KEMUDAHAN AWAM MILIK RAKYAT! KENAPALAH MAMAT SEKOR NI NAK CAMPUR TANGAN NAK GUNA ARENA SQUARE..
>> 28 Januari 2010
- Kenapalah mamat sekor ni campur tangan halang PAS nak sewa Arena Square Teluk Intan ? Kita bukan nak buat ceramah. Kita nak buat Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaluddin bersama NGO's. Itu aje...payah sangat ke...
- Makan malampun boleh menggugat UMNO ke? Lemah sangatlah UMNO macam itu. Panggil orang makan sama Hj Nizar boleh menggugat UMNO. Dahsyat..!
- Nak tau bagaimana kronologi peristiwa ni ?
- YB Hj Anuar telah menghantar borang permohonan sewa Arena Square. Masa tu YDP MPTI tiada. YB cuma jumpa CC MPTI....(PAS hantar sebulan awal sebelum program 26 Feb 2010)
25 Jan 2010
- YB buat follow up..jumpa lagi CC MPTI, masih tiada jawapan kerana YDP majlis tak ada.
26 Jan 2010
- YB pergi lagi..jumpa CC..akhirnya dapat jawapan PERMOHONAN DITOLAK dengan TANPA SEBARANG ALASAN...diulang TANPA SEBARANG ALASAN....power betul arahan mamat ni.
- Bila didesak oleh YB akhirnya CC majlis ni ngaku bahawa mereka dapat tekanan pihak atasan.
- YB kita desak lagi dan tanya sapa punya angkara ni sambil menyatakan bahawa semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak, kita benarkan sesiapa sahaja menggunakan apa sahaja kemudahan awam dengan tanpa sebarang tekanan dan sekatan. Sedangkan program yang nak kita buat ni bukannya berbentuk ceramah cuma majlis makan malam sahaja.
- akhirnya wakil majlis ni beritahu bahawa mereka mendapat arahan terus daripada......
......... SUK negeri..!! Mamat tu laa sapa lagi...
PENDIRIAN PAS TELUK INTAN :
- PAS Teluk Intan menggesa agar segala urusan rakyat dengan kakitangan awam untuk permohonan penggunaan kemudahan awam tidak dihalang, dan diberikan hak untuk menggunakannya. Ini kerana segala infrastruktur dan prasarana yang dibangunkan di negeri ini adalah untuk kegunaan rakyat.
- PAS Teluk Intan ingin menegaskan bahawa jangan ada sebarang campur tangan politik dari pemimpin UMNO/BN untuk menghalang kakitangan awam negeri ini menjalankan tugasmereka secara profesional dan berhemah.
- PAS Teluk Intan juga ingin menarik perhatian terdapatnya perbezaan ketara antara pentadbiran Kerajaan Perak Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan Kerajaan Haram BN yang mana Kerajaan PR Perak sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka untuk menggunakan kemudahan awam.
2 ulasan:
AKU SETUJU KALU KAT MAMAT INI KITA PANGGIL SEEKOR..PASAL TAK ADA AKAL.
DENGAN YB HJ ANUAR PUN TAKUT...ITU BELUM LAGI TENTERA HIJAU DARI ULU BERNAM DAN ERONG ..TUNGGU NGKO KALU DAPAT PERINTAH PERAK ESOK. AKU CADANG PADA MB HANTAR MAMAT SEKOR NI JADI PENGHULU ORG ASLI KAT KG ERONG..
sAPE LAGI.. SGSMK LAH.....
Biasalah tu.
Kan BN sedang berkuasa.
Bila PAS berkusa kelak anak2 kecil pun dihalau keluar dari tabika Kemas.
Apa bezanya?
Catat Ulasan