ass..kum. saya sebagai orang islam setuju benar dengan saranan ustaz idris supaya pihak kerajaan terus mempertahankan perkataan allah tidak boleh sewenangnya digunakan oleh majalah herald the catholic.bila lagi kita nak pertahankan hak orang islam. takbir . nan ss
Ustaz Idris sudah termasuk perangkap UMNO?
ada kala dan waktunya kefahaman mengenai sesuatu isu didahulukan dan di utamakan sebelum membuat kesimpulan atau keputusan sebab biasanya isu2 yang sensitif semacam ini akan menimbulkan satu persimpangan antara yang hak dan perkauman.pada yang faham isu tersebut ok tapi yang faham separuh macam mana.negara dah ada perlembagaan,undang2 dan sebagainya. pehak berkuasa kena berpendirian mengikut peraturan yang ada dan perjelaskan dengan jelas.
Sebagai penganut kristian, saya rasakan kristian berbahasa ingris menggunakan God atau Jesus Christ, kristian berbahasa Malaysia menggunakan Tuhan atau "Yesu Kritus (tak pasti ejaan)", Mandarin "xen" dan "Yesu Zetuk", Arabic "Allah" dan "Jesus in Arabic".
Saya berpendapat Kristian tidak perlu membuang masa membawa perkara in ke mahkamah.
Catat Ulasan