MARI LAKUKAN PERUBAHAN - ADUN CHANGKAT JONG
>> 01 Januari 2010
UCAPAN SEMPENA TAHUN BARU 2010 OLEH ADUN KAWASAN CHANGKAT JONG
YB HAJI MOHD ANUAR BIN SUDIN
Asslamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.
Di sini saya mengambil kesempatan menngucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada warga DUN kawasan Changkat Jong yang berbilang kaum dan agama.
SempenA menyambut Tahun Baru 2010, saya menyeru kepada seluruh rakyat agar bersedia dan berazam untuk membuat perubahan. Lakukan perubahan dalam diri kita masing-masing agar kita semua dapat melakukan perubahan kepada perkara yang lebih besar dan utama lagi iaitu mengubah suasana dalam negara yang tidak adil dan penuh dengan penyelewengan.
Ubahlah semua itu kepada suasana yang lebih adil dan saksama, berkebajikan, prihatin dan mesra rakyat. Oleh itu, tiada cara lain untuk melakukan perubahan tadi melainkan dengan cara melakukan perubahan terhadap tampuk pemerintahan yang ada sekarang.
Ayuh, anjakkan paradigma kita. Bersedialah dari sekarang untuk kita menggantikan kerajaan BN kepada kerajaan alternatif Pakatan Rakyat. Cukuplah lebih 50 tahun kira memberi peluang BN menguruskan negara ini dan terbukti mereka gagal. Malah keadaan semakin buruk.
Bagi kawasan Changkat Jong, saya amat berharap setiap rakyat dapat mengamalkan amalan hidup positif seperti bekerjasama, saling memahami, hormat menghormati, meningkatkan ilmu dan sebagainya. Amalkan nlai-nilai murni dan berpeganglah kepada agama dengan kukuh.
Semuanya itu akan dapat merealisasikan hasrat kita untuk mewujudkan DUN Kawasan Changkat Jong sebagai DUN SEJAHTERA. Marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan DUN Changkat Jong sebagai DUN Sejahtera.
Semoga tahun 2010 akan dapat memberikan harapan baru yang lebih cerah kepada kita. Anda akan akan selamat jika menyokong Islam. Terima kasih kepada semua pihak termasuklah PAS Kawasan Teluk Intan, PAS Cawangan, para ahli dan penyokong PAS, Kelab Penyokong PAS, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain atas sokongan yang diberikan dalam membantu saya melaksanakan tugas dan amanah sebagai wakil rakyat di kawasan Changkat Jong.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.
Sekian, wassalam.
5 ulasan:
kepada j-sgsmk jgan menyorok dan menjadi ahli sepi kat kampung..buat perubahan kat kg yer..masa ni lah nak merekrut ahli baru..ketua kampung sgsmk yang aku tau semua jawatan dia dah borong dah termasuk jwatan s/u masjid..rekod dunia dialah ketua kampung dan dia jga lah s/u masjid..hebat kg korang ni..ketua cawangan umno mat jambul tntu sengih baca ulasan ni..kepada yb Anuar rajin2 lah masuk kg sg samak ni..apae pn pakatan rakyat tetap mnjadi pilihanku..hariosss
siapa agaknya gerangan yang di atas tu ye macam mahir je situasi sgsmk...
apa yg penting perkukuhkan kekuatan cawangan sendiri..jgn pikir kelemahan cawangan tmpat lain..cari ahli baru dan heret pengundi bru agar mndaftar jd pngundi..itu yg penting..pastikan penambahan jumlah undi lebih baik dr masa lalu..klau merosot bermakna cawangan cuma mengharapkan ahli yg menopos(pengundi lama)..yang tak bernama kat atas ni jgn nak nyorok kat blakang pokok rambutan la plak..he e e..tak de yg nak curi buah rambutan tu..perubahan tak kan berlaku jika diri sendiri tidak boleh merubah para pengundi yg mmang tegar kpd BN khususnya golongan wanita yg memang taksub dgn BN..bagi kompang suruh main tmpat kenduri lagi sronok la depa..mereka nilah yg mnjadi ayam tambatan umno di kampung..tak gitu..lagi kuat pukulan kompang wak sungep...kih kih kih..yb anuar sabar je la ye..truskan usha murni yb yg mnjadi giant killer kpd umno teluk intan..yg tak brnama kat atas tu boleh la bg tau nama..tringin nak bersua mana tau mukanya sama macam Atan la plak..he e e
apela kor tanpe name kata j sg samak. j sg samak selalu ngan kitorang userah and program tapi aku tau tanpe name sape ni.... timer kasih atas advice kor pasal org mude tu... pengundi muda pun kene petanni dulu... bior yang betui punya otak. tak mereng cam dacin tuu. mlm rabu ni usrah kat sg manila... jemput semua makhluk yang cinta gerakan islam tuu..sudikanlah jengok. kat bwh kolong dulupun tak pe...
Saya kenal penggerak2 kebenaran di sg samak dan sg manila. Mereka bersemangat dan rajin buat kerja. Alhamdulillah dan teruskan usaha.
Catat Ulasan